ujian itu
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan penuh rasa rendah diri sebagai seorang manusia yang lemah dan penuh dengan kecacatan dan kehinaan, penulis mulakan penulisan kali ini.
alhamdulillah, penulis telah habis menduduki ujian Histologi beberapa hari yang lalu yang merupakan ujian pertama penulis di Azhar ini.Meskipun ia hanyalah satu ujian kecil yang tidak dikira markahnya, 'impact'nya amat besar dan meninggalkan kesan yang sangat dalam buat penulis dan teman-teman yang lain.
firman Allah "Apakah kamu mengaku beriman sedangkan kamu belum diuji".. adakah kita mengaku seorang yang mumtazin sedangkan kita belum tentu lagi lulus dalam ujian yang dicipta manusia ini. Ujian yang telah Allah janjikan pula apatah lagi.
Alhamdulillah, biarpun tidak mendapat markah penuh mahupun yang paling tinggi, markah penulis tetap melebihi target yang dicapai. Berapa? biarlah Allah sahaja yang tahu. Ramai yang bertanya "Saeed , sedih ke? frust ke tak dapat full mark ?" dan berbagai-bagai soalan lagi diterjah dalam minda penulis. Sedih.... memang penulis akui...lintasan sedih itu tetap ada biarpun sedikit, kecil juga hati ini tatkala melihat ada orang lain yang jauh lebih baik tetapi yakinlah penulis bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.
sehari sebelum ujian lagi, penulis ingatkan pada diri sendiri agar sentiasa perbetulkan niat untuk duduki ujian itu dan redha dengan segala ketentuan Allah nanti dan Alhamdulillah, Allah bantu juga mengatasi masalah 'takut kalah dan takut gagal' itu. Janji-janji Allah berjaya memujuk penulis agar terus tingkatkan usaha dan melipatgandakan tawakkal dan mohon doa daripada Allah. "Maka jika kamu berazam untuk melakukan sesuatu maka bertawakkallah kepada Allah"
Apabila melihat dan bertanyakan markah-markah teman lain, ramai yang lebih tinggi daripada penulis. Alhamdulillah, teringat pula disiplin ilmu perubatan bahawa 'semua teman-teman adalah teman-teman bukan saingan'. Meskipun hidup mereka biasa-biasa sahaja,Allah ingatkan lagi dengan ayat motivasi 'pelajar yang luar biasa adalah pelajar biasa tetapi mencipta kejayaan dengan cara yang luar biasa'
sewaktu di Smakl dulu, setiap kali adik-adik mengadu kepada penulis tentang 'mereka tidak berjaya sedangkan mereka sudah menjaga solat mereka, quran mereka, doa mereka dan selalu study dan sebagainya' tetapi rakan-rakan yang lebih nakal, yang kurang mementingkan HDA pula yang berjaya. Apa yang selalu penulis katakan adalah "itu tandanya Allah nak tangguh kejayaan anta. Allah nak suruh anta minta banyak kali lagi."Sudah banyak kali insiden tersebut berlaku kepada penulis dan apa yang selalu penulis lakukan ialah menasihati diri sendiri dengan peringatan tersebut.
apa matlamat belajar ? Untuk dapat straight A1 kah? untuk dapat biasiswakah? untuk dapat master, phd dan dr kah? untuk jadi best student kah? Seaktu di uia dahulu, Ust Norazman ada menyebut dalam kuliah mingguannya
matalamat yang ketika harus kita sematkan dalam diri (matlamat lain juga perlu) kerana erti hidup pada memberi. Banyak orang yang evil genius tetapi tidak ramai yang mampu untuk berkongsi ilmu yang mereka ada.kalau diberi pilihan, antara bertanya kepada rakan yang mendapat 100 add math tetapi tidak tahu menerangkan jawapan tersebut dan seorang yang tidak begitu pandai tetapi tahu mengajar kita biarpun untuk soalan itu sahaja...anda mahu pilih yang mana?
setiap kali rasa malas datang, penulis selalu sahaja cabar diri penulis untuk bersaing dengan teman-teman lain kerana 'Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya'.Seorang daie itu mesti lebih cemerlang daripada orang biasa kerana padanya kefahaman bukan sahaja tentang ilmu dunia tetapi juga tentang Islam. Malulah kalau kita lebih teruk daripada orang lain yang tidak punya kefahaman mahupun kesedaran tentang islam.
apa yang lebih menggembirakan penulis, biarpun jauh daaripada bumi anbiyak ini, sahabat-sahabat 'malizi' tetap tidak lupa untuk mengirimkan bingkisan-bingkisan semangat "dakwah kita bukan untuk dipermainkan atau diperdagangkan atau diperbudakkan, tetapi dakwah kita mempunyai maruah dan harga diri. dakwah kita mempunyai misi dan visi, dakwah kita mempunyai kekuatan dan kesepaduan , dakwah kita mempunyai keupayaan dan ukhwah sejati, dakwah kita adalah serius dan kesungguhan, dakwah kita adalah rasa bahagia apabila memberi khidmat dan bukan menyendiri. dakwah kita adalah membina dan memimpin masyarakat . Dakwah kita membina dan bukan meruntuhkan,dakweah kita adalah KASIH DAN SAYANG dan bukan syak wasangka ' terima kasih sahabatku sekalian, moga Allah redhai antum semua.
hakikatnya 'ujian itu adalah tarbiyah daripada Allah'. Didiklah redha dalam jiwamu , pupuklah sabar dalam hatimu agar nanti segala ujian diterima sebagai latihan untuk membentuk peribadi yang lwbih berbisa, menanti nikmat dan redha Allah di syurga.
wallahua'lam
NB:
- penulis ingin mengucapkan tahniah kepada teman serumah penulis, Ilyas Ayub yang telah mendapat markah tertinggi dan ujian Histologi itu. Congratulations
-penulis ingin juga mengucapkan 'syafakallah' kepada sahabat penulis di Malaysia , Nik Hassan Syukri yang telah ditimpa ujian kemalangan jalan raya tempohari.. semoga Allah sembuhkan anta agar dapat menduduki ujian final nanti insyaAllah
5:05 PM | Labels: egypt, life, medicine | 2 Comments
sakitnya kalau bertangguh
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan kerendahan dan penuh kelemahan sebagai seorang manusia yang tidak sempurna...penulis mulakan catatan kali ini....
kisah ini sudah seminggu berlalu...genap seminggu 8 nov ini. Meskipun sudah lama, penulis tetap terngiang-ngiang akan peristiwa ini...sama-samalah ambil iktibarnya biarpun hanya sekelumit
penulis layak diberi 1 penumbuk (kata-kata kepada diri sendiri) di atas sebab di atas. Sakitnya bertangguh memang tidak terperi. Bukan pada fizikal tetapi pada hati yang menyesal. Allah kurniakan tempoh masa 24 jam , sama buat semua orang tetapi amat sedikit mereka yang mampu memanfaatkan waktu itu semaksima yang mungkin.
Bicara Al-Banna " tempoh masa yang Allah kurniakan pada kita tidak pernah cukup untuk menyelesaikan segala mas'uliyyah yang ada ".Dalam post yang sebelum ini, ada penulis virus pengurusan masa adalah bertangguh.Disebabkan bertangguh itulah, Allah uji penulis dengan kesakitan hati yang amat sangat.
Hari itu, penulis hanya ada praktikal Physiology dan Histology sahaja tetapi praktikal Physiology itu merupakan kelas yang pertama kali. Sebelum ini, penulis bersiap agak lama kerana praktikal Histo bermula jam 11 pagi...jadi penulis telah melengah-lengahkan masa dengan melakukan berbagai perkara... hinggalah penulis terpaksa menunggu bas dengan agak lama. Praktikal Physio jam 8 pagi. Bas datang jam 7.55 pagi, diuji lagi dengan jam di tengah jalan dan juga tidak berjaya menemui lab Physio... akhirnya penulis terlewat 20 minit ke kelas tersebut.
penulis ingin sahaja menangis dan dalam hati ini membentak-bentak, mengutuk diri sendiri akan kelewatan itu. Padahal abi dan ummi sudah banyak kali berpesan agar tidak melambat-lambatkan urusan... juga disiplin ilmu perubatan tmasih tidak dapat dipatuhi. Pertama kali lewat ke kelas hingga mengundang hairan teman-teman sekuliah . Ramai yang dari jauh melontarkan senyuman sumbing... penulis tahanan sabar dalam hati dan cuba untuk terjun ke dalam perbincangan itu....
bila diingatkan balik, teringat penulis akan firman Allah " apakah kamu mengaku beriman sedangkan kamu belum diuji " Mungkin Allah nak bagi pengajaran kepada penulis agar tidak merendah-rendahkan orang lain yang selalu lewat (penulis kerap mentertawakan golongan2 mutaakhhirin ini)..mereka pun bukan sengaja lewat tetapi dilewatkan oleh trafik , bas dan sebagainya.
gara-gara bertangguh , semua perancangan menjadi tergendala, semua penyusunan menjadi binasa. Tambahan pula, di bumi anbiyak ini bidayah winter sudah bermula , angin sejuk tambah lagi mengapi-ngapikan rasa malas dalam diri . Pelpebral muscle pula selalu minta direhatkan syaitan pula semakin kuat mengapi-apikan bisikan godaan ini. Moga Allah nyalakan istiqamah,berikan kekuatan...wallahua'lam.
2:34 PM | Labels: egypt, life, tazkirah | 0 Comments
adikku sayang
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan lafaz bismillah dan penuh rasa syulur dan kerinduan dan sedikit 'sorry' penulis mulakan bicara kali ini.
penulis pertamanya ingin memohon maaf kepada adik bongsu penulis kerana agak terlewat meng'post' entry ini kerana masalah bertangguh, banyak kerja dan juga addiction anime na---o yang telah melanda penulis serumah baru-baru ini tetapi sudah berjaya di kawal alhamdulillah
4:21 PM | Labels: family | 4 Comments
syakhsiyah analysis
bismillahirrahmanirrahim
dengan penuh rasa kehinaan dan kebergantungan kepada bantuan Allah penulis mulakan bicara kali ini
'improve'kan diri, mudahkah itu? penulis sering kali bertanya kepada diri mudahkan merubah diri menjadi yang lebih baik. Kalau seorang manusia mampu merubah segolongan masyarakat mahupun ramai orang, apatah lagi diri seseorang itu ya.....
analisis diri merupakan sesuatu yang sangat penting untuk dilaksanakan dalam kehidupan diri muslim yang sejati . Setiap kali kita meniti di atas titian hidup ini, maka setiap saat yang berputar membawa ritma dan nada yang tersendiri tak terkecuali perkara yang berlaku diluar jangkaan dan pengetahuan kita. Apabila difikirkan kembali, banyak perkara yang penulis tertanya-tanya mengapakah ia berlaku kepada penulis...hihi
ramai manusia hari ini yang hilang punca dalam mengemudi hidup mereka , mengambil iktibar daripada sumber-sumber yang tidak tentu kesahihannya , menjadikan insan-insan huru-hara jiwanya sebagai petunjuk, maka akan berlakulah kepincangan yang nyata dan dahsyat selari dengan bergelojaknya hati dan nurani mereka.....
Rasulullah s.a.w. ada bersabda "aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitabullah dan sunnah rasul " di sini , jelas menunjukkan kepada kita akan sumber yang hakiki yang harus kita ambil dan perlu kita beri penekanan.
Iman sebagai tunggak dalam melakukan sebarang perkara terutamanya dalam menganalisis punca akhlak islamiyah yang sebenar. Cuba bayangkan kita melakukan banyak perkara tetapi perkara itu tidak memberikan sebarang manfaat untuk kita. Tidakkah rugi namanya. Begitu juga dengan amalan yang kita lakukan, Allah hanya menerima amalan yang diniatkan semata-mata untuk mencari keredhaanya, other than that... seems to be a waste.....
Islam yang syumul pula amat menitik beratkan pengamalan akhlaq islam yang sempurna.Islam amat menjaga sisi-sisinya yang penuh kesempurnaan dan keindahannya. Antara cabang-cabang Islam yang amat penting ialah contoh teladan yang baik. Contoh teladan yang baik takkan lahir jika tiada panduan daripada keimanan kepada Allah agar niat untuk berakhlaq baik itu diterima oleh Allah. Tambahan pula, takkan pernah terpamer kecantikan agama sekiranya penganutnya tidak mempraktikkan agama itu.Indahkan Islam itu!
Taqwa pula menjamin kesejahteraan ibadah seseorang. Tahukah kita bahawa berakhlaq mulia itu merupakan suatu ibadah yang amat senang untuk dilaksanakan.Ia merupakan suatu amalan yang sangat mulia untuk dilaksanakan. Dengan adanya perasa taqwa dalam beribadah ini, kita akan lebih berwaspada dalam menyusun langkah kehidupan ini, dan yang lebih penting, dengan taqwa ini, seseorang akan lebih bersemangat dalam beribadah, terutamanya dalam melakar keindahan akhlaq islamiyah.
ihsan juga merupakan bata terpenting dalam melaksanakan kindahan islam. Ihsan pernah disalah tafsirkan oleh penulis akan maksudnya suatu ketika dahulu. Ihsan merupakan merasakan keberadaan Allah dimana sahaja terutamanya dalam beribadah hinggakan kita diingatkan oleh Rasulullah sekiranya kita tidak dapat merasai Allah memerhatikan kita, ketahuilah sesungguhnya Allah setiap masa melihat kita. Dengan adanya Ihsan, terasa manisnya beribadah,hinggakan kita takkan pernah lupa, Allah selalu menilai perbuatan kita, perilaku kita, baik ataupun buruk.
analisis syakhsiyah.....mudahkan untuk kita laksanakannya. dalam erti kata lain dengan bermuhasabah diri sahaja, cukup untuk kita refresh kembali iman dan kehidupan kita kerana Allah sediakan setiap inci perkara dalam dunia ini khas untuk kita sah kembali akhlaq kita agar lebih baik dan lebih cantik seperti cantiknya bulan di malam hari...insyaAllah
analisis syakhsiyah.....tatkala berbicara tentang akhlaq islamiyah, penulis teringatkan teman-teman penulis yang sangat baik dan mulia akhlaqnya. Rindu pula penulis untuk turut sama menerima tempiasnya wangian akhlaq mereka yang sentiasa mengingatkan penulis agar terus sahaja kuat meskipun jauh beribu batu... terima kasih sahabtku sekalian...
tambahan pula..... penulis tiba-tiba teringatkan arwah akhi Ammar yang tidak sempat penulis kenali dengan lebih dalam. Sewaktu ust Musab bertandang ke rumah penulis tempohari, ada diceritakan keindahan akhlaq akhi Ammar yang sangat menjaga hubungan kekeluargaannya bersama-sama ibubapanya dan juga sahabat-sahabatnya yang lain......tetapi Allah ternyata lebih sayangkan beliau..... semoga rohmu dicucuri rahmat...
pesan ust Mus'ab "Ammar didoakan oleh ibunya dan ibunya menyeru anak-anak lain agar berakhlaq seperti Ammar, tidakkah itu menunjukkan jalannya kesyurga sudah terbentang...kalau kita, tidak mahukah kita mendapat kelebihan seperti itu?"
10:12 AM | Labels: tazkirah, ukhwah | 0 Comments
'kak su'ku sayang
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan penuh kerinduan dan kerendahan hati, penulis mulakan penulisan kali ini
hari ini Allah uji dengan kesibukan sedikit hinggakan terpaksa memulakan ulangkaji ketika sebelum subuh esok (moga Allah beri kekuatan untuk tahajjud). Bermula dengan awal pagi tadi, jam tujuh pagi, penulis sudah mula bertapak ke universiti, menadah ilmu Allah hingga jam 2.30 petang,alhamdulillah tatkala pulang, penulis Allah izinkan mendapat bas yang paling dekat dengan rumah penulis di hayyu sabi', tiba sekitar jam 3 dan menunaikan solat Asar di masjid di hadapan rumah (sekarang asar semakin cepat, jam 2.50). Setibanya di pintu rumah, penulis mula menjamah hidangan to'miyah gam'ah yang lebih lazizah berbanding yang dijual di hadapan rumah
terlupa pula penulis akan tugasan memasak di rumah pada petang itu, penulis terpaksa meluangkan masa yang agak lama untuk itu kerana kurang mahir dan berpengalaman..=)...ditambah pula dengan kelas bahasa arab yang dihadiri pada malam itu, betul-betul pack.....tetapi penulis sudah berjanji untuk post ini sebelum siang waktu malaysia.....insyaAllah
10:24 PM | Labels: family | 0 Comments
About Me
- saza s
- 18 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
My Blog List
-
-
Syukur beban kurang...5 hours ago
-
catatan di kala kerinduan melanda12 hours ago
-
Perkongsian: Meregang lapangkan hati13 hours ago
-
Peluang Yang Tertangguh16 hours ago
-
Aku rindukan dia..16 hours ago
-
-
Sudah selesai...1 day ago
-
-
Ibu yang jauh..2 days ago
-
....stay awake...just a coretan....3 days ago
-
two more!!3 days ago
-
Fundamentals of A Happy Marriage4 days ago
-
MUhasabah Cinta5 days ago
-
-
Koreksi niat6 days ago
-
Update! Update! Update!1 week ago
-
Silent Sunlight1 week ago
-
Oktober Credit..1 week ago
-
mohon doa~1 week ago
-
Andalus Kita..2 weeks ago
-
Berubahlah… ~have to~2 weeks ago
-
Raya '09..2 weeks ago
-
'Soulfood'2 weeks ago
-
Kembali2 weeks ago
-
SEEKOR BURUNG- LUPITA LUKMAN2 weeks ago
-
Beberapa Pesanan IHAB2 weeks ago
-
Sakharatul Maut2 weeks ago
-
~kembali~3 weeks ago
-
Bulan Subuh3 weeks ago
-
manfaat dari al-Qur'an3 weeks ago
-
-
-
-
Islam Umat Yang Satu4 weeks ago
-
Doakan saya1 month ago
-
Kita Di Depannya ...1 month ago
-
Taqaballahu Miinna1 month ago
-
3eid Mubarak Sa3eed1 month ago
-
1 Syawal dan 2 Cerita1 month ago
-
14/9/2009...1 month ago
-
i like this song lyrics!2 months ago
-
Saya kagumi mereka ...2 months ago
-
-
-
-
Alhamdulillah ya Allah..2 months ago
-
School- a summary (videos)2 months ago
-
My 'Drug' Collections2 months ago
-
::Selamat Datang::2 months ago
-
-
Perasan tak???4 months ago
-
Sungguh, ana merundui anta!4 months ago
-
~::INSAN YANG DISAYANGI::~4 months ago
-
Malaysia tukar PM7 months ago
-
announcement10 months ago
-
.: Eidul Fitri 2004 :.1 year ago
-
PENGUMUMAN2 years ago
-
salam kasih cintaNya5 years ago
-
-
-
-


















