Lewat maghrib tadi, saya melapangkan waktu untuk membaca surah yassin. Saya berniat menghadiahkannya kepada arwah #abikusayang , tok hassan, tokwan, semua mangsa gempa di Nepal dan khusus buat penyair prolifik, Rahimidin Zahari. Saya sebetulnya terburu-buru berkejar menaiki bas menuju hospital untuk peperiksaan endround urology dan dal kalut itu saya menerima khabar duka pemergian beliau. Saya tidak pernah bertentang wajahnya dan saya tidak memiliki sebarang buku-buku tulisannya. Minggu lalu, sewaktu arwah dikejarkan ke hospital tidak sedarkan diri, dalam doa yang tidak putus, saya sedaya upaya cuba menggeledah koleksi buku-buku yang saya miliki di sini dan menemui tulisan beliau dalam buku 'Bagaimana Saya Menulis, Proses Penciptaan Cerpen' selenggaraan Prof @nisahharon dan Prof Mawar Safei.

Buku ini, sudah saya khatam akhir januari lalu ( tetapi belum sempat menurunkan review ) dan petang ini saya selak halaman yang memaparkan legasi beliau. Di situ saya ditemukan dengan kesederhanaan, kebijaksanaan dan kesungguhan. Cerpen kadang-kala menawarkan magis yang berbeza apabila diulangbaca dan keajaiban yang Rahimidin Zahari tonjolkan adalah 'brilliant' !

Mengenang kembali, dahulu saya selalu membaca namanya sebagai Rahmidin Zahari. Hinggalah satu hari, ada teman berkongsi perihal buku beliau, barulah saya menyedari namanya Rahimidin. Alhamdulillah, minima ... Di penghujung hayatnya saya bisa melafazkan namanya secara betul sebagai doa 'kasih sayang agama'. Terkilan tetap ada kerana saat saya berasakan saya mula masuk ke gelanggang sastera, ada tokoh yang sudah mula dipanggil pulang. Dikaulah anak di lautan sastera yang telah kembali ke muara pencipta. Selamat istirahat !

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger