Jujur, hingga hari ini ada sekelumit rasa bersalah kerana menggunapakai nama beliau dan nama di laman muka buku beliau dalam sebuah cerpen tukangan saya tanpa keizinannya terlebih dahulu. Jika saya, sudah pasti saya tidak suka orang menjaja nama saya di sana sini. Apatah lagi menjadi watak entahpape di dalam karangan fiksyen.

Aduhaiii .... Saya sama sekali enggan mengirim ucapan selamat kepada beliau atas ulangtahun. Apatah lagi mengirim hadiah. Siapalah saya untuk berkongsi suka bersamanya sedang sedikit sahaja perihalnya yang saya maklumi. Sungguhpun begitu, saya mahu terus mengirim doa kerana dia antara jejaka yang punya sungguh banyak cita-cita dan saya berdoa agar Allah menemukan beliau dengan puncak kejayaan dalam pendakian kehidupannya. Itu antara doa yang tidak pernah lepas dari ingatan insyaAllah.

Sesudah beliau pulang ke kaherah dari pembedahan membaikpulih penglihatan ( atau selalu saya gelar 'cosmetic remodling of the face ) tahun sudah, ketika mengenang-ngenang saya jadi rindu pada susuknya yang 'berkacamata' . Ah, bukankah mereka berdua orang yang sama ?

FDH '15

Kami saling bertemu. Meski tidak selalu tetapi perkenalan itu antara yang selalu mahu dingat dan dikenang. Syukur pada tuhan, selama bertahun menghimpun segala macam bekal di sekolah yang kami sayangi, kami masih bertaut di bumi anbia' ini. Lebih mengujakan, ia adalah rakaman kenangan FDH dua tahun lalu serta pagi ini. Ya Allah, saya selalu mahu bernaung di ruang yang soleh. Ia membuat saya mahu ingat kepada tuhan, mengerat hubungan sesama taulan serta mendidik diri melazimi segala kebaikan. Terima kasih saudara-sahabat yang selalu tidak mahu membiarkan saya larut dalam kesedihan dan sering berbagi kesenangan dan kegembiraan. Saya ingin mengirim doa buat @suaidisazali @afiquehidayat @asyrafkamil91 untuk peperiksaan esok serta mengutip ibrah daripada rentetan sirah peperangan Ahzab, Khaibar, Yarmouk dan Badar !

Selamat bergraduasi para senior al-Azhar MBBCH

Antara ucapan yang khusus

Apa lagi yang menjadi motivasi yang utuh melainkan suruhan-suruhan tuhan dari kalamullah serta penyaksian kejayaan teman-teman rapat yang sungguh membanggakan. Saya mahu kongsikan perihal pemilik aqidah suci yang selalu beriman kepada perkara ghaib. Dan tidaklah perkara ghaib itu hanyalah makhluk halus yang seni bahkan perjalanan menuju waktu mendatang juga adalah perkara ghaib yang harus diimani. Maka, dalam mendepani ruang itu haruslah mencapainya dengan 'Berusaha!' O, tuhan saya mahu menekuni ayat 3 dari surah sapi yang sering dibaca dalam lantunan ma'thurat 'iaitu orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib, mendirikan solat dan berinfaq dengan rezeki yang dikurniakan' dengan sebenar-benar kefahaman agar hati yang selalu marah-marah dengan ketentuanMu ini bisa melembut dan damai.

Sekalung tahniah untuk kekanda yang selalu membuat saya lebih menghargai diri saya sendiri atas kejayaan kanda bergraduasi malam tadi. Tahniah juga buat para senior yang lain !

Graduasi - hati yang teruji

Tidak jarang angin gagal masuk dan membawa bersama kedinginan dan rasa nyaman di kamar beradu namun malam ini, seperti ada kegelisahan yang mengganggu. Ya Allah, saya mahu dilapangkan dari rasa amarah ini. Saya mahu diluaskan rasa percaya kepada teman-teman di sekeliling. Allah, saya mohon keampunan atas keterlanjuran segenap keinginan yang buruk-buruk dan saya mahu diberikan kemudahan untuk menyampaikan apa yang Kau dan PesuruhMu sabdakan selalu.

Meski saya sangat ingin menjadi pengacara majlis pada graduasi ini, Allah berikan saya tempat yang lebih baik untuk menekur segala kekurangan dan menimba sebanyaknya pengajaran. Selamat bergraduasi buat senior-senior yang saya hormati !

#gengmeliput maaf atas kecelaruan yang tercetus malam ini

Dur thani '15

Sepenggal waktu yang masih diberi pinjam tuhan, dalam takah yang sedikit ini saya berkira-kira jika benar segala kesenangan dan kenikmatan layak saya terima. Oh tuhan, bukankah selalu Kau berpesan dari surah 'Yang Pemurah' "Maka nikmat tuhan yang manakah kamu dustakan ?". Mengenang pertempuran kedua yang bakal ditempuh oleh teman seperjuangan kurang satu jam lagi, saya jadi malu atas segala usaha yang sangat sedikit yang saya berikan dan saya jadi bertambah malu untuk mengaku kalau benar semua pemberian itu untuk saya. Ini satu muhasabah yang khusus agar saya terus mahu melebarkan sayap harap sekaligus memanjangkan rantai usaha dan pengharapan. Semoga Allah mahu memberikan apa yang dikurnikan kepada saya kepada teman-teman yang lain juga. Saya mahu menekuni surah 'Yang Maha Pemurah' seusai kuliah nanti !

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger