ABRAHAH KEDUA

ABRAHAH KEDUA

Arus kemodenan memanjakan jiwa pemuda harapan bangsa
Derap teknologi mengeraskan denyutan kesedaran
Selaput kemungkaran melindungi jenayah yang bermaharajalela
Sedangkan islam tidak dijaga bahkan dicaci tiada terbela
Umat sekarang kosong dan lengang
Ketandusan semangat dan kekuatan yang pernah tersarung
Pada pedang Umar dan pekerti Abu Bakar

Bangkitlah duhai mujahidin yang sedang diserang lena
Bangsamu dulu bermaruah berdiri megah
Kini hina dan jelik masyarat benci dan jijik
Mana janji untuk terus bangkit mempertahankan panji
Siapa berani tampil kotakan madah puisi

Abrahah kedua , legasi barat sedang persiapkan gajah teknologi
Kerana dendam kegagalan di kota Makkah
Masih membara kesumat , menyala amarah
Hancurkan kaabah manusia agar hilang kiblat
Tiada lagi tempat untuk bersujud ,mengadu meminta merayu

Jangan risau tentera abrahah sekalian
Kali ini, burung-burung ababil takkan hadir
Kerana bangsa lemah itu sendiri yang memadamkan
Batu-batuan merah dari lantai neraka
Yang mana dulunya itulah senjata pemusnah kita

Sekolah Menengah Agama Swasta Kampung Laut SAZA S

1 comments:

Aisyah Ulya said...

Akhi saeed..
6t da abes spm.. guna btol2 blog nih..
ye.. ana akui.. blog mmg bgus sgt bg daie..
nta bley guna bakat sastera y Allah kurniakan utk dicurahkan di dalam blog..
y pnting.. ttpkan tema dlm blog..
mcm blog ana.. ana nk pmbacanya kembali merenung khidupan mlalui cerita2 yg ana tulis..

Oklah.. myb skrg nta sdg hmpas pulas utk spm.. ana doakn kejayaan anta dan y len..InsyaAllah Dnt thoriquna..

Moga Allah sayang anta...

Aisyah Ulya..

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger