SMAKL DILANDA BANJIR












Salam........setelah sekian lama kita tidak bertemu..........akhirnya Allah izinkan ana sekali lagi untuk mencoretkan sepatah....patah........patah........patah perkataan di blog ana ini.Ana anak menceritakan tentang ex-school ana,Smakl yang telah dilanda banjir sedalam sampai betis pada 1 Disember 2008 tempohari.Gambar di sebelah ni menunjukkan sebahagian daripada kawasan Smakl yang dinaiki air.Sebenarnya musibah ini berlaku ekoran hujan lebat yang tidak putus-putus semenjak daripada pagi hingga lewat petang.Hampir dua per tiga kawasan Smakl ditenggelami air dan kejadian ini merupakan banjir pertama berlaku di bumi wakafan ini.

Sebenarnya, 1 Dis meruapakn hari terakhir calon SPM aliran Sains Tulen menduduki pepriksaan Spm.Sewaktu kami pulang ke Smakl pada jam 5.00 petang, kami digemparkan dengan kkebanjiran air yang menenggelamio hampir semua kawasan Smakl.Hanya bahagian antara dua blok sekolah (kawasan bertar )yang boleh dijejaki.Pada mulanya kami semua berasa sangat excited sebab inilah kali pertama melihat sekolah tercinta dibungkus dengan air.Mungkin kami rasa kami boleh main air kot entahlah.......................

setelah kami mengetahui air yang naik tu telah masuk ke dalam sebahagian bilik di tingkat bawah,kami mula bergegas melakukan sedikit amal jamaie sambil dibantu oleh pak cik-pakcik dan shabat yang lain.Berduyun-duyun sahabat yang datang untuk membantu dan kerja-kerja amal jamaie tersebut diteruskan hingga ke malam.Antara bilik yang terpaksa dipindahkan ialah pejabat,bilik fotostat,bilik guru,bilik KHB dan makmal.

apa-apapun sebenarnya, banjir yang melanda smakl tidak lebih daripada dugaan dari Allah kepada hambanya yang lalai.Apabila direnung kembali, sepanjang tempoh SPM berjalan, sebahagian besar calon lebih sibuk dengan perkara remeh-temeh berbanding persiapan untuk menghadapi periksaan.Mereka lebih banyak main henset,main komputer,keluar ke bandar,tidur dan bangun lewat,tengok movie,bercakap perkara yang tidak berfaedah,solat lambat,tak ikut peraturan dan bermacam lagi.

mungkin Allah nak bagitau kepada hambanya bahawa Allah berhak dan sangat boleh melakukan apa sahaj yang dia kehendaki asalkan kita tahu untuk redha dan sentiasa memohon maghfirah dan mardhotillah daripadanya.kepada semua yang ada membaca tulisan ini,beringatlah sebelum terkena. TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

2 comments:

Unknown said...

ni bru permulaan...
"experiences is the best teacher"

Unknown said...

assalamualaikum....
ana pun slalu leka...
tp ana bersyukur kita diproses dlm medan D&T ni...
"together we improve ourselves"
salam ukhwah..

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger