wahdah pemangkin khaira ummah

assalamualaikum....semoga Allah melimpahkan kurnia inayah kepada semua.Sebagaimana yang ana khabarkan bebrapa post yang lalu..banyak perkara tertangguh daripada dipostkan dalam blog ana ini.jadi antara yang havocnya adalah sambutan Maulidur rasul Sriq dan Smakl.Sambutan di Sriq diadakan pada siang hari dan di Smakl pada malamnya.

Di Sriq....sambutannya sangat meriah dan alhamdulillah mencapai objektif yang diinginkan. Dimulakan dengan bacaan ma'thurat dan asma Al-Husna (seperti biasa),para pelajar berkumpul di surau untuk mendenar ucap utama oleh Tuan Guru Besar Sriq,Cg Shamad dan Ceramah Maulud oleh Ustaz Zachury.Seterusnya par pelajar rehat dan tayangan Palestin oleh ayah yang disayangi Hj Zahari Salleh (penceramah bidan terjun kerana pada asalnya oleh Pc Li namun atas beberapa hal,abi yang ganti ).Tetapi sayang sekali kerana slide yang disediakan tidak dapat dibaca oleh laptop mak cik Rohana (kerani Sriq) kerana tidak genuine...lantas dalam kepanasan yang sangat menyengat ubun-ubun kepala dan bau-bauan yang sangat mengharumkan...abi telah membentangkan slide yang diberi nama "Perbandingan pendidikan di palestin dan di malaysia".Yang ana nak gelaknya ...perbandingan yang dibuat adalah SMAKL!!! tergelak ana bila melihat.hehe

selepas itu....dalam kepanasan yang sangat nyata (nampak muka plajar yg berkulit cerah menjadi kemerahan),pertandingan khat dan mewarna diadakan.Ana pun sertailah mengacau para peserta.Khat untuk tahap dua dan mewarna untuk tahap satu.Pada pandangan ana khat yang dihasilkan oleh mereka-mereka ini tidaklah begitu memuaskan (cerewet betolllah ana ni) tapi mereka memang berbakat besar.Begitu juga dengan adik-adik mewarna.Banyak stail dan gaya.hehe

selepas solat zohor dan menikmati nasi putih lauk dalca dan ayam goreng yang sangat nyam nyam...pertandingan hafazan dimulakan dan dikelolakan oleh Ustaz Zakaria (lebih famous dengan Ustaz Z).kesian ana tengok dia sebab keadaan panas campur bising dan bingit mewujudkan suasana tegang dan havoc sekali.Tetapi sayang kerana competition yang dihakimi oleh ustaz Shahrizan,ustaz abu akasyah dan ustaz Zul-Ihsan (ustaz PSI mase spm dulu) tak dapat ditamatkan kerana tak cukup masa.lantas program itu disambung pada hari selasa kerana hari Isnin keesokannya cuti.

Pada malamnya ana dan abi bertolak ke SMAKL kerana abi menjadi panel untuk forum pada malam tersebut bersama dengan Ustaz Azis Awang Kecik dan kerana ummi tidak larat untuk ikut kami.Pertama kalinya (ana raselah) forum yang begitu mega sekali dengan pentas stage berbackgroundkan latar campur warna -warni yang sangat special skali diadakan secara open air diadakan di antara blok baru dan blok lama.

Majlis yang dipengerusikan oleh Muhd muzakkir(mat merapu) dan juga anak buah yang sangat disayangi,Muhd faiz (Lebih dikenali sebagai mat Din) hehe.... secara personalnya saya merasakan bahawa program ini sangat menjadi dan baik dan meriah dan santai sekali. Dengan sambutan oleh orang kampung dan ahli haluan yang sangat supporting,majlis ini alhamdulillah secara keseluruhannya mampu menjadi medium dakwah dan tarbiyah kepada masyarakat luar.Alhamdulillah....semoga maklumat ini menjadi wadah yang berguna kepada semua.

maaf atas beberapa kesulitan...beberapa gambar yang ingin ana sertakan sekali tak dapat diuploadkan..mungkin di lain masa ana akan sertakan sekali.Allahuakbar!!!!

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger