rasa kem pengawas

selamat buat semua pembaca yang diredhai Allah.Sedih sungguh rasanya apabila mengenangkan diri ini yang sungguh hina dan dina.Semoga Allah akan melimpahkan rahmat buat kita semua.Sebenarnya banyak sangat yang hendak dikongsikan bersama tetapi meandangkan kesibukan duniawi yang tak habius-habis membalun diri ini....ana menjadi tidak berkesempatan untuk menulis apatah lagi menaip...ha3

mungkin ramai yang tertanya...knapela dia nie????

ana tak cerita lagikan pasal kem pengawas yang telah dipaksakan untuk hadir itu (sama macam kem form one) tetapi yang bezanya...huh....indah khabar kot daripada rupa.

mungkin tak ramai yang tahu...telah menjadi seorang fesi yang telah didisqulifedkan..ha3

mulanya buat tak tahu je...heh...tapi bila apa yang kita buat semuanya tak kena...mulalah ana menyebut-nyebut hal tu.Macam kedatangan ana ni bukannya menyenangkan mereka(fesi n pengurusan) tapi macam menmbahkan kekusutan mereka. Frust gak sedikit.

tapi kem ni pun adalah jugak kenangannya....dapat jadi pengurus makanan yang tak bertauliah ....ha3, dapat goyang kaki sket waktu orang lain busy2 handle slot...ha3,dapat conquer makanan yang sedap2 waktu orang lain lapar...ha3,dapat bersenang2 waktu orang lain terpaksa gagahkan diri handle program....ha3,dapat tidur dengan lena dan nyenyak waktu orang lain letih2 conduct muhasabah diri...ha3 dan yang paling best.....dapat mandi dengan penuh kepuasan tanpa mengalami sakit2 bila pulang...ha3.......

yang paling tak best...kena marah sebab lambat datang ke sekolah (diorang ni memang dari awal lagi dah potong nama ana). kena naik bas yang panas tetapi dapat bersama adik-adik,macam orang tak mancung pipi tersorong-sorong bila memandai2 buat kerja....dan yang paling tak best...dahlah jadi fesi yang telah didisqualified kena pulak buat report...mestilah jawapannya...tak mahulah ana!!!!!

hah....disebabkan arrogantnya ana bila sampai habis program...ana telah ditinggalkan oleh fesi yang lain yang telah pergi makan2 di luar sana.Mulanya memang ana telah dipelawa.tetapi mengenangkan hati yang hot dan membara ni...malaslah nak cari temper ngan sape2.. so ana pun pulanglah menaiki wave 100 yang sudah lama tak berbasuh tatkala sudah berjaya mendapatkan helmet daripada warden aspura yang disegani........

pendek kata...malam itu....ana terus sahaja tidur selepas solat Isyak secara berjemaah dan keesokan harinya....ana mengambil cuti kerana dibimbangi ana terpaksa ambil cuti semula pada any next days.......dan pada hari isnin seterusnya ana telah dimarahi oleh Pc Li kerana sesenang hati sahaja ponteng kerja........ha3

2 comments:

Aisyah Ulya said...

Hihi masalah btul la faci sorang ni..
Kelakar je, neway.. Ana SIMPATI dengan Akhi Saeed Zubair.. Pi KL bli souvenirs utk ana...

Anonymous said...

bismillahirrohmaanirrahiim...

assalamualaikum wbt

"pelajar muslim yang contoh ialah mereka yang :-
-kenal diri sendiri
-gilap potensi kepimpinan
-bimbing adik-adik"

ana meng'copy paste' semula ape yg anta dah cakap pade post yg lepas...

ape yg dicakap perlu buat...
kota apa yg dikata..

seorg daie tidak mementingkan diri sendiri...
walaupun musibah melanda dirinya sendiri...

cuba imbas kembali seerah rasulullah mase baginda di thaif, ape baginda cakap apabila jibril menawarkan untuk membalas perbuatan org2 kafir itu...
nta tau seerah tu kan?

macam mane kite pun nak merasai kemanisan ukhuwwah apabila kite pun tidak dlm kepahitan bersama2 berkorban bersama mereka2 yg bekerja...

kemanisan akan lahir hasil dari kepahitan...

ana tidak berkata nta tidak buat kerja, ye memang ade kerja yg nta buat tp setiap ape yg nta buat tu pasti ade disusuli dgn keluhan atau kritikan, ana x melarang, ana tau ini blog nta, boleh tulis suka hati je ape yg nta nak tulis..

ini cuma nasihat daripada seorang sahabat yg x ingin sahabatnya tersasar dari jalan sebenar..

nta tau kan, dunia ipt yg bakal dihadapi tu byk mehnahnya tp itu hanya teori..

semoga nta terus bekerja keras berusaha dlm meniti arus kehidupan ipt..

~seorg sahabat yg sgt sayangkan sahabatnya~

maaf mengganggu

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger