'MAMA'ku telah pulang ke rahmatullah

assalamualaikum w.b.t.

salam sejahtera kepada semua... moganya kita semua terus disirami mardhotillah dan barakah Allah... saat awal meng'online'kan ym... menerima satu offline mesej..... tentang kematian salah seorang tenaga pengajar Matri....boleh ziarah blog abang Adam Kadir.. boleh klik di link di sebelah..... aika rika.....

kematian terbayang disana sini... semalam orang ini,hari ini si fulan tu...esok siapa tahu... mungkinkah kita???be prepared!!!! ana nak kongsikan kepada semua kematian yang begitu mengejutkan ana.... sesuatu yang sangat akrab dan dekat.... MAMA.... kalau sesiapa yang selalu datang rumah ana baik sahabat mahupun sahibah dan sesiapa sahaja.... mungkin anda pernah kenal siapa MAMA kepada ana sekeluarga.....

sewaktu makan malam bersama ummi di dapur...lauk yang disantap tidak habis... "Ummi, lauk tak habis ni nak buat apa? bagi kat mama ya..." dan ana terus melangkah ke pintu belakang... "Mama dah tak de.. buang je kat belakang tu..." .. oh... ana tersentak mendengarnya.. patutlah semenjak petang tadi masuk ke rumah yang sudah dua bulan ditinggalkan ini..tiada bunyi bising.

akhirnya ana akur jua... dua ekor angsa yang selalu ada di belakang rumah telah tiada.... kerana mati sakit tua... sayu rasanya melihat kawasannya yang sekarang sudah kosong tidak berpenghuni... teringat adegan dan momen-momen indah bersama mama

mama yang akan berbunyi setiap kali namanya disebut
mama yang akan berbunyi setiap kali ada orang lalu lalang dibelakang
mama yang akan berbunyi setiap kali ana datang membersihkan mereka
mama yang akan diam bila ana menungkan padi dan air di bekas makanan
mama yang akan diam dan mengepakkan sayapnya ketika ana menjirus air
mama yang akan makan dengan lahapnya rumput yang ana kutip dan buah-buah buruk yang ana berikan
mama yang akan diam bila ana menggosok kepalanya dan membelai pelepahnya
mama yang akan diam tatkala ana mula bercakap dengannya
mama yang akan ana jumpa setiap kali ana ke belakang
mama yang akan selalu menantikan ana kerana dia tahu ana pasti akan membawa makanan

mama ...i will miss u... kerana selepas ini ana akan bersendirian di belakang rumah, selepas ini sisa makanan akan ana buang ke dalam tong sampah, selepas ini padi yang ada takkan terusik, selepas ini rumput-rumput di laman tepi belakang akan tumbuh kerana ana takkan kutip lagi untuk bagi kau makan,selepas ini ana mandi di luar secara sorang-sorang,selepas ini hanya angin akan membalas panggilan ana kepadamu.........

ana sungguh sedih kerana ana yang paling last tahu kematian mama... itupun setelah ana hampir ingin menemui mereka..... sunyilah ana setiap siang.....

ya Allah.... kau ampunkanlah dosa kami semua.... tempatkanlah 'mama'ku itu di kalangan makhlukmu yang kau janjikan balasan baik..... amin

p/s--- sungguh sedih kerana gambar mama, sepasang angsa milik keluarga ana tidak dijumpai.... InsyaAllah... ana akn cuba cari gambar tersebut....

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger