cerita lama

inilah gambar yang diambil oleh camera 8.0 mkega pixel..cantik tak?
garr!!! terpedaya

assalamualaikum w.b.t.

lama sungguh tak menulis di sini..bukan malas atau apa tetapi lama sangat mengembara.. hish.. bulan puasa pun berjalan-jalan...hihi..mengutip ilmu Allah yang tak pernah habis.....

sebenarnya ana baru sahaja pulang..(sudah masuk hari ketiga di rumah ini) pulang daripada mengikuti kursus Orientasi di ILIM, Bangi dan berjalan-jalan di sekitar Selangor (Klang,Banting dan Petaling Jaya)....tak tahu sebenarnya mahu diceritakan apa tentang kursus di ILIM kerana minda ini telah sarat dengan banyak maklumat dan makluman hinggakan tak dapat bergerak dengan betul rasanya.......

hihi....sebenarnya ana telah berpeluang untuk menikmati satu keistimewaan yang mungkin tidak pernah dirasai oleh orang lain iaitu telah mendapat banyak benda baru dalam satu masa...

tetapi sedikit sedih kerana engset yang dibeli yang memaparkan camera 8.0 megapixel ternyata seperti 0.8 megapixel sahaja kerana kekelabuannya sangat terserlah dan nyata.... T-T

juga telah membeli broadband celcom yang murah dan baru tetapi terpaksa meminjam sejumlah wang yang besar daripada teman surah (insyaAllah di Mesir nanti) dan masih belum menjelaskannya lagi.... :-)..... tetapi teman serumah itu telah memberi keizinan kerana kami akan berjumpa juga dan hutang itu takkan hilang..kalau tak di dunia..di tuntut di akhirat.. Nauzubillah.Sebenarnya braodband itu dibeli kerana mengenangkan diri ini bakal berjauhan tetapi disebabkan abi memutuskan untuk tidak memberikan lappy kepada ana maka braodband itu akan digunakan di rumah...... T-T

sebelum itu ingin memohon maaf kepada ayah andak n family sekiranya kalian ada terbaca page ini... kerana tidak dapat singgah ke rumahnya di Bangi kerana clash dengan jadual kembara ana...ampunkan anak saudaramu ini... namun terima kasih kerana datang juga sewaktu pendaftaran sabtu dua minggu lalu meskipun bukan untuk berjumpa ana tetapi ummi ana.. :-)

lapan hari..kami didera atau dipersedia..saya keliru juga kadang-kadang...... namun begitu saya gagahkan juga diri ini meskipun sedikit bosan dengan deratan ceramah yang memang tidak dinafikan berguna..cuma agak meleret dan tiada output langsung.. ceh..boleh muntah kalau macam ni
saya sedikit takut mendengar cerita Lurv4Allah tentang situasi di BTN , alhamdulillah isu poli**k di kem itu sangatlah sedikit sahaja dibicarakan dan kebanyakkan mendidik jiwa kita... cumanya sedikit terkilan kerana sepanjang 8 hari kursus diadakan hanya sejam setengah waktu diperuntukkan untuk tadarrus Al-quran (no tadabbur at all).. so terpaksa diri ini merangkak-rangkak mencari masa .......

ILIM..suraunya

alhamdulillah...gambaran hidup di Mesir sudah pun dapat diplaykan dalam otak ini... dari semasa ke semasa..dan gembira kerana mendapat baju lengan panjang baru dan beg bimbit baru (sememangnya ana agak addicted dengan beg-beg ini...hehe)...cuma tak pasti sama ada boleh membawa beg tersebut ke mesir atau tak...... T-T

selesai kursus lapan hari bertolak ke rumah Naeem yang dirindui di Klang kerana mengadakan iftor jamaie di sana.... rindu kepada teman-teman avicenna dan family uia terlempias juga.......

my sweet avicenna family

iftor jamaie....miss this moment

namun sedikit geram kerana Allah tak izinkan kami bersama-sama kerana masing-masing punya urusan masing-masing...alhamdulillah..semuanya adalah ketentuan dan itulah yang terbaik yang Allah susun untuk hambanya...

kepada semua selamat memburu LailatulQadr


4 comments:

naeem qomar said...

salam sang pengembara/musafir..hex3
moga mengembara yang tidak seberapa itu mendapat dimanfaatkan dalam menjaani kehidupan yang akan datang.

hood@sunny said...

salam, hp model mana tu eh?

mayb the default mode need to be resetting??

saza s said...

ke pada naeem qomar

musafir sambil menambahkan iman.. alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan itu....

kepada hood@sunny

wassalam..hp music mobile keluaran China... rasanya still experimented dalam pasaran....

default mode????

insyaAllah..tak berapa pandai sangat membedah benda Allah ni
anyway...syukran

Husna Sani said...

lbh baik gne sonyericsson, 2 megapixel pn da cantik, apatah lagi kalau 8..

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger