1,2,3

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.


apa khabar semuanya/ rindu sekali penulis kepada kalian.Sudah terlalu berhabuk laman ini.maaf banyak sekali kekangan yang berlaku.kekangan masa, kekangan diri dan nafsi serta bermacam-macam lagi termasuklah keimanan yang sering kali diuji ini.Alhamdulillah kali ini Allah beri kesempatan untuk kembali mengaktifkan otot-otot jari ini menari di atas pepan laptop ini.

alhamdulillah sudah masuk minggu ketiga penulis berada di Mesir.Kembali menemui pepasir yang terbang di sana-sini dipijak hari-hari di mana-mana sahaja.kembali berjemur di bawah terik mentari yang berbahang namun kini musim peralihan mula mengambil alih.Angin kuat sudah mula bertiup di kala malam hingga terpaksa memakai beberapa lapis baju.maklumlah badan mula bertindak.Hormon untuk melawan kesejukan masih belum well-developed lagi.

kini,pulang menemui dunia perubatan dan pembelajaran.Dari tahun satu menjadi tahun dua.Dari seorang adik menjadi seorang senior.Biarpun tidaklah senior yang paling bagus, untuk meraikan adik-adik bukanlah suatu yang mudah.Apatah lagi nama penulis entah siapa canang ke sana-sini, masing-masing mula bertanya itu dan ini.Mana yang patut insyaAllah cuba dijawab.Yang paling penting ingat matlamat dan jangan malas belajar.

kalau dihitung hingga hari ini.Rumah kecik macam hotel ini masih punya 6 penghuni lagi yang belum pulang.Terpaksa berdua sahaja bersama bazil yang sememangnya tidak pulang tahun ini menghadapi minggu pembelajaran pertama ini.Subjek anatomy ,physiologi, biochemistry yang sudah mula serta subjek histology yang masih berteka-teki siapa pensyarahnya.alhamdulillah arus pembelajaran masih terkawal.Sempat berada awal seminggu sebelum kuliah bermula, sempat setting barang-barang sebelum sibuk menghadap buku dan nota.Kepada yang belum balik...ingatlah tahun ini lebih dahsyat dan perit ..haha

insyaAllah pengalaman tahun lalu bukan untuk dibuang dan dikunci di dalam peti ingatan tetapi untuk dijadikan sepatu buat menlangkah kehidupan hari ini.Buang yang keruh dan ambil yang jernih.Jika tahun lalu kita leka dan suka buang masa, harapnya tahun kita kita lebih fokus dan berdisiplin.Nimat Allah mengguyur datang kepada kita.Tugasa kitalah untuk memanfaatkan segala nikmat itu bagi meningkatkan lagi ketaqwaan dan keimanan kkta yang semakin menipis dengan ozon jahiliyyah yang menebal ini.Semoga kita Allah bantu

1 - belajar bersungguh-sungguh , ingat niat dan matlamat
2 - yang lepas adalah pengalaman , sekarang adalah kenyataan , esok adalah peluang
3 - perjalanan masih jauh , usah biar semalam membelenggu hari ini

buat junior tahun 1 dan senior tahun 3 dan classmate tahun 2

rindu mereka

1 - keluarga jauh di mata dekat di hati
2 - sahabat -sahabat jauh di pandangan dekat di ingatan
3 - ahli bait jauh di Malaysia di dekat nanti di kinanah

wallahua'lam

NB
-lipas menjajah dengan kejam dan zalim
-ada sesiapa nak jadi tutor subjek thn 2 penulis?
-bolehkah kekal mumtaz tahun ini
-rindu malaysia

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger