Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt
Pagi tadi 'kesengalan' datang menyerang balik tambah-tambah di musim peperiksaan ini. Ya Allah ampunkan dosaku kerana terlalu mengikut kata hatiku yang selalu melanggar arahanmu. Amiin
Khutbah jumaat hari ini bertajuk 'Mengikuti Nafsu' ~ اتباع الهوى
Meskipun memahami tajuk, namun penulis masih gagal untuk memahami keseluruhan khutbah tersebut ditambah dengan khayal- mengkhayal yang berlaku di tengah-tengah pendengaran itu serta orang lalu lalang yang kadang-kala menyebabkan konsentrasi sedikit tersangkut. Bila dah tersangkut, susah sedikit nak cari starting pointnya balik.
Antara point yang sempat dipetakan dalam kepala ini adalah
. Kaitan antara tujuh golongan yang dinaungi Allah di akhirat dengan perlawanan mereka dengan nafsu. Kesemua mereka tidak akan dapat melaksanakan tuntutan ibadah itu jika tidak berjaya menundukkan nafsu jiwa.
- Pemimpin tidak akan dapat memimpin dengan adil jika menurut hawa nafsu
- Seorang remaja tidak akan dapat hidup dalam beribdah kepada tuhannya jika mengikut hawa nafsu
- Seorang lelaki tidak akan dapat menolak ajakan perempuan cantik untuk berzina jika menurut hawa nafsu
- dua orang lelaki tidak mampu berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah jika mengikut hawa nafsu
- tangan kanan tidak mampu memberi tanpa diketahui tangan kirinya jika menurut hawa nafsu
- Seorang lelaki tidak dapat mengikat hatinya dengan masjid jika mengikut hawa nafsu
- Seorang hamba tidak mampu menangis memikirkan kesalahannya di malam hari memohon ampun daripada Allah jika mengikut hawa nafsunya.
Ditambah lagi dengan beberapa contoh yang tidak dapat difahami sepenuhnya oleh penulis namun jika berkaitan dengan nafsu, tak lain ia akan kembali kepada iman kita. Sebagai seorang pencuri tidak akan mencuri melainkan dia tidak berada dalam keimana. Begitu juga dengan penzina, peminum arak bahkan apa-apa bentuk maksiat kepada Allah.
Jalan penyelesaiannya ~ rasailah kemanisan dalam beribadah serta lazimilah sabar .....
Yosh, sebenarnya tidak lain kata-kata di atas adalah buat diri penulis sendiri yang belum pasti dapat menunaikan salah satu antara tujuh tuntutan di atas ini. Meski begitu, live still need to go through and hardships are what build us stronger and fighter.
Mohon doa untuk tentatif kehidupan yang bakal berlangsung seperti di bawah ini insyaAllah
23 Jan : Exam Forensic and Toxicology + Balik Malaysia ^~^
24 Jan : Flight terus ke Terengganu ( ya Allah, saya sangat berdebar part ini )
25 Jan : Majlis akad nikah my sweet two sisters
26 Jan : Kenduri Kesyukuran untuk diatas ini
Next and next and next day : cuti + holiday + relax ( study + ibadah + dnt )
NB
. Saje tak nak letak balik bila sebab kalau letak rasa macam sekejap sangat
. Hibernasi dalam bilik bersama buku-buku dan saratoga sangat dahsyat pada tahun ini
. Sungai Golok @studygroup moga berjalan lancar dan memberikan impak positif kepada semua ahli
. So cannot wait to return back home
Sampai berjumpa redha pencipta ~
Saza S
- Sang iPad suka menulis
Location:Front Fountain
2 comments:
Moga Allah pimpin hati anta selalu.. InsyaAllah kekuatan dariNya. Pasti Allah pimpin kalau sudah niat untuk jadi hambaNya yang soleh.
Sampaikan salam pada Kak Shafiyyah dan Kak Syu ya. Moga Allah berkati mereka.
Rasanya ana tunggu majlis anta la nampaknya.
InsyaAllah, kalau Allah tak pimpin, maka akan sumbanglah langkah setiap saat ~
InsyaAllah akan disampaikan dan .... Kalau nk tunggu majlis ana macam lambat lago, tapi insyaAllah ~
Post a Comment