Juling


Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum wbt 

I have to say thanks to Pengerusi PERUBATAN Cawangan al-Azhar ( PCA ) di atas reply tweet pagi tadi kerana beliau telah menyedarkan penulis bahawa orang yang sibuk macam beliau pun boleh terus konsisten mengupdate blog takkan jelata raya macam penulis ini tidak mampu berbuat demikian. 


Huish, peperiksaan semakin mendekat betul dan beberapa hari ini kerjanya adalah bercinta dengan buku ophthalmology yang alhamdulillah berjaya dihabiskan pagi tadi dengan kiriman doa dan semangat oleh ahli keluarga di Malaysia dan di Mesir. 

Tapi macam nak terembes kelenjar air mata kelmarin atas keputusan pilihanraya umum 13. Meskipun yang cacat jelas kelihatan di mata namun berjaya disembunyikan oleh pihak-pihak yang tak sepatutnya hingga dalam hati ini rasa ini dilaungkan 'INI TIDAK ADIL !', namun penulis sedar bahawa hidup perlu diteruskan dengan membawa harapan kelmarin untuk dilaksanakan pada hari ini bagi mencapai kemenangan pada hari esok. Dengan itu, rencam peperiksaan yang 'on the point' ini enggan dibiarkan begitu sahaja. 



Sambil-sambil bercouple dengan buku, antara impian penulis yang ingin dicapai adalah istiqamah kembali atas banyak perkara yang telah penulis tinggalkan. 

1) solat sunat hajat dan qiamullal setiap hari ( meskipun subuh di mesir 3.30 pagi ) 
2) tweeting and tweeting 
3) blogging and blogging 
4) Doa untuk sahabat-sahabat
5) belanja diorang kalau ada duit lebih ( hihi ) 

Mohon doa semua untuk perkara-perkara berikut 

1) peperiksaan ophthalmology written ( 9/5 ) dan oral n practical ( 11/5 ) 
2) bertaqwa setiap masa dan ketika 
3) menghabiskan semua silibus untuk peperiksaan dan selepas peperiksaan
4) berjalanjalan sekiranya ada kesempatan 
5) dipermudahkan urusan balik ke malaysia dan tiket dan withdraw duit dan sebagainya 
6) berkira-kira untuk serius menulis dan menghasilkan buku .... :) 

' kita perlu menjadi pemuda yang bergerak kerana statik tidak mampu membawa kita ke mana-mana. Ibaratnya, kejahatan nampak di depan mata namun kelemahan kita menjadikan kita tidak mampu berbuat apa-apa ' 

May Allah bless everybody and me also insyaAllah 

   
Flibbertigibbet 
saza s 

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger