#topikusayang

Saya jujur mahu bercerita yang baik-baik sahaja malam ini tetapi ia menjadi satu malam kesedihan yang membuat saya mencongak-congak segala macam nikmat yang saya perolehi dan kesyukuran yang saya beri kembali. Saat saya terlalu beria untuk menunaikan segala hak, jemputan dan peranan, siapa sangka Allah jemput kembali suatu pinjaman yang sangat akrab. Ya Allah, barangkali keciciran topi dalam tremco adalah pengajaran untuk tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu pekerjaan seperti yang disabdakan dari lidah pesuruhMu bahawa tergesa-gesa itu amalan syaitan.

Allah, saya menangis malam ini bukan kerana cintakan dunia tetapi saya jadi ralat atas kecuaian diri kerana topi itu antara pemberia akhir #abikusayang sebelum berangkat ke Mesir awal tahun keempat pengajian serta insaf kerana sepanjang pinjaman makhluk kecil itu, kepala saya diteduhkan dari panas dan dingin kota mesir ini tika keluar menuntut ilmu hingga selalu saya rasakan tidak berkecukupan tanpa menyarungnya ke kepala saya. Meski masih memujuk hati melepaskan, minima ia pergi sesudah sempat saya basuh dan cuci, seterika dan sembur pewangi ( sesuatu yang tak pernah dibuat sebelum ini ). Semoga Allah mempertemukannya dengan pengguna yang lebih berhemat menggunakannya ke jalan yang diredhai tuhan. Terima kasih #topikusayang atas perhubungan yang sudah mula aku rindukan ini. Saya mahu belajar untuk terus redha, redha dan redha atas segalanya !

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger