HIDUP HANYALAH UNTUK ISLAM




Assalamualaikum…..diharapkan agar semua pemilik hati-hati yang masih setia menadahkan ketaatan dalam ubbudiyah…..may allah loves you all….

Mulanya nak minta maaf sebab ana jarang skali mengapa-apakan dalam group ni….. rasanye tak layak lagi....cumanya kali ni.....ana nak kongsikan pengisian halaqah TRGN yang diadakan semalam (Isnin 23 Feb).........

Tazkirah yang disampaikan oleh Pc Zukri........

“Alquran itu dijadikan sebagai petunjuk menuju kepadanya.Allah telah memberitahu kepaqda semua hamba-hambanya cara-cara untuk mendekatkan diri kepada Allah dan halangan-halangan yang akan ditempuhi dalam mendekatkan diri kepadanya.Ianya merupakan tali yang kukuh dan sesiapa sahaja yang berpegang kepadanya pasti akan berjaya.......” itulah sebahagian kata-kata Dr. Majdi Al-Hilali tentang Al-quran.


( Bagaimana untuk menjuruskan hidup Untuk islam)

· Mesti sedar akan matlamat hidup dan tujuan penciptaan manusia
(Surah Adz-zaariyat-56)

· Mesti sedar bahawa dunia mempunyai nilai yang lebih rendah dari akhirat
(Surah At-taubah-38-apakah kita sudah cukup puas dengan dunia berbanding akhirat padahal dunia ini lebih sedikit nilainya berbanding akhirat)


Rasulullah pernah berdiri di tempat pembuangan sampah.Kemudian baginda bersabda “kejarlah dunia....baginda kemudian mencapai seketul sampah yang busuk....inilah dunia (sambil menunjuk ke arah sampah tersebut)”

Pernah suatu hari rasulullah bersama para sahabat menemui bangkai seekor kambing yang busuk lalu bersabda “Tidakkah ia sudah tidak berguna kepada tuannya ?Demi Allah...dunia ini lebih hina dari bangkai tersebut...”

· Sedar bahawa dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir

Adakah kita sudah bersedia untuk mati?Nyawa kita adalah amanah Allah dan tatkala kita sudah dipanggil pulang kepadaNya...Allah akan bertanya semula kepada kita bagaimana kita menghabiskan nyawa kita.....


(Surah Ar-Rahman-26-27) dan (Surah Ali Imraan-185)



· Mesti sedar dan tahu akan hakikat islam,mempelajarinya,mendalaminya dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian
(Surah Tahaa-14) Para anbiya’ tidak tinggalkan harta berupa dinar dan dirham tetapi mereka tinggalkan ilmu yang bermanfaat.barang sesiapa yang memperolehi kebaikan daripadanya,sesungguhnya dia telah memperolehi bahagian yang lumayan.

· Mesti tahu akan hakikat jahiliyyah melalui aliran pemikiran sejagat. Kita patutnya mengambil iktibar daripada kejayaan pihak yahudi memusnahkan pemuda-pemudi Islam.



‛Sesungguhnya aku hairan melihat orang yang meyakini pada mati,tetapi masih bergembira.Aku hairan melihat orang yang yakin pada neraka,tetapi masih ketawa.Aku hairan melihat orang yang meyakini pada qada’ dan qadar tetapi masih kecewa.Aku hairan melihat orang yang meyakini bahawa dunia yang memutar-belitkan mereka tetapi masih sayang akan dunia dan aku hairan melihat orang yang meyakini akan adanya hari hisab tetapi masih kurang beramal’

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger