rindu menatap wajah bahagia

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua pemilik hati-hati agar terus dilimpahkan dengan kurnia inayah dan perkenan rahmat milik Allah yang esa. Sedih rasanya tatkala menatap skrin laptop ummi ana yang memaparkan blog yang sudah hampir dua,rtiga minggu lamanya ana tinggalkan.Ana minta maaf kepada semua kerana keterlewatan ana untuk update blog ini amat ana kesali kerana broadband yang dipakai tidak begitu kuat connectionnya dan kesibukan seharian yang sangat-sangat menghabat diri membuatkan usaha dan masa lapang itu menjadi sedikit terganggu.

sebenarnya seandainya ana tidak mengikuti ummi ke SRIQ pada malam ini untuk menemaninya mengadakan kelas tuisyen pelajar tahun 6,sudah pasti ana tak dapat menumpahkan rindu ana kepada muka tersayang ini.Dua minggu tidak bersua muka menyebabkan banyak agenda tertangguh dan banyak sangat perkara yang ingin dikongsikan menjadi tergendala.Kalau dulu bersusun-susun perkara yang nak dishare bersama semua tetapi sekarang ni dah lupa kebanyaknnya.

untuk malam ini ana terharu sangat kerana Allah masih lagi memberi kesempatan untuk meyambung risalah dakwah Rasulullah dan Allah bagi juga kesempatan untuk ana mendengar suara ikhwan jauh yang kini sedang menabur bakti di Madrasah At-Toyyibah di Changlun,Kedah (minta maaf kalau nama madarasah tu salah eja).Lebih memilukan hati lagi (mungkin kot) tatkala suaranya yang redup seredup wajahnya itu mengungkapkan hasratnya untuk menyambung pengajian ilmunya di MATRI di peringkat marhalah khassah.Sedikit sebanyak hati ana terkerisik kerana hasrat di jiwa ana mahu bersama dengannya di pengajian tinggi sama ada u dalaman mahupun luaran. Melihat kepada kelulusan yang berjaya ana capai,mungkin ana akan pilih untuk melanjut ke u luaran (InsyaAllah) dan melihat kepada pencapaiannya yang cemerlang ..... ana berangan-angan untuk menggenggam tangannya bersama-sama menimba ilmu tetapi...melihat kepada keputusan yang telah ditaqdirkan Allah..... mungkin kami akan bersama di lain masa

siapa ikhwan itu...nilah dia

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger