Jaulah cinta ....... first Day

Selepas mengharungi perjalanan yang sungguh meletihkan dan tidak sedar , serombongan bas telah sampai di RnR Gurun , Kedah untuk Solat Subuh.Pagi yang indah dan hening memang ternyata menerbitkan cinta dalam hati ana kerana bukan senang untuk bertandang ke daerah utara yang penuh kenangan dan tempat untuk dijelajah.

Namun satu perkara yang ana nak gelakkan adalah...ana bertanya kepada ust Syafiq nama RnR tu...dia pun memberitahu RnR Gurun.. ana pun 100% confident membantah kerana pada 2007 yg lalu ana ada shj singgah ke satu RnR yg sungguh cantik yang ana sangkakan Gurun...tapi terpampang di hadapan kami sign board RnR Gurun. Habis digelakkan oleh ust Syafiq.Namun ana terpaksa menelan pahitnya diketawakan kerana bukan mudah nak membiasakan diri bersama seorang dewasa bernama Ustaz.

Perjalanan di sambung selepas masing-masing (xcept me) mengisi perut dengan air manis dan makanan ringan .Sepanjang Perjalanan selama dua jam setengah itu...kerja ana hanyalah tidur dan tidur..hinggalah lima belas minit terakhir ana spentkan untuk membaca novel Merenang Gelora yang dibawa bersama namun Allah mahu mengampunkan dosa...kerana membaca di dalam kenderaan habis sakit kepala berdenyut-denyut dibuatnya..... ana tak boleh baca dalam kenderaan.

Ketibaan di Matri memang dinantikan....daerah cinta yang telah ana anggap sebagai rumah kedua selepas SMAKL begitu membungakan perasaan di dalam jiwa.....nanum sedihla jugak kerana insan yang dinanti tiada kunjng tiba. Sarapan pagi..nasi lemak yang sungguh enak.. ditmbah pula adik-adik f5yang sudah lama tidak ditemu terutamanya Qawiem yang dirindui..akhirnya secebis rindu terlempias juga.Kami tanpa sempat beramah mesra dan bergelak ketwa dengan lebih lama lagi terus sahaja menaiki bas untuk bertolak ke Wang Mu..rmc yang mencatatkan momen terindah di saat awal ana mengenali Matri dengan diiringi oleh Saudara Shah dan Izzat Ibrahim.


bersiap untuk mendaki bukit

Pendakian bukit batu kapur yang tajam dan keras memang menuntut peluh yang sangat banyak tetapi itulah pengalaman berharga memijak ciptaan tuhan.Pemandangan di puncak bukit sangat menyenangkan lantaran langit biru terbentang luas dan tanah hijau terpampang indah.Pak Cha selaku pemandu pelancong tidak jemu-jemu mengucapkan syukur dan melantunkan tazkirah dan yang paling tidak dapat dilupakan teka-tekinya yang sangat melucukan dan mengelirukan.hehe

mendaki bukit batu kapur yang tajam dan curam

Usai bersiap,makan,bersolat dan berpakaian di masjid berhampran,kami bertolak ke Gua Kelam.Meskipun sudah Dua kali menjejakkan kaki ke gua kelam yang sungguh kosong dan membosankan namun ana akui ciptaan allah adalah yang paling indah dan terbaik.Ana juga untuk kali ketiganya masuk ke dalam gua yang telah diterangi lampu minyak tanah dan pemandangan dalam gua yang cantik dan biasa.Mungkin ramai f5 yang belum datang dan mereka menjadi sangat teruja dan excited hinggakan berlaku sedikit kekecohan dalam masalah mengmbil gambar.


bergambar di pintu masuk Gua Kelam

adegan yang paling tidak dapat dilupakan adalah shopping di Padang Besar.Ana yang telah dibekalkan dengan RM 150 berusaha untuk melayani kehendak hati untuk berbelanja hinggalah ana merasakan analah yang paling banyak membeli.Tatkala dihitung...ana telah membelanjakan sebanyak RM 68 ..mungkin bagi anda itu adalah angka yang kecil namun bagi ana susahnya nak kuar duit untuk belanja.....hehe......selepas memuaskan nafsu untuk shopping kami terus pulang kembali ke Matri.

malam itu selepas solat,mandi,makan malam sambil disajikan nasyid yang sungguh sedap kami dibawa mendengar slot bersama dengan Mudir Matri ,Dato' Kaya Bakti Al-Fadhil Ustaz Dahlan Mohd Zain...kami mendengar banyak mutiara-mutiara indah namun mungkin keletihan yang melampau menyebabkan mata yang ada menjadi sangat mengantuk dan pelajar di barisan paling hadapan semuanya khusyuk dan tersengguk-sengguk......


pasukan nasyid Matri yang menghiburkan ketika makan malam

slot bersama mudir Matri

hari itu telah berakhir...ana tidur awal selepas menghantar sms kepada insan yang dirindui... namun meskipun tiada lagi perkara untuk dikongsi...ingtatlah bibit cinta ilahi tiada pernah terhenti......

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger