Jaulah cinta..... last day


Komuniti tarbiyah Dakwah

Jurnal hari yang terakhir kembara di alam semesta.Tibanya subuh kami di Masjid di Kelantan.Solat subuh dan persiapan diri berserta sarapan pagi yang sungguh memualkan tekakku ini.Kami menyambung perjalanan yang sangatlah dirasakan lama....... lingkungan matahari sepenanggalan naik , barulah kami tiba di KTD ( kolej Teknologi Darulnaim,kolej tarbiyah Dakwah, kolej terbaik dunia,etc)...kami telah disambut oleh abang yang tak dikenali dan kakak2 lpsan SMAKL...mereka sangat terkejut kerana ana turut serta dalam lawatan ini.

Masa yang dispentakan tidak begitu banyak.Cuma kami dibawa bersantap menikmati mi goreng yang tidak dapat ana habiskan dan selepas itu kami terus sahaja ke tempat bermain Futsal..... Sedikit mengubat kekecewaan..kami adalah juga menjaringkan gol meskipun abang2 futsal KTD lebih banyak menjaringkan mata berbanding kami.Sebenarnya kekuatan sebenar bukan terletak pada stuff yang mahal, mahupun uniform dan jersi yang bergaya ataupun bilangan dan sokongan yang kuat.Tawakkal dan doa kepada Allah sebenarnya mengatasi segala jenis kekuatan.Setelah puas menjadi photographer tanpa bayaran, kamipun pulang semula ke KTD.


futsal friendly match

Makan tengahri yang disediakan sangatlah membuatkan air liurku kecur.Ana makan bersama dengan sahabat yang lain dan Ust Syafiq sekali.Dikatakan slot pada petang itu ialah slot bersama dengan Pc Rosdi Baharom namun kelibatnya tiada kunjung tiba.Para f5 masuk ke dalam bilik kuliah terlebih dahulu kerana Ust. Syafiq meminta ana menemaninya di luar dan pada saat itulah ana berjaya menembus tembok malu dan segan berhadapan secara personal bersama- sama dengan murabbi hebat ini.Setelah lama taaruf dengan Ust Syafiq...ana masuk ke dalam kerana ust Syafiq meminta diri untuk megembara dalam mimpi.


murabbi yang hebat ........

Rupa-rupanya mereka semua sedang mengadakan LDK bersama dengan puan Asyikin dan Cik Ema yang sangat supporting dan lovable tentang Siapa Yang Perlu Dibawa Ke Marikh.... Perdana menteri,Doktor,Saintis,jurutera ataupun tokoh agama...actually... berhadapan dengan permainan IQ sperti ini menuntut kita berfikir secara out of the box...dan anma sangatlah tidak pandai untuk melakukan perkara yang demikian lagaknya.Sehinggalah tiba Pc Rosdi Baharom bersama dengan Pc Razali Maarof...kami pun tenggelam dalam buaian tazkirahnya yang sangat mengayikkan .

pelajar f5 putera n Pc Rosdi Baharom


pelajar f5 puteri n Pc Rosdi baharom

petang itu juga tanpa menanti lebih lama , kami terus sahaja pulang ke SMAKL...hatiku yang kecil dan kerdil ini berbisik.... apakah yang telah berjayaku bawa pulang dari kembara ini???? mungkinkah sesuatu untuk dikongsikan bersama ataupun untuk diriku sendiri ataupun tiada apa-apa.....ana rasa anda sekalianlah yang berhak untuk menjawab soalan ini!!!!!!

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger