dream ,ambition and destiny

assalamualaikum wbt...... semoga Allah lindungi kita semua dari pada perangkap syaitan yang direjam. Masih lagi berasa 'something' dengan result upu yang berjaya didapatkan tempohari.

mulanya macam mahu menitiskan air mata sahaja mengenangkan itulah keputusannya hinggalah diri ini seakan terputus hubungan umpama layang-alayang putus talinya. Menunggu pawana untuk menerbangkannya kemana sahaja.Namun abi yang dikasihi sangat memahami hinggalah setitik kesedaran dititipkan dan alhamdulillah dengan bantuan sahabat-sahabat yang disayangi Alhamdulillah kata putus berjaya juga ana kecapi....

my dream university....iium... di situlah nanti medan amalku...medanku untuk menuntut secebis ilmu Allah dan melontarkan diriku ke tengah medan masyarakat yang serba lalai dan leka ini. Kadang-kala seperti diri ana masih lemah rohani,jasmani dan aqli.......tidak mampu untuk berdiri lagi dengan sendiri...setelah lima bulan bertinggung dirumah sendiri..... takut rasa untuk berjauhan sekali lagi dari keluarga yang tercinta........

dreamku,ambitionku dan destinyku...seakan semuanya bertingkahan saling bergolak dan berdebur, saling meronta dan melepaskan...hingga sendiri hanyut dalam gelombangnya.
dreamku untuk menceburi bidang medical,ambitionku untuk merawat pesakit dan destinyku memperoleh kursus bahasa Inggeris...hem...aneh sungguh rencana Ilahi.......

tapi kini.....kumohon sesiapa sahaja yang melihat tulisan ana ini......agar mendoakan diri ana agar tegar di atas landasan ilmu dan teguh di atas jalan jihad,dakwah dan tarbiyahnya InsyaAllah......

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger