oleh : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.
Alhamdulillah... baru hari pertama berziarah.... ana telah menyelongkar almari buku di ruang tamu rumah PC Kamaruddin..menjumpai khazanah berharga ini... ( mungkin milik Kak izzah)
mengambil masa agak lama... tiga jam untuk menamatkan pembacaan...alhamdulillah.
mungkin inilah janji Kak Syarha untuk membukukan kisah cinta beliau bersama suami tercinta.
pada hemat ana novel ini adalah novel WAJIB baca bagi semua golongan except bwh 12 tahun kerana meskipun ia lebih ditujukan kepada insan yg hendak membina bahtera rumahtangga namun isi dan maklumat mengenai dunia percintaan yang sungguh melalaikan yang melanda anak-anak remaja hari ini menjadikan ia sebuah karya yang sungguh sesuai ditelaah oleh remaja khususnya....next kalau orang yang baru atau dah lama kahwin pun boleh baca buku ini....
kisah Qani'ah yang berusaha sedaya mungkin mendahulukan cinta Allah dan rasul sebelum mencari cinta lelaki akhirnya dipertemukan dengan suami mithali yang sungguh soleh..seperti namanya Dr. Muslih..... setelah diuji berbagai rintangan dan perangkap cinta nafsu manusia yang ditunjangi syaitan...dan bersulamkan kekuatan yang sentiasa diperbahrui dengan hubungan dengan Allah ...akhirnya poemilik cintanya telah ditemu setelah Allah dan rasul.....
meskipun ana masih jauh lagi untuk menempuhi alam ni.....namun sesiapa sahaja boleh membaca buku ini dan ana syorkan...tadahkan hati untuk menerima motivasi hati yang sungguh mengasyikkan dan jangan jadikan ia bahan bacaan untuk memacu hawa nafsu bertopengkan syaitan....
P's- sesekali mengimbas ibarat membaca kisah hidup penulis pula...terutamanya apabila suaminya sendiri seorang Doktor...seperti dalam kisah tersebut
semoga terus sukses dan dapat menerbitkan bukiu yang lebih berkualiti dan bermutu.. InsyaAllah
1 comments:
salam,
mmg buku yg bagus..
alhamdulillah, ana juga telah 'selamat' menghabiskannya..
Post a Comment