weekends!!!!

assalamualaikum wb.t

salam rindu kepada kalian yang menatap blog dan tulisan saya ini.Sungguh lama rasanya tidak mengapa-apakan di laman maya ini meskipun ini adalah kali kedua saya membukanya...ha3...di bilik Miss Shafiyyah di science department di uia ini......sungguh mengharukan kerana sepanjang minggu ini saya di uia...banyak sekali coincidence yang sungguh unexpected telah berlaku.......

setibanya saya di uia ini pada 24 May untuk registration , saya telah mendapat panggilan drpd Wafiy yang turut sama mendaftar pada petang itu....dan dia memberitahu saya yang dia telah berada di sana bersama-sama dengan Fauzan,fian, dan sebagainya.....fauzan dan fian??? hoho.. sungguh mengejutkan kerana mereka turut masuk belajar di uia ini..course apa..nantilah

masuk ke bilik sendiri di Mahallah Umar Alkhattab (ukc 1) no 204 ...dan telah mendapat roomate yang seramai tiga org dan semuanya student Human Science bersama Wafiy... Masuk ke uia ini maksudnya adalah masuk ke dalam dunia saya dan awak kerana saya sama sekali tidak suka bercakap aku dan kau yang sangat popular dalam kalangan pelajar di sini...

keesokan harinya...sebagaimana yang telah diuar-uarkan oleh semua committe pada malam tadi..ept dan apt berjalan dengan lancar...meskipun soalan ept susah dan soalan apt.....yang tajuk karangannya tidak saya ketahui ....dan telah diberitahu oleh invigilator exam tersebut......alhamdulillah esok saya akan ketahui keputusannya (1 jun 09)

ketika mendapatkan borang pertukaran kos di Admission and Records department saya telah berjumpa dengan seorang kenalan lama iaitu Nur Izzah Muhd Kamal...yang telah lima tahun tidak berjumpa dan telah memakai kacamata dan ditukarkan kos yang sama dengan saya... namun saya tidak sempat berbual panjang dengannya kerana Miss Shafiyyah telah menarik tangan saya dan membawa saya ke dalam lecture hall a untuk mengisi borang pertukaran kos

borang berwarna kuning yang telah saya isi tersebut akhirnya telah mengecewakan saya kerana first dan second choice saya tidak dilayan dan saya diexchangekan dengan bio sc.....sungguh menyedihkan tetapi ramai yang mengucapkan tahniah kepada saya ( saya pun tak tahu kenapa ) di atas kejayaan saya yang tak seberapa ini ... apapun disebalik kekecewaan saya ini ...mungkin tersirat hikmah yang saya sendiri tidak tahu dan hanya Allah sahaja yang tahu......

opening night ceremony di padang uia matriks sungguh menghiburkan kerana saya telah berpeluang berkenalan dengan seorang budak AED yang bernama Saiful (nama penuh tak ingat) yang berasal dari Johor sepanjang program tersebut saya berada bersama-samanya dan kami bersama-sama mentertawakan kumpulan koir uia yang seakan-akan dipermainkan oleh student baru yang terdiri daripada kami semua.......namun begitu ana sungguh terpesona dengan kelancaran mc inggeris dan arab pada malam itu kerana telah mengucapkan kalimah-kalimah ucapan dengan begitu menawan dan fasih sekali.

kebanyakan program yang dijalankan diasingkan antara student arts dan science - based dan saya sangatlah emburu dengan student science based yang sentiasa mendapat layanan first class dan berbagai kelebihan berbanding student arts.....namun pada satu hari selepas solat Zohor saya dikejutkan dengan seorang student Hs yang mukanya ibarat gabungan afif dan adli...namun sayang sekali kerana saya tidak sempat berbual-bual mahupun berkenalan dengannya kerana saya malu campur segan....dan saya tidak dapat mengenalinya hatta namanya pun saya tidak tahu ...tetapi dia seperti rapat dengan wafiy dan mungkin Allah akan mempertemukan kami semula InsyaAllah......

pada petang khamis......hari last taaruf programme saya sekali lagi dikecewakan dengan result pertukaran kos dan sekali lagi untuk kali kedua saya hilang kepercayaan terhadap uia...ha3... ditambah pula dengan kenyataan Miss Shafiyyah mengatakan uia ni memang penipu tahap gila2 ...hoho...sangat saya persetujui.....namun saya berasa sedih pada penutupan taaruf programme kerana mungkin saya akan merindui suasana berjemaah beramai-ramai di masjid Uia dan melantunkan ma'thurat bersama-sama mahupun membaca Al-mulk bersama-sama... saya tahankan kesedihan ini dengan kuat sekali hinggakan saya terlewat bangun pada hari Jumaat dan terlepas solat sunat rawatib di masjid pada subuh tersebut...ha3

namun begitu dengan pulangnya Naim ke TRGN untuk beberapa hari menjadikan saya sungguh kesunyian di sini meskipun sahabat-sahabat lain bersuka-ria berjalan-jalan ke sana kemari. mungkin ketidakbiasaan itu yang membuatkan saya agak malu-malu tetapi saya kuatkan semangat untuk betah tinggal di uia ini kerana tidak lama lagi saya akan menghadiri kelas dan saya akan membalas dendam kepada uia sendiri kerana sungguh berani melakukan sesuatu ke atas saya......

dan semalam saya telah ditukarkan ke tingkat satu di bilik 132 dan saya akan menjadi bujang selama seminggu ini kerana roomate saya ialah student2 second intake yang insyaAllah satu course dengan saya.... saya juga berasa sangat kecewa kerana lagu kegilaan saya pada saat ini iaitu Bersama oleh Devotees telah jatuh 2 anak tangga ke anak tangga ke4 namun ianya kembali terubat kerana lagu favourite saya juga iaitu Bicara Hatiku oleh Nice telah menjadi juara dalam carta IKIM

insyaAllah ..saya akan cuba mengupdatekan laman ini sekerap yang mungkin dan akan cuba untuk memastikan saya dapat menatap wajah kalian seselalu yang boleh.Meskipun rasanya banyak lagi yang ingin saya kongsikan tapi cukuplah dulu sampai di sini..doakan saya boleh menulis dan diberi kekuatan untuk menjadi lebih seruis dalam penulisan kerana saya seakan-akan tercabar oleh senior dua tahun saya iaitu Hilal Asyraf kerana telah banyak menghasilkan karya dan novel yang sungguh ilmiah dan popular....... di bawah ini saya sertakan sekali senarai student uia yang datang daripada 3 sekolah haluan yang menuntut di uia

  • Muhd Faris Fitri - allied health science (matri)
  • Ahmad Mujahid - Physical science (matri)
  • Muhd Fauzan Hussien - Architecture and environmental design (matri)
  • Ahmad Ridhwan - Architecture and environmental design (matri)
  • Ahmad Munaim - Architecture and environmental design (SMAKL)
  • Saeed Zubeir Zahari - Biological Science (SMAKL)
  • Fian Murshidy - Economy and Managemnet science (Smik)
  • Muhd Wafiy Akmal - Human Science (Matri)
  • Muhd Ghufran - Bachelor of english (Matri)
  • hafiz - tak ingat kos ( Smik)
dan maafkan ana juga kerana tak dapat mengadakan gambar kerana hanya mereka2 yang mempunyai handset berkamera sahaja yang dapat mengambil gambar dan henset LG ana tiada kamera maka tak dapatlah mengambil gambar....wassalam

2 comments:

Munsyi said...

hoho..esok korg dpt result ept apt kan? all da best ek..

anta nk tukar kos ape sbenarnye? kalau medic or pharmacy, start dr bio sc, anta skor first sem, leh mintak tukar len..ana rse2 la..

SINCERE SERVANT said...

Tahniah, adik-adikku.. smg kalian menjadi pewaris dakwah ini di lembah subur Uia dan di mana2...sampai bertemu-Nya...

With lost of Love n care

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger