Second June

assalamualaikum w.b.t.

sebentar tadi di cc uia berdekatan dengan plaza...saya telah menumpahkan rindu kepada sahabat saya di Matri dan seorang student UIA yang sedang cuti....huhu....dan saya telah menyelongkar kembali semua email-email yang telah saya karang dan telah saya hantar kepada sesiapa sahaja berbentuk puisi, sajak and what so ever......

berjumpalah dengan salah sebuah sajak yang telah ana tulis sempena mengingati semua peserta kem Kepimpinan di Wang Mu pada lewat dua tahun yang lalu.......

"Semua pengawas f4 dan enam orang student biasa yang akan pergi....saya ketika itu sungguh tiada mood kerana sibuk menguruskan persiapan untuk hari guru pada keesokan harinya .Mendengar sahaja kata-kata tersebut saya lantas berang dan terus sahaja menjawab ...ana tak nak pergi....huhu

malam tersebut...saya sedang menelaah buku sejarah kerana nota itu sahaja yang belum saya siapkan,sedang saya menulis seorang diri di dalam kelas yang sederhana besar itu...barulah saya teringat akan kem tersebut...perjmpaan siang tadi bersama dengan Ustaz Amali dan Ust Rohmat , saya mendiamkan diri sahaja...mungkin protes kerana terpilih untuk ke kem..huhu

saya antara peserta yang tidak banyak kerenah...kerana saya banyak mengiakan tanpa mengatakan sebarang tidak kecuali pada mula-mulanya sahaja...duit lapan puluh ringgit yang telah saya minta daripada abi saya serahkan kepada Ustaz Amali tanpa banyak soal dan yang pasti tanpa ada senyuman secebis pun daripada bibir saya...... saya gagahkan diri juga untuk menatap wajah2 first batch yang sungguh kuat mengata dan sebgainya memandangkan kami second batch yang terpilih.... apa yang saya boleh buat pada ketika itu adalah menyibukkan diri untuk memastikan tugasan saya sebagai AJK makanan berjalan dengan lancar......

malam sebelum bertolak...kami berkumpul dan pada ketika itulah kali pertama saya berasa sedikit lega.....dan saya memberikan respons yang sungguh hebat dan syok sendiri hinggakan ramai kalangan putera ini yang menegur....kerana esok hari adalah hari guru..maka..saya dan rakan setugas saya..Luqman yang sekarang sedang menjadi dr di Jordan....terpaksalah berjaga agak lama untuk meastikan kelengkapan makannya sempurna.....

hari guru tersebut merupakan yang paling best pernah saya saksikan...dan yang paling penting sekali ialah saya telah berjaya membuang kusut-kusut muram daripada wajah saya dan menjadi MC yang bertenaga pada hari itu...meskipun banyak cacat celanya.....dan pada petang itu ...dengan keletihan yang sangat nyata.....kami bertolak tepat jam 9.30 malam dr stesen bas ktrg menuju ke Matri yang belum pernah saya jejaki ..dan bermula di situlah dimensi mentaliti saya terhadap matri berubah 360 sekali....

di bawah ini saya sertakan sajak yang saya tulis sempena memperingat semua sahabat yang berada bersama-sama di kem tersebut dan segala mutiara-mutiara indah yang dapat kita kutip bersama-sama..meskipun sebuah buku yang telah saya coretkan segala nota-nota daripada kem tu termasuklah biodata sahabat-sahabat sekalian hilang entah ke mana dan masih belum ditemui sehingga ke hari ini....namun memori yang sebenar kekal di ingatan selagi ikatan aqidah kukuh berkekalan

(buat peserta kursus kepimpinan WANG MU,PERLIS 07)
(miss and love you)


kasih tercipta

kesempatan untuk kita nikmati bersama
kenangan dulu mengetuk pintu rasa
memori itu mengucap salam mesra
bersam kita menebar cerita
bersama kita menuai ceria

tangan pertama berkuncupan
merasai nikmat hibbah yang mendalam
leluhur rasa yang percaya
mengusaikan prasangka dalam jiwa
ada kemesraan yang terpancar
meskipun suaramu pertama kali
berdengung di telinga

kelibat bayangan yang terdampar
bersama rempah ratus suka duka
serta renik peluh dan airmata
kesucian itu bersih dari noda
kerana derita itu sirna
pada paluan nur yang terpancar
pada wajah dan suaramu

meskipun hari ini
kita berjauhan sekali
daerah semenanjung
tembok barat utara timur membatasi
tapi kasih yang tercipta tetap bersemi
menanti di gerbang syurgawi

inni uhibbukum fillah

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger