fourth June

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua....

hari ini di saat awal pagi lagi ana telah berjaya untuk mendapatkan tempat di library yang memang sentiasa diburu dan dikunjungi oleh lautan manusia di uia ini dan alhamdulillah ana telah sempat menziarahi beberapa laman maya sahabat sahibah ....semuanya menjurus kepada pembinaan sahsiah Islam dan pemantapan proses dakwah di muka bumi ini.

teringat semalam perjumpaan bersama-sama dengan abang-abang Gombak yang diadakan di Annex 206b yang mana ana telah tersesat jalan ketika mencarinya.Liqa' yang dihadiri oleh semua sahabat di uia Pj kecuali Ibrahim Izzat yang dalam perjalanan untuk kembali ke uia daripada kelantan dan Ibrahim Mat yang tidak tahu kemana perginya......Oh akhirnya ana telah berjaya bertemu dengan Abg Siddiqi Yang mana ana menjadi tanda tanya dalam ruangannya di Pewaris.net kerana meninggalkan komen yang sungguh misteri dan mistik ...oh..mengada-ngada sungguh!!!

dan juga Allahmdulillah ana telah berjaya mengenali Nawal dan juga Fazril Akmal yang selalu bermain di mulut sahabat-sahabat yang lain namun begitu ana tak dapat menayangkan muka dan wajah mereka di sini kerana ana tak mengambil sebarang gambar semalam kecualilah ana snapkan beberapa picture dan ana savekan dalam kotak memori ana ini sahaja..ha3

Pesanan seorang abang yang ana sangkakan adik beradik kepada Kak Nazihah dan juga Mutaal iaitu Abg Hafizul Daud yang mengatakan hidup di ipt ini umpama masuk ke dalam kilang pemprosesan tokoh kerana di sinilah Islam melahirkan tokohnya dan Jahiliyyah juga melahirkan tokoh mereka ... juga ana tak lupa akan kata-katanya bahawa di sinilah kita akan menguji keupayaan DnT kita terutamannya dalam mengkonsistenkan keikhlasan dan segala apa yang kita lakukan mahupun amalkan di sekolah dulu....kalau Kak Nazihah mahupun Mutaal terbaca ..maafkan ana ya

topik utamanya adalah tentang keikhlasan dan kerana keikhlasanlah seperti mana yang Naqib katakan akan membuahkan istiqamah sebagaimana ceritanya tentang Ikhlas, istiqamah dan Ma'thurat...ana rasa antum semua mungkin tahu kaitan antara ketiga-tiga perkara ini.... huhu..

Abang Sidiqqi juga banyak meninggalkan pesanan terutamanya menyentuh isu platform Ipt sebagai wadah Dakwah dan keseriusan kita dalam menjalankannya...ana akui dengan sejujurnya yang dua minggu ana di uia ini...ana belum lagi dapat menjalankan D...T tu mungkin dapat untuk tarbiyah Dzatiyah jelah..tapi untuk tarik orang lain tu....ermmm.....ada problem sikit dan insyaAllah , sahabat lain pun tahu dan faham dan akan ana cuba atasi..insyaAllah.

Pagi ini ana telah menghabiskan banyak masa menelah komputer di library ni hinggakan ada banyak mata yang menjeling-jeling ana di sini..tetapi disebabkan ana menggunakan komputer yang tiada jaringan internet maka mereka tak boleh nak kata apa-apa kerana mereka semua tu hanya nak main internet...ha3.......

Dan alhamdulillah ana telah siap mengeditkan cerpen terbaru ana yang bertajuk 'Sumaiyyah' dan sedang mencari ilham untuk menyudahkan cerpen imaginatif terbaru..tajuknya ...nanti dulu.... dan juga tatkala melihat kecantikan dan kesegaran kuntuman-kuntuman tulip di blog kak Syarifah Hidayah...tercetus idea untuk melakarkan sesuatu tentang tulip...huhu....mungkin kak Syarifah Hidayah punya story pun boleh join skali....hehe..jangan marah ya Kak Hidayah. Namun sedih juga kerana Hafiz telah komenkan cerpen tersebut dengan memperlekehkan watak perempuan yang ana tuliskan...huhu...hafiz..ni cerita yang guna nama sebenar meskipun kisahnya tak de kaitan langsug dengan hidup mahupun yang telah tiada......

Sampai di sini sahaja...insyaAllah moga kita semua dipertemukan dengan pertolongan dan keredhaan Allah suatu hari nanti sebelum ajal datang menjelang dan kepada semua yang singgah di page ini anda semua DIWAJIBKAN untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ana di uia pj ini...kepada yang nak baca cerpen tu...boleh minta ya..huhu...wassalam

1 comments:

sinar_islami said...

salam..menarik ni!!'teruskn usaha menulis..nanti ana nak bca ye..teruja pulak..mga Allah mudahkn jalan D&T anta...teruskn tiada nokth untk itu

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger