fifth June

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.....

Hari ini Fifth June dan saya sekarang seperti biasa akan ke library di uia untuk menyambung pengembaraan saya di alam pembacaan mahupun alam penulisan (typing)... namun mood untuk menulis hari ini tiada dan merindui untuk membaca kerana terdapat beberapa novel dan bahan bacaan di library ini yang belum lagi saya telaah.....

alhamdulillah kerana saya telah mengumpul beberapa maklumat tentang bunga tulip yang ingin saya kaitkan dengan suatu kisah hingga menjadi sebuah cerpen namun saya masih belum dapat fikirkan lagi kisah apa...kepada sesiapa yang ada cadangan bolehlah bagitahu ya.Kalau sebelum ini, saya akan menulis berdasarkan ilham mahupun kemahuan tanpa ada kerja rumah sedikitpun melainkan pembacaan karya-karya lain mahupun rujukan mana-mana sumber. Contohnya cerpen yang terbaru seperti Sumaiyyah... saya tulis berdasarkan ilham tentang keperitan Sumaiyyah dan menggabungkannya dengan kehidupan seorang kanak-kanak perempuan bernama Sumaiyyah. Pada anda mungkin ianya tergolong dalam sastera kanak-kanak tetapi saya rasa, saya masih gagal untuk menurunkan tahap kematangan watak supaya sesuai dengan kadar psikologi seorang kanak-kanak biasa hinggakan setiap kali saya membacanya watak-watak kanak-kanak di dalam cerepn itu mirip watak orang dewasa.

menyentuh isu Tulip sebentar tadi, saya telah menjelajah ke beberapa penjuru internet dan menjumpai beberapa artikel mengenai tulip dan sejarahnya. Anda boleh lihat dalam perenggan ini

'Pada mulanya bunga tulip tumbuh liar di kawasan Asia Tengah dan Asia Barat. Kerajaan Ottoman Turki terpikat pada keindahan dan kesempurnaan bunga tulip dan mulai membudidayakan bunga tulip sejak tahun 1000. Motif-motif bunga tulip sudah sejak lama banyak dipakai dalam seni ornamen Persia dan Turki. Nama yang diberikan orang Eropa untuk tulip berasal dari bahasa Persia untuk sorban (bahasa Persia: دلبنت, dulband) karena bunga tulip ketika belum mekar sepenuhnya bentuknya terlihat seperti sorban '


memang sejarah dan hakikat bahawa tumbuhan cantik ini berasal daripada Turki dan ianya lebh banyak dibiakkan dan disuburkan di Belanda hinggakan setiap kali kita menyebut tulip...pasti belanda yang pertama kali bermain di fikiran.Saya bersetuju dengan pendapat Kak Syarifah Hidayah tentang artikelnya tentang 'tulip bukan sekadar bunga' yang mana beliau menyifatkan bahawa ISlam itu pastinya terlibat dalam setiap permulaan ( boleh rujuk blog kak sy. Hidayah). Contohnya kita Tulip berasala daripada Turki dan bukan Belanda menunjukkan Tulip lahir dari negara Islam.... cuma sekarang sejarawan bayank memutar-belitkan fakta hinggakan ia menjadi sesuatu yang kabur dan menyeleweng.Perhatikan perenggan ini

'

Bunga ini pertama kali dibawa masuk ke Belanda sekitar tahun 1590-an oleh Carolus Clusius, Biologis dari Wina yang menjadi direktur Hortus Botanicus di Leiden. Ia memperoleh Tulip dari Augier Ghislain de Busbecq, temannya yang menjabat sebagai duta Austria di Constantinopel. Sejak itu mulailah orang berlomba-lomba memiliki Tulip, yang namanya diambil dari bahasa Turki untuk Tulban karena bentuknya menyerupai Tulban.

lihat , kita sendiri tahu dan pasti bahawa, sebenarnya ilmu yang indah dan tepat iru asalnya daripada kerajaan dan khilafah Islam namun mereka yang jahat ini mencedoknya daripada kita dan menguar-uarkan bahawa ilmu itu milik mereka.......

Namun begitu, saya sendiri terpesona melihat keindahan bunga tulip yang hampir ratusan jenis tumbuh melata di bumi ini dengan variasi warna dan bentuk yang pelbagai,mungkin suatu hari nanti , saya sendiri akan menjejaki tulip di negara asalnya sendiri...insyallah.

Baru hari ini saya berkesempatan membaca blog Ummihalimaton yang menceritakan episod detik kematian beliua di saat akhir hayat beliau...saya sebenarnya kagum dengan ketabahan beliau kerana tangannya yang kudus itu mampu melahirkan ratusan pemuda-pemudi Islam yang turut sama berjuang menentang musuh-musuh Islam.Saya menjadi sedih kerana sepanjang hayat saya mengenali matri.... (3 tahun )... saya mungkin belum pernah bersua muka apatah lagi bertaaruf dengan ummi ...dan saya juga tidak tahu betapa besarnya pengorbanan yang telah beliau curah mungkin untuk saya dan juga untuk sekalian ank didiknya. Tetapi meneliti blog sahabt-sahibah yang lain...saya akui singgahsana yang telah ummi bersemayam di hati kalian takkan ada sesiapa dapat merampasnya. Menitik air mata saya di dalam air cond yang sejuk dan ramai oang ini membaca tulisan ustazah Amani yang juga tidak saya kenali...... Semoga Allah menempatkan Roh Ummi di kalangan bidadari yang menanti sang pejuang di Syurga.

Mungkin setakat itu dahulu..... esok saya akan berlepas bersama HAfiz dan Naqib menuju ke Hari Keluarga Haluan di UKM Bangi tempat Abang Siddiq belajar ...dan akan kembali menyambung catatan di lain masa yang Allah izinkan.....wassalam



2 comments:

sinar_islami said...

syukrn 4 the nice info bout tulip..

mungkin anta blh buat cerita pasal pershbtn antara dua negara..belanda n turki..cuba kaitkn ngan tulip..keindhn islam sendiri..ajakn dakwah & ect..sekadar pandangan..mungkn lebih baik kalau anak muda mcm anta buat..seronk dpt bca hsil tulisn saudara seperjuangn lain pasal tulip..mga Allah berkati usaha mendekatiNya..

ana nantikan cerpen tulip :)

Munsyi said...

Bagus kupasan ttg tulip. bilekah agaknya boleh siap cerpen tu?hehe

lg satu, Ummi halimaton mmg akan ttp berada dlm hati kita bersma. Jasa ALlahyarhamha tlalu byk utk dikira. Kalau anta penah jumpa beliau, anta akan lebih paham knape ummi is the best and will always be the best in our life.

Jazakallah for everything.

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger