ninth June

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera kepada semua pemilik jiwa yang mahu membangunkan Islam untuk ummat sekaliannya.Ana di sini baru sahaja menerima berita bahawa ana akan menamatkan pengajian ana selama 1 tahun setengah di uia Pj ini sebelum berangkat menuju ke Main Campus di Kuantan.InsyaAllah ana akan cuba untuk strive merebut jurusan perubatan ..dendam yang menyala ini takkan padam....insyaAllah

sedih rasanya kerana ana tak dapat mengikuti program bersama dengan RB pada Hari keluarga Haluan di UKM Bangi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan namun ana agar senang juga kerana ana dapat menikmati lebih masa bersama-sama dengan sahabat-sahabat di uia ini .Meskipun kami sebumbung meneguk Ilmu namun susah juga untuk bertembung sesama sendiri....

melewati perjumpaan bersama dengan Ustaz Nahar petang semalam.... ana sedikit terharu kerana disedarkan dengan peringatan bahawa kita tak boleh membiarkan diri kita terus-terusan tanpa tazkirah kerana meskipun kita berasa kuat namun sebenarnya hati kita terhakis sedikit demi sedikit tanpa kita sedari...contohnya...mula-mula kita benci dan menolak orang bercouple tapi lama-kelamaan , tanpa sebarang peringatan kita akan 'menerima' orang bercouple...takut juga sebenarnya mengenangkan diri ini di medan uia kerana hanya Tarbiyah dzatiyah sahajalah yang menguatkan ana di sini....seterusnya untuk melancarkan proses dakwah....mungkin sekarang dalam keadaan kestabilan yang masih belum terjamin , susah untuk menjanjikan sebarang hasil namun ana sedang berdoa agar Allah bukakan hati dan permudahkan jalan.

Boring rasanya duduk sahaja tanpa melakukan sebarang kerja memandangkan orang jurusan lain sudah ada yang ber'assignment' sedangkan kita selalu sahaja tidur-tidur, lepak-lepak dan sebagainya.......insyaAllah , Allah janjikan masa yang baik untuk kita semua.Teringat pesanan Nabi agar merebut lima perkara..antaranya waktu lapang sebelum waktu sempit....huhu...

1 comments:

Munsyi said...

All the best. Moga dapat course yg diimpikan. Allah dh susun apa yg tbaik utk anta.

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger