thirtheenth June

Assalamualaikum W.B.T.

Allah masih sayangkan kita semua kerana itu kita masih diberi peluang untuk menghirup nikmat kehidupan sambil memperbanyakkan amalan dan ketinggian Ibadat kita......

Suatu subuh (maaf ana tak ingat hari apa) ...seusai kembali daripada masjid kolej ISlam...ana tersentak dengan sms yang diterima daripada Nu'man Afifi yang mengkhabarkan pemergian Mujahid ,Muhammad Ammar Zulkifli.... kerana kecelakaan jalan raya....Tiada apa yang boleh ana katakan...ana hanya terduduk di atas katil sambil tangan ana kemas memegang handset ana, terpaku ana menyaksikan message itu...terpaku sungguh!!!!

Nama itu memang ana kenali....dan ana masih teringat perbualan kami di laman YM bulan lalu sebelum ana masuk ke UIA

ammar_Zul : Salam saudaraku.....
Saza S : Wassalam, abang Ammar
ammar_zul : anta sihat?
saza s : sihat, alhamdulillah...abang???
ammar_zul : alhamdulillah sihat....dapat sambung mane???

itulah soalan pertamanya kepada ana.....

saza s : dapat uia...kos english....
ammar_zul : alhamdulillah ...bila bertolak?
saza s : 25 Mei nanti...
ammar_zul : ooo..yang lain macam mana?

dan ana memberitahu kepadanya tentang sahabat yang lain....sedih...terketar ana menulis.....

ammar_zul : anta ingat ya....masuk ke ipt ni..lain dunianya..bukan macam sekolah lagi...
saza s : oo...memang dah ramai yang cakap macam tu...ana pun takut jugak sket2
ammar_zul : takut kita biarlah menyumbang kepada Islam...takut membuat maksiat mahupun mencari dosa....kalau nak buat kerja islam jangan takut....
saza s : insyaAllah...abang doakan ana ya......
ammar_zul : InsyaAllah ...antum semua sentiasa ana doakan.....

perbualan itu terhenti agak lama kerana ana juga penya kerja lain.....

ammar_zul : oklah...abang pergi dulu ya...nak study sebab nak exam
saza s : ok..terima kasih bang...gud luck
saza s : assalamualaikum...
ammar_zul : waalaikummussalam

perbualan itu ana rasakan sangat ringkas hinggakan ana menyesali... pendeknya perbualan itu...kalaulah boleh diputarkan masa...pasti ana akan berusaha memanjangkan lagi perbualan kami.....dan sekarang meskipun ana hanya sekali bertembung mata,bersalaman,berpelukan mahupun berbual secara berdepan.......ana sedih kerana.......seorang mujahid yang ana juga ingin jumpa lagi telah pergi.......

"saeed, anta dapat mesej ...Ammar?" tanya Ridhwan....ana mengangguk..... "Tak tahu nak kata apa...terkejut ana...." itulah reaksi Ridhwan.....ana ingat lagi.....ana membisu sahaja....

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari AKHIRAT.Laksana anak-anak AKHIRAT,melihat dunia dari jendela AKHIRAT....kata-kata allahyarham Ammar Zulkifli yang sentiasa diulang dalam tazkirah dan penyampaiannya juga dalam blognya....marilah kita bersama-sama berdoa agar roh arwah tenang bertemu ilahi " itulah sms yang ana terima daripada Ibrahim Izzat ketika mesyuarat tanzim semalam......

baru ana tahu bahawa allahyarham turut mempunyai blog....dan sedih sungguh kerana tidak sempat menjadi saudara blognya.... baru kali ini ana berpeluang menziarahi blognya ketika dirinya sudah tiada...... sebak rasanya.....

Tatkala makan malam....ana tunggu najmi..najmi tak datang.... puas ana telefon,mesej dan sebagainya tapi tak berjawab mahupun diangkat.... malam itu selepas study dan ulangkaji..... ana terdengar nasyid Bersama oleh Devotees....menangis ana terdengar lagu tu...... terus ana berlari ke bilik Najmi..... ana ketuk dua tiga kali..barulah pintu terbuka.... dan alhamdulillah najmi ada....
tiada apa yang berlaku..... bila balik ke bilik ana teringat akan Abang Ammar...... ana teringatkan kata-katanya.....ana sedih.....bila teringatkan nasyid devotees....ana nyanyikan nasyid tu...ana terus menangis

nasyid Bersama oleh Devotees..... sungguh dalam sekali maknanya kepada ana......

abang Ammar...... adikmu ini....sayu mengenangkan dirimu yang belum sempat ana kenali.....lebih dalam...kalau Abang Ammar sudah di Syurga...kirimkan salam ana kepada Ummi dan Allah ya......berbahagialah abang di sisi Pencipta

Ya Allah kuatkanlah hati ana ...kerana engkau lebih berhak ke atas diri hamba-hambamu..... engkau telah menjemput insan-insan yang begitu mulia...yang tidak sempat ana kenali ....terkadang terasa tidak adil...kenapa Engkau menjemput mereka yang belum sempat ana kenali....... ampunkanlah dosa mereka dan dosa ana.....cucurilah rahmat keatas mereka.... biarkanlah air mata kita semua...yang menangisi pemergian mujahid Islam itu... menjadi mahar melindunginya dariapada api neraka......kalau dia telah berada di sisiMu...sampaikanlah salam rindu dan cinta kami semua...Amiin......

1 comments:

Anem Arnamee said...

Salam..

semoga terus berjuang dan tabah.. yg pergi tetap akan pergi..;)

p/s:sayu baca entri, walaupun sye tak mengenali beliau, hanya melihat dan mendengar tentang arwah di Tv, DAN surat khabar;)

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger