twenty-fourth June

salam sejahtera kepada semua pelayar bahtera kehidupan di lautan perjuangan .moga layar terus berkibaran jangan hanyut diamuk gelombang......
mohon berbanyak-banyak kemaafan kerana sudah berhabuk dan bersawang blog ana .......baru sekarang berkesempatan menulis...itupun tengah struggle dengan assignments (biasanya ana akan guna perkataan homework)n baru sahaja habis quiz tadi dan sekarang tengah dengar CD english Listening and Speaking.

dalam group IKHLAS ada seseorang telah mengemukakan sesuatu
"akademik memang no 1 tapi DnT bukan no2"

academic is no.1 but DnT isn't no.2..... sungguh dalam dan mencabar sekali ungkapan tersebut. Ana rasa apa yang cuba disampaikan adalah meletakkan masuliyyah DnT dalam medium akademik kerana kacamata masyarakat sekarang melihat kelebihan akademik sebagai suatu yang utama dan ianya merupakan aset penting dalam meraih perhatian dan kepercayaan orang ramai. Bila kita atau sesiapa sahaja yang cemerlang dalam akademik, dia akan menjadi contoh ikutan orang ramai hasil daripada kejayaannya dan orang ramai akan terus mengikutinya,merujukinya dan mencontohinya kerana difikirkan lebih baik mencontohi orang yang berjaya....
jadi untuk menyeimbangkan DnT selari dengan akademik....jangan tinggal DnT jangan tinggal akademik. Biar ia menjadi satu platform yang kukuh untuk kita menyebarkan risalah islam sekaligus meningkatkan lagi kredibiliti diri kita academically mahupun dari aspek DnT. Menurut pengalaman ana, menjadi orang yang pandai (bukan nak kata ana pandai...masing-masing ada kelebihan dan kekurangan)...mereka akan diikuti mahupun dirujuk.....jadi kita manfaatkan kegunaan kita sebagai tempat rujukan orang sebagai medan untuk kita menyelitkan unsur-unsur tarbiyah dan dakwah..... terutamanya bila berhadapan dengan masyarakat yang serasanya sangat jauh daripada Islam...mula-mula memang rasa kekok..tapi lama-kelamaan... dengan melazimi ucapan 'Assalamualaikum,alhamdulillah,insyaAllah,astaghfirullah' sahaja pun sudah cukup sebenarnya sebagai langkah awal.....
sebenarnya antara keduanya, sama penting...namun haruslah kita ingat belajar biar untuk dunia dan akhirat bukan untuk dunia sahaja....kita tak nak lahirkan ilmuan yang berkjaya di dunia,gagal di akhirat... tapi kita juga tak nak lahirkan pendakwah yang tak successful kerana ianya bakal mendatangkan FITNAH kepada islam.... 'bukan main alim lagi si fulan tu....tapi belajar tak pandai pun'.... kita tak nak diri kita yang menjadi penyebab orang tak mahu kepada Islam.
jadi, komitedkanlah diri kita kerana dengan keistiqamahan itu , tekad dan himmah akan terbina.Sebelum itu sentiasalah perbaharui niat kita dengan ikhlas dan matlamat jelas kerana ianya sangat senang dipesongkan oleh duniawi mahupun syaitan......doakanlah ana dan sahabat-sahibah di sini agar kami semua dapat sama-sama berjuang untuk Islam......wassalam

akademik memang nombor 1 tapi DnT bukan nombor 2, jadi kedua-duanya adalah UTAMA.

huh.... penat jugak hidup dalam dunia IPT , maklumlah menjengah ke chapter yang baru tapi ana tak rasa lagi the sweetness of being here...ha3 mungkin kena brainwashkan lagi otak ni...

seperti mahu menangis kerana menurut perancangan awal ana mahu ke Matri, meraikan Prize-Giving ceremony kepada pesaing-pesaing ana di MATRI... dan seterusnya hadir dalam Mesyuarat Fesilitator Kearah di sana tetapi semalam ana dikejutkan dengan berita program GPDP yang wajib dihadiri di UIA ini...sungguh menyedihkan!!!

teringat akan ucapan PC Razali Maarof tentang keperluan kita memanipulasikan sistem sekarang
teringin je nak reka alasan-alasan yang mungkin releven yang menipu dan membohong
tetapi disebabkan pemilik 'bank bergerak' di UIA ni (kakak) mengatakan 'KENA PERGI !'
tahan jelah keinginan nak jumpa sahabat-sahabat di Utara tu....

kembali ke dunia kerja sekolah bertimbun-timbun,essay berkajang-kajang,study berjela-jela
huhu.... dunia penulisan sudah mula ana rindui.....
tulip....nurella atlantika....halim putetaku... dan macam-macam lagi tajuk cerepn yang tergendala bukan terbengkalai....jangan main2
sajak-menyajak pun dikenang sunguh-sungguhan..... dahlah majalah dewan siswa dan Haluan sudah lama tak dengar khabar....huhu... tatap Quran mesti.... Wajib hari-hari dan yang paling diingati sekali adalah terpaksa tatap buku ..... lembaran helaian hidup ana sendiri.,.......EVERYDAY

semenjak seminggu ini...gatal tangan sungguh melakukan benda-benda pelik
jangan fikir yang buka-bukan ya.....
untuk first time... dapat telefon IKIM.... dedikasi ucapan untuk ABI
sekaligus meminta diputarkan nasyid 'bersama' oleh devotees...sungguh terharu...
cumanya yang tak best adalah.... abi dan ahli keluarga yang lain tak dengar pun radio time tu...

malam tu juga ...gatal tangan ana menelefon.... segmen mutiara kata...
nilah mutiara katanya.....

hiduplah kamu dalam kesederhanaan kerana kemewahan itu melemahkan hati
hiduplah kamu dalam kebersamaan kerana permusuhan itu merosakkan diri
hiduplah kamu dalam kasih sayang kerana kebencian itu mengotorkan naluri
hiduplah kamu mencari redha tuhan kerana manusia itu pasti akan mati

"amboi sedapnya ayat....tersentuh kak Ani mendengarnya" itulah respon DJ yang bertugas...
tergelak ana dan Janshir mendengarnya...salah...Janshir tak dengar...ana je yang dengar...
bila ana ketawa...Janshir pun ketawa...ha3

opss...lupa nak memperkenalkan...Janshir itu adalah roomate ana...
student pharmacy second year
sungguh rajin dan studious hinggakan,bangun tidur tengok buku, tidur dengan buku....segalanya dengan buku
merupakan 'avtar'holic bersama dengan Yazid juga roomate ana second year tapi dia bio sc...exemted Bi tu!!!!

mungkin disini dahulu....
bila tengok and dengar orang lain dapat further oversea,mesir,jordan,jpa,mara n sebagainya
timbul jealous jugak dalam diri.....geram!!!!
tapi sabar..ingat...dunia sahaja!!!!haha!!! itulah kata-kata pemilik 'bank bergerak'
di sini ana akan rebut juga ......8alphabets tu!!!!
insyaAllah

ya Allah , sayangilah ana
sayangilah abi dan umi,
sayangilah semua Ummat Islam
sayangilah kalian

p/s...sudah genap umur ana sebulan disini...teringat hari mula-mula menjejakkan kaki ke sini........ Bless me Allah
p/s2... maaf juga kerana tak dapat nak bg gambar meskipun banyak specimen hidup yang hendak ditunjukkan kerana tak de alat untuk snap gambar......teringin nak tukar henset...he.....bahaya tu!!!

3 comments:

Nuha Hashim said...

Rasa terharu baca hajat nta nak hadir ke MATRI walaupun tak kesampaian(",)..semoga istiqamah ya akh!

Unknown said...

Ana pun terharu gak~

Takpa akhi,
ujian hebat2 camni Allah uji pada org2 hebat cam anta ja~

MasyaAllah,

Doakan agar kita jauh dan jauh dan jauh dari istidraj Allah ...

huhuhu...

Ana uhibuka fillah~

saza s said...

alhamdulillah...syukran...
akan ku sambut salam kasihmu
kerana itu...doakanlah agar kita semua akan bertemu semula di Jannah Allah...

amin....

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger