ziarah menyubur ukhuwah

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah Allah kurniakan sedikit kesempatan untuk ana menukilkan sedikit lagi lewat bulan ini..alhamdulillah...ana baru sahaja pulang daripada menziarahi dua orang ayahanda yang telah dimasukkan ke hospital dan sekarang mereka berdua telah selamat dikembalikan ke rumah masing-masing..

teman sekembara (di rumah cg Saad menikmati hidangan)

Pada 11.30 pg Hasyimi telah menjemput ana menaiki Wiranya dan kami berlima (ust Ibrahim,Hasyimi,Huzaifah,Raji dan ana sendiri) telah menempuh perjalanan sejam lebih untuk sampai ke sana.... sepanjang perjalanan ana hanya membisukan diri dan menadahkan teliga mendengar perbualan Hasyimi dan Huzaifah bersama co-pilot, Ust Ibrahim..setibanya kami di Dungun , kami telah tersesat jalan kerana semua yang hadir tidak ingat dan tidak tahu jalan ke sana...terpaksalah ana menelefon Mak cik Maznah menggunakan telefon bimbit Hasyimi kerana henset ana kehabisan bateri....

melewati waktu Zohor...kami singgah di Masjid Pak Sabah dan menuanikan solat di sana dan selepas itu kami singgah ke sebuah kedai makan dan menikmati hidangan tengahari...dengan kekenyangan yang sederhana kami terus berangkat ke rumah Ustaz Rahmat dalam keteragakan dan tawakkal..akhirnya kami dapat melepaskan rindu menatap wajah ustaz yang tersayang..

ustaz rohamt,ust Ibrahim dan raji

ustaz Rohmat sihat alhamdulillah.,..dan sekarang beliau dikehendaki memakai kaca mata gelap bagi mengelakkan sinaran terlampau menembusi matanya...beliau sekarang sedang melalui terapi selama 3 bulan dan jika selepas itu tiada apa lagi yang mengganggu kesihatannya ...InsyaAllah dia sihat.....di sana kami berbual-bual akan diri masing-masing dan antara topik hangat adalah 'wajarkah ambil medic yang belajar sampai pecah kepala..kerja sampai patah sendi'...anda fikir????

cg Mad Saad yang ceria menyambut kedatangan kami

kepulangan ..kami pergi pula ke rumah Cg BM SMAKL...Cg Mad Saad..yang dimasukkan ke hospital kerana Minor Stroke.....dan sekarang beliau telah sihat cuma masih lagi belum boleh menanda kertas mahupun memandu...dan sekarang beliau akan kembali bertugas di SMAKL dengan adanya pemandu.....hehe...kedatangan kami dijamu dengan salad buah yang sungguh lazat dan alhamdulillah secara peribadi ana telah berjumpa dengan semua guru-guru sebelum ana menadah ilmu dengan guru-guru di uia......

inilah salad buah ciptaan cg Asmah (isteri cg Saad) yang sungguh sedap...jgn jealous tau

doakan kemudahan ana untuk kemasukan ke uia!!!!

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger