Tawarikh Cinta


Karya ini berkisar pada cabaran yang harus dihadapi oleh dua pewaris kerajaan Ujana Madani, Putera Jauhari Firus dan Puteri Cempaka Wilis. Dalam tempoh menunggu hari pertabalan Putera Jauhari untuk menerajui tampuk pemerintahan, mereka diancam oleh kelompok pembelot yang terdiri daripada golongan pembesar yang diperkuda oleh musuh dari luar. Di samping itu, mereka juga dipertanggungjawabkan untuk mencari dan membawa pulang naskhah asal "Kitab Gemala Sakti" yang menjadi lambang keutuhan kerajaan Ujana Madani. Kitab tersebut berada di Temasik.

Ujana Madani dan Temasik ialah dua kerajaan yang wujud dalam dua dimensi waktu yang berbeza.

Novel ini memugar subjek siasah dengan menegaskan peri pentingnya kualiti yang harus ada pada pemimpin dan kepimpinannya.Dengan menampilkan watak-watak remaja yang disaluti kualiti tersebut, novel ini menawarkan motivasi kepada khalayak untuk memperlengkapkan diri sekiranya ingin menjadi pemimpin yang berwibawa.

"Tawarikh Cinta" juga mengangkat persoalan kepentingan pengisian ilmu dan pengalamannya tanpa mengira jantina dan kedudukan. Bagi mendalami ilmu sebagai pakaian hidup, sumber-sumber yang autentik dan berwibawa perlu dirujuk sebagai sumber teras.

Berjayakah Putera Jauhari Firus dan Puteri Cempaka Wilis mendapatkan kembali "Kitab Gemala Sakti" yang asal dan membawanya pulang ke Ujana Madani. Novel yang menguja daya taakulan pembaca ini menawarkan jawapannya.

sudah habis ditelaah dan dibaca..memakan masa agak lama kerana sering dicelah oleh chores dan kerja...alhamdulillah.Sebuah karya yang menggaulkan elemen sastera dan unsur keislaman.

karya salah seorang penulis kegemaran ana dan segala cerpen yang pernah beliau hasilkan sedang diburu.....semoga kalian yang tahu akan mana-mana cerpennya akan memberitahu kepada ana.

sesuai kepada sesiapa sahaja yang yang minat akan elemen sastera seperti ana yang sangat menggilai sesuatu seperti ini...dan mungkin kepada yang mula berjinak-jinak dalam dunia kesusateraan juga boleh turut membaca novel ini.

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger