Guru oh Guru


pendidik berjasa

16 Mei datang lagi dan kali ini ana tidak bisa menikmati suasana saling mengucapkan selamat hari guru kepada para guru yang pernah mengajar ana kerana ana sudah tamat pengajian. Ana tiada lagi dapat berpakat bersama-sama rakan-rakan lain, berduyun-duyun ke bilik guru sambil mebawa kad ucapan mahupun sebagainya kerana dunia itu sudah tamat untuk seketika.

namun sebenarnya keadaan itu tidak pernah berubah walau sedikit pun meski medannya telah bertukar. Ana masih lagi mampu menghantar sms ucapan selamat kepada mereka mahupun mengirimkan email kepada mereka...ataupun pergi ke sekolah dan mengwishkan kepada mereka........

teringat kepada kad ucapan yang dibuat oleh IKHLAS gen 1 tahun lepas yang sempat ana tilik ketika sambutan hari guru smakl 2008.Kad tersebut telah diberikan kepada Ustaz Ibrahim Ali (dan ustaz,ustazah lain ) oleh Kak Sa yang masih belum masuk ke KTD.Di dalam kad comel tu tertera ucapan-ucapan IKHLAS gen 1 yang sungguh bervariasi mahupun sungguh bombastik sekali.....namun di antara ucapan itu..yang paling ana ingat adalah ucapan Ae Hearty......

' guru yang baik adalah guru yang mengajar anak murid dengan tekun dan gigih.guru yang cemerlang adalah guru yang mengajar anak murid hingga mereka berjaya ke menara gading.guru yang sebenar adalah mereka yang mengajar anak murid hingga mereka berbakti kepada negara...tetapi kalian adalah lebih daripada mereka kerana Kalian menunjukkan kami jalan menuju ILAHI' (kepada Ae Hearty...kalau ianya silap harap boleh tolong betulkan)

seingatnya..tanpa guru tiadalah kita ..tiadalah seorang doktor,tiadalah seorang peguam,tiadalah seorang hakim, tiadalah seorang arkitek...dan sebagainya... kerana gurulah pemula kehidupan seseorang itu menemui ritma hidupnya...dan gurulah yang menjadikan sentuhan anak-anak mereka mengerlipkan pepatah.... ibarat sebiji benih..jatuh ke laut menjadi pulau,dicampak ke darat menjadi permata,dilambung ke angkasa bertukar kejora'.....

namun tak sepatutnya kita ketepikan hakikat yang sungguh mulia akan haknya..Rasulullah s.a.w. merupakan seorang murabbi yang paling agung.... next diteruskan menerusi peribadi para sahabat baginda yang menjadi bintang di malam hari menunjukkan laluan kepada manusia jalan mencari hakiki......

menjejak sebuah kitab..bergurulah kepada sahabat nabi yang menceritakan pelbagai kisah para sahabat rasulullah yang agung dan mulia untuk tatapan bersama agar dapat kita manfaatkan seluruh kehidupan mereka untuk memajukan dan memantapkan ubbudiyah , dakwah dan tarbiyah dzatiyah kita sendiri.....

tatakala melewati blog..rakan sefikrah...http://insyeerah.blogspot.com..akan postnya yang bertajuk...'bergurulah dengannya'...dan sekeping gambar yang turut disertakan betul-betul mengingatkan ana kepada barisan pendidik kami di SMAKL ...... sebak rasanya tatkala membongkar kotak memori ini lantas terkenangkan pahit maung bergelar pelajar dengan seribu satu ragam dan gelagat...mungkin inilah yang dikatakan asam garam dalam kehidupan.....

maka sekalian pembaca dan diriku yang fakir ini.....hargailah masamu kerana masa itu takkan sesekali datang lagi andai ia telah pergi...........mintalah ampun akan dosamu daripada semua guru-gurumu.......

p/s- malam ini di astro prima channel 5 akan ditayangkan sebauh telefilem bertajuk 'Murabbi'. Meskipun ia merupakan hasil arahan mereka yang tidak mendapat fikrah Islam namun mungkin ada pengajaran yang dapat kita gali daripada tayangan tersebut......SELAMAT HARI GURU!!!!


ana dan tc Meriamah

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger