diriku hanyalah fakir....


assalamualaikum w.b.t.....

menjelmalah sudah hari yang baru dan hari yang telah berlalu telah kita tinggalkan...meskipun diharapkan dan diratapi...kita takkan dapat mengulanginya kembali.

alhamdulillah....kini ana bisa lagi menarikan jemari di atas papan kekunci hitam ini.Seminggu sahaja lagi tempoh untuk bercumbuan di rumah sendiri kerana 24 May nanti ana akan terbang jauh ke Petaling Jaya untuk mendaftarkan diri menadi warga uia.....

sebentar tadi..setelah diteliti akan blog sendiri yang mungkin semakin rancak ana aktifkan.... baru ana tersedar akan kesilapan yang selama ini sentiasa membayangi penulisan ana. Syukran kepada Uluwwah Himmah di atas nasihat yang diberikan..terima kasih..kerana bantu fakir lemah ini kembali kepada keyakinanNya.

diriku hanyalah fakir...dan fakir itu tiadalah layak baginya kecuali kehinaan dan kerendahan. Setiap masa diri kita tidak disedari mahupun sebaliknya selalu terjatuh ke dalam lubang dosa dan maksiat.Terutamanya dunia sekarang semakin mencabar tanpa batasan.Kemana-mana sahaja bisa dijelajahi... mungkin kekadang kita mampu menangkisnya tetapi mungkin kita akan kalah.

kalah??? memang ana selalu kalah pada godaan nafsu dan syaitan..bertaawwuzlah selalu..tingkatkanlah hubungan dengan Allah dan perbanyakkan mendekatkan diri kepadanya melalui amalan sunat dan amal soleh. Sedih rasanya apabila mengenangkan tarbiyah yang ditimba bertahun-tahun...kalah begitu sahaja sekelip mata..terasa sehayat usia terbazir dengan tipu daya syaitan.... tuhanku Ampunilah daku.....

ingatlah fakir... kematikan sekarang terbayang dimana-mana sahaja..tanpa mengira masa... persiapkanlah dirimu dengan kekuatan dan keteguhan.Usah biarkan kata-kata hanya menjadi kata-kata tanpa ada natijahnya..apa gunanya pohan tanpa bisa berbuah manis dan lazat?

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger