cluster of desire....

yope...alhamdulillah...assalamualaikum w.b.t...

syukur kerana hari ini di awal pagi ana dapat menumpahkan tinta di page ini
mulanya ada kelas tetapi madam yang akan mengajar
pada awalnya telah menunda dan akhirnya membatalkan kelas tersebut

nak sambung perjalanan cerita semalam yang tergendala
hehe.....
tentang kenduri...hemmm.....
yap....menjadi ketua tukang cuci...penat tu....
tapi alhamdulillah tak banyak sangat problem yang berlaku
just keputusan air di saat awal pembasuhan
menyebabkan berlaku sedikit masalah....

cuba call abi dan ummi yang dalam perjalanan ke kenduri tersebut
tetapi setelah menunggu beberapa jam daripada pagi sehingga ke tengahari
barulah kelibat abi dan ummi serta adik beradik lain yang comel
dan berbaju baru segala tiba........
huhu...mulalah lari daripada tugasan dengan alasan ingin bertemu ibubapa sebentar
tetapi satu jam juga bergayutan dalam sembang dengan mereka
hinggalah ..... oppss..tak boleh bagitahu.....

tribute to Pc Jamar,Pc Nordin dan juga Pc Alway
yang telah bersama-sama kami menyingsing lengan
merendamkan tangan ke dalam besen berair
dan mengotorkan jemari membersihkan pinggan mangkuk
juga bergelak ketawa , bersembang bersama kami
sehinggalah ada mata-mata yang sedikit keranjang
menjeling kami di situ dengan pandangan yang sungguh menakutkan
huhu....

and yet..tribute also kepada student SMAKL seramai 20 org
yang tidak disangka-sangka datang
kerana awalnya kami diberitahu bahawa hanya lepasan sahaja
tetapi tibanya di sana
mata ana melihat mereka terlebih dahulu
barulah nampak si tuan rumah serta kuncu-kuncunya.....

juga non tribute kepada pemuda-pemuda KTD
yang cantik baju daripada kerja.....hahaha....
tapi tak jugak kerana mereka telah pecah peluh
menumbangkan lembu dan kerbau pada subuh tersebut
sedangkan ana pada ketika itu sedang enak di buai mimpi
tetapi...sepanjang hari non-stop working hinggakan
tatkala pulang ke rumah Hafiz...ana pengsan keletihan tak sedarkan diri

yet...tribute juga kepada family hafiz yang sungguh NICE
juga ibunya yang sangat mesra dan entertaining
dengan lauk-pauk yang sedap dan appetizing
juga air yang manis dan juicy
juga layanan ala-ala kerabat diraja...haha
juga buat ayah Hafiz yang sabar melayan kami
nak ke sana...nak ke sini
hinggakan dapat juga ana tengok hafiz drive kereta wira
dengan kaki sendiri...itu namanya independent!!!!

esoknya..kami terus pulang dalam keadaan tergesa-gesa
hingga ana tertinggal converter disc MP3 abi di rumah hafiz
ana ni kalau tak tertinggal ...memang tak sah....
tetapi...alhamdulillah perjalanan pulang berjalan lancar....

ingat ke bila tidur semalaman di rumah hafiz bolehlah berjaga di mahallah
rupanya....tertidur juga ana.....
habis kelam-kabut menyiapkan tutorial dan report bio yang harus disubmit
tetapi alhamdulillah.....semuanya baik...hehehe

teringat kepada Nu'man yang mahukan ana kembali mencatat
ana cuma diserabutkan dengan masa...huhu
masa memang macam pedang....kalau tak putus kepala
boleh putus nyawa tu.....

nu'man..mungkin anta akan ingat kata-kata ni.
'it is possible to cross the ocean without wetting our leg
but it is immpossible to cross our life without wetting our eyes"


tribute to Nu'man and semua sahabat juga.....Takbir!!!!!

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger