-tentang Perantau-


assalamualaikum w.b.t.

salam ramadhan buat semua ..hati-hati kita sentiasa berbolak-balik dengan segala yang terhidang di depan mata kita ...wahai diri ini dan sidang pembaca sekalian.. mintalah agar Allah meneguhkan hati kita semua agar kekal di atas jalanNya....



alhamdulillah ana telah pun selamat mengikuti program Perantau yang telah diadakan pada Sabtu , 15 Ogos yang lalu di KHP. Ana telah tiba di sana dan telah disambut oleh saudara Anaqi yang amat dirindui.....Setibanya disana anak agak pelik kerana ana tertanya-tanya sama ada program ini ditujukan kepada yang sudah pergi sahaja ataupun sekaligus dengan pelajar yang akan menyambung pengajiannya di oversea.....

saudara Anagi Ahmad Salleh..pengerusi Siswa Haluan

alhamdulillah meskipun personally jika hendak dibandingkan dengan program himpunan minda medic yang diadakan beberapa minggu lalu di tempat yang sama...tidak ramai yang hadir tetapi...ana bersyukur..tidak sia-sia Allah hantar ana ke situ.......

kali pertama menjejakkan kaki ke situ


himpunan Minda medic...terkilan tidak dapat ikuti program tersebut


mekipun hampir 90% program dan acara yang diadakan ditujukan mahupun lebih difokuskan kepada pelajar di luar negara...tapi sebagai bakal pelajar..ana hanya lebih memerhati dan mendiamkan diri..just put in some giggle when the heat rises...hehe

kumpulan sahabat


kumpulan sahibah

Perantau dimulakan dengan pengisian daripada Bro Azman (lecturer Uia) mengenai Realiti Qadhiyah Islamiyah ( permasalahan Islam) dan peranan kita sebagai mukmin......kenapa kita membincangkan permasalahan Islam kerana apa sahaja yang kita buat di dunia ini..setiap perlakuan kita adalah untuk menyelesaikan permasalahan ummat..permasalahan islam itu sendiri

permasalahan Islam???kenapa berlaku permasalahan Islam....permasalahan Islam..apakah itu???masalah islam adalah suatu komplikasi..keadaan di mana Islam menjadi susah dan berlaku kesongsangan bagi Islam dan juga apabila hukum-hakam islam tidak digunapakaikan. Permasalahan Islam ini berlaku tatkala ummat akhir zaman ini khususnya melakukan sesuatu bukan dengan cara Islam..so many problems will come. Tambahan pula manusia sekarang hidup dalam sistem sekularisme lantas kesongsangan Agama Islam itu bertambah parah kerana berlaku pemisahan antara Islam dan cara hidup.....

kulluhum Jahiliyyah...al-Jahiliyyah Millatun Wahidah

Bro Azman juga ada menerangkan mengenai pembahagian Daulah.... ada tiga jenis daulah

-daulah islam- daulah yang mengambil Quran dan Sunnah
-daulah Islam + corruption-terdapat golongan yang cuba menjatuhkan Islam
-daulah kufur-pada asasnya (bukan atas nama,bilangan penganut dll) menolak islam

ana tersilap mengatakan Malaysia sebuah daulah Islam..kerana pada dasarnya Malaysia memang menolak Islam....di hati pemimpin...kekafiran sahaja yang mendasarinya... tanggungjawab kita untuk membersihakannya kembali agar kita dapat mengembalikan kegemilangan Islam itu.....

to get Mardhotillah..two things must be done ..be Allah's servent,fully....then be a Khalifah...

waqi' qadhiyah Islam ini terbahagi kepada dua

waqie siasiy-yang merangkumi perihal daulah islam,kekuasaan Islam dan juga Ummah Islam. adakah daulah kita sekarang daulah Islam,adakah kekuasaan yang memimpin negara merupakan kekuasaan Islam dan adakah Ummah kita Ummah Islam yang sebenarnya.....

seandainya salah satu antara elemen-elemen di atas tiada..maka harus kita tegakkan bagi menjaga kesyumulan islam itu.....seandainya sudah ada..maka hendaklah kita jaga dan pelihara.

waqie fikri-yang mencakupi kefahaman ummah dan fikrah Islam..adakah kita semua yang mengaku Ummat islam ini faham akan reliti yang sebenar tentang Islam..fikrah yang kita ada...benarkah sudah cukup...(lebih ditujukan kepada diri sendiri). Pengusaan terhadap kefahaman ini sangat penting bagi memastikan qadhiyah Islam ini boleh diselesaikan.

namun begitu, harus diingatkan bahawa....kedua-dua waqie ini pada asalnya disebabkan oleh qadhiyah Imaniyyah......bila kita tidak berada dalam daulah islamiyyah..untuk menyelesaikan permasalahan mesti ikut cara tidak berada dalam daulah Islamiyyah. dan cara yang paling tepat adalah Tarbiyyah Islam Haraqiyah yang mana menggabungkan siasi dan fikri

persediaan untuk menghadapi tarbiyah..sebelum masuk ke dalam medan tarbiyah..mesti bersedia terlebih dahulu.....

-persediaan hati
-persediaan aqal
-persediaan fizikal
-persediaan amal jamaie
-persdiaan untuk islam

ingatlah ya..amal qawi (menyebarkan fikrah , nasyru al-fikr dan juga pembentukan asas , ijad rakaiz) mesti juga ada qaulul qawi.... keduanya adalah segala amal untuk mencapai matlamat dakwah.....

seterunya..kuliah 2 disampaikan oleh Dr Nik Muttasim selaku pensyarah di UKM... yang membincangkan mengenai Pelajar di Luar negara , dilema 2 kewajipan

mungkin melihat kepada tajuknya sahaja..kita sudah boleh agak... 2 kewajipan ...antara DnT dan study..... sebelum itu saya ingin memohon maaf kerana untuk kuliah 2 ini...ana ingin kongsikan sebenarnya tetapi berlaku sedikit masalah..jadi mungkin sebahagian sahaja

menghayati konsep kejayaan yang sebenar

saya terbaca profil seorang pelajar cemerlang di SMAKL.. menurut beliau kejayaan yang sebenar adalah apabila kita terlepas daripada api neraka....... saya termenung panjang memikirkan ayat itu... adakah konsep kejayaan kita selama ini betul....niat kita untuk tidak gagal adakah bertepatan dengan apa yang syarak gariskan???? "setiap jiwa ...barangsiapa yang dijauhkan daripada api neraka dan dimasukkan kedalam syurga maka dia berjaya"

keadaan ummat zaman kini

-kerosakan Aqidah
-Degenerasi akhlaq
-praktikkan islam secarta juzie..pesanan buat diri
-pengaruh materialisme

whatever it is..di mana sahaja kita berada..local or abroad,dalam negara atau oversea.... must have TAWAZUN- balance -antara dakwah dan study-kehendak dan disiplin yang tinggi perlu diterapkan , yang penting berusaha.Allah yang menentukan natijahnya.Yakinlah kerana Allah pasti akan tunjukkan jalan yang betul dan lurus.......

Mak Cik Nora telah menjual buku ini dan VT di sana tetapi ana tidak dapat beli kerana Abang yang disayangi telah memilikinya..sangat nak baca!


ana sungguh tak menyangka dapat meluangkan lebih masa bersama insan-insan yang baru dikenali ini

selepas solat zohor kami dihidangkan dengan bengkel.......tiga persoalan yang mesti dibincang,dijawab dan dibentangkan..alhamdulillah menerusi soalan-soalan ini dan responnya daripada kedua-dua belah pihak sahabat dan sahibah....ana telah dapat banyak maklumat dan ibrah tentang keadaan di sana..insyaAllah....Allah permudahkan segala urusan kita.....

pembentangan sahabat

pembentangan sahibah

alhamdulillah pada malamnya..diadakan sedikit perkongsian pintar..sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Lima orang panel dan seorang pengerusi

perkongsian pintar
the name is created by Tarmizi

-akhi solehudden - pengerusi
-ustaz Adni - wakil guru-guru
-Abang Ruqaimi - wakil KTD
-Dr Siti Maryam - wakil KKH
-Abang Anaqi - wakil HaluanSISWA dan SISWI
-Kak Mumtazah - wakil KTD

dapat juga jumpa abang Ruqaimi..lama tak bertemunya

banyak yang dikongsikan..alhamdulillah dapat juga ana kenal siapa itu kak Mumtazah dan dapat juga mengetahui sedikit sebanyak mengenai perancangan yang diadakan oleh KKH.....insyaAllah

krew BBQ..thyanjs for the nice,warming ayam n nasi

hadeihhh....menambah-nambah sekali

selepas itu kami dijamu dengan ayam bakar BBQ..alhamdulillah..bukan itu sebenarnya yang dikejar tetapi momen-momen indah yang mesti dikenang sebagai bekalan buat diri ini yang sungguh kerdil dan lemah.... meskipun esok akan diadakan futsal..ana yang sungguh kurang suka bermain ini terpaksa mengundur diri..kerana ada keluarga yang menanti... tetapi sahabat yang dikasihi yang datang ambil..Munaim telah menjemput ana dengan AVANZA yang dipandu sendiri dan membawa ana bermalam dirumahnya....... alhamdulillah..syukran Allah...kerana memberio sedikit peluang bertemu dengan Naim.

yang dikasihi ....

meskipun tidak sempat singgah..lalu sahaja di hadapan mahallah umar al-khattab 2 sahaja pun sudah cukup...rindunya dihati ini....Allah sahaja yang mengerti...menitik air mata ana melihat bangunan yang cukup banyak kenangannya.... uia i miss you so much....

bahagian tepi Mahallah Umar Al-khattab 2
maaf..ini diambil ketika waktu maghrib

dan wahai penulis... ini merupakan resolusi yang anda telah tulis dan perlu dilaksanakan!

-muhasabah
-taaruf lebih lagi tentang dunia Mesir
-khatamkan rangkaian buku-buku yang telah kau senaraikan tu
-lakukan persediaan hati
-follow up perjalanan DnT sahabat-sahabat di Mesir

ingatlah wahai diri..jangan biarkan resolusi ini menjadi hanya akar-akar kosong!

allahumma bariklana fi rejab wa fi syaaban wa ballighna Ramadhan..amiin

3 comments:

sinar_islami said...

Alhamdulillah..
perkongsian yang bermanfaat..
pegi juga rupanya..
InsyaAllah bekalan utk pergi ke sana..
At least nmpk gmbran D&T di sana =)

saza s said...

alhamdulillah

moga Allah redha pada Kak sinar dan juga diri ini

Allahumma Ballighna Ramadhan

Nuha Hashim said...

salam akh..seminggu ana di btn sungguh menyeksakan..tapi Alhamdulillah, boleh nampak realiti sistem yang nak merosakkan.. peserta tak teruk tapi perancangan aktiviti yang dijalankan itu yang nak menghancurkan akidah dan nilai-nilai Islam dalam diri peserta..

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger