-tentang forum Marhaban ya Ramadhan-

assalamualaikum w.b.t.

mulakan hari kita dengan syukur kepada Allah.. moga-moga segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ini dibalas dengan ibadat..jauhilah maksiat kerana janji Allah takkan dilupakan.

alhamdulillah baru pulang daripada menghadiri program Perantau di KHP semalam....sebenarnya ana ingin kongsikan sedikit tentang forum Marhaban Ya Ramadhan yang telah diadakan di Surau Al-hidayah SMAKL pada hari khamis lalu....


ana berasa sungguh bertuah kerana sepanjang hayat ana di SMAKL inilah kali pertama forum sebelum Ramadhan diadakan... biasanya di awal bulan ramadhan barulah forum sedemikian ataupun tazkirah, ceramah diadakan....alhamdulillah

sebenarnya ana telah terlewat sampai ke forum tersebut menyebabkan ana terlepas beberapa perkara.

forum tersebut telah dipenegrusikan oleh Pc Saufi dan ahli panelnya merupakan Ustaz Rohmat selaku mudir SMAKL dan Ustaz Rajaie selaku tenaga pengajar SMAKL.. ana dimaklumkan bahawa Panel yang sebenar adalah ustaz Ibrahim tetapi dia tidak dapat menghadirkan diri.....


ustaz Rajaie begins

forum dimulakan dengan panel pertama iaitu Ustaz Rajaie...(maaf ana tidak sempat mendengar tajuknya)

beliau menceritakan tentang ibadah yang bermaksud ketaatan. Ubbudiyah pada asalnya bermaksud kehinaan yang bererti tunduk kepada tuan kita, pencipta kita ..Allah.

ibadah merupakan suatu bentuk amalan rabbaniah ,syumul,seimbang antara ruhi dan jasadi.Ibadah juga terbahagia kepada dua... umum yang mana apa sahaja yang dilakukan diniatkan kerana Allah dan juga ibadah khusus yakni rukun islam dan amalan lain yang merupakan tonggak , sumber kekuatan roh dan juga kekuatan akhlak..... (beliau ada menerangkan secara khusus tentang kelima-lima ibadah dalam rukun Islam)

antara syarat membolehkan sesuatu amalan menjadi ibadah.... saya hanya tahu ada dua sahaja tetapi pada malam tersebut..beliau telah menerangkan dengan lebih lanjut

-diluluskan oleh syarak
-niat baik kerana Allah

-tekun

-patuhi batas syarak
-kerja duniawi tidak melalaikan kerja-kerja islam dan ukhrawi

panel kedua pula iaitu Ustaz Rohmat telah membincangkan mengenai Madrasah Ramadhan

Ramadhan merupakan satu madrasah yakni tempat mendidik, madrasah mutamayyizah. Ada juga yang menggelarnya musim bunga, bulan penjiwaan dan bulan pendidikan ..kerana di dalamnya ada kurikulum dan kokurikulum yang mesti dilalui untuk berjaya

"Ramadhan.. awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka."

terdapat sangat banyak keistimewaan dan keutamaan dalam bulan ramadhan seperti sahur dan amalan sunat yang lain....

tarbiyah di bulan Ramdhan adalah berbeza lantas hasilnya juga lain.. sebagaimana yang kita semua sedia maklum..buah puasa ini adalah Taqwa...

-menjadi mukmin yang ikhlas beribadah....
-merasai indahnya Muraqabatullah.... teringat majalah Haluan...

-menjadi manusia yang sabar

-menjadi insan berwibawa

-menjadi mukmin berjiwa ubbudiyah..... beramal atas nama rabbaniah


indahnya kalau kita menghayati sepenuhnya penghayatan Ramadhan ini

kenapa Ramadhan ini sebuah Madrasah?

-menyucikan jiwa dari sifat-sifat mazmumah

-mewujudkan manusia yang sihat rohani, jasmani dan aqli

-mendidik kemahuan yang hanya menuruti nafsu
-merasai kenikmatan 'nikmat' itu

-menghayati kesengsaraan hamba Allah yang lain


madarsah Rasulullah ini bersistem ..tetap dan punctual dan ianya merupakan ibrah kepada kita bahawa bulan ini merupakan pesta ibadah dan gudang emas yang mesti kita terokai dengan sesungguh hati dan persiapan yang paling penting yang mesti kita tumpukan ialah iman dan taqwa......

second round......

ustaz Rohmat begins

pusingan kali ini dimulakan oleh Panel kedua Ustaz Rohmat..... yang membahaskan tentang sukatan Ramadhan.....

-iktikaf, puasa,qiam,muhasabah,mujahadah,jemaah,silaturrahim
-quran,doa,istighfar,zikir,solat sunat,sedekah,infaq
(masih banyak lagi)

puasa yang umum tidak akan dapat menghasilkan tattaquun tetapi hanya beroleh lapar dan dahaga.... kita seharusnya berusaha untuk mencapai taraf puasa khususul khusus.. yang merangkumi puasa seluruh anggota badan....... ingatlah meninggalkan sehari puasa dengan sengaja takkan dapat diganti dengan seribu tahun puasa ganti......

ada sesuatu tentang terawikh yang ingin saya kongsikan bersama dengan anda semua.... sunatnya ialah memanjangkan bacaan di setiap rakaat bukan memanjangkan bilangan rakaat... sepatutnya persoalan solat 8 rakaat , 20 rakaat dan berapa rakaat sekalipun tidak perlu timbul. Memanjangkan bacaan agar kita dapat merasai nikmatnya berterawikh itu kerana terawikh itu sendiri maksudnya berehat....disunatkan meramaikan bilangan jemaah kerana semakin banyak bilangan jemaah semakin banyak ganjarannya.... wallahua'lam

sedeqah di bulan Ramadhan sangat dituntut... dan tiadalah Rasulullah paling pemurah melainkan di Bulan Ramadhan.... dahlah rasulullah seorang yang pemurah..bayangkan kepemurahan Rasulullah dibulan Ramadhan lebih daripada biasa...masyaAllah....Ramadhan juga merupakan bulan sedeqah dan zuhud yakni tidak menjadikan material sebagai sasaran utama dalam beribadah dan kita juga mestilah bersemangat dalam mengeluarkan sedeqah ini......

semoga kita beroleh MUMTAZ pada Ramadhan ini dan menjadi golongan Ar-Rayyan.....

panel pertama pula Ustaz Rajaie masih lagi menyentuh isu ibadah kerana bagi beliau ibadah puasa merupakan ibadah yang paling sensitif..perlu dijaga serba-serbi.....

menurut Dr Abdullah Afifi.... ibadah bermaksud al-khashyah dan al-hibbah bermaksud takut dan gerun kepad Allah sebagiman yang digesa agar kita memelihara diri kita daripada azab... ibadah juga merupakan ta'ah..ketaatan dalam melaksanakan ibadah Allah..selain merupakan tanzif alqulub an zunub...

hikmah diwajibkan silibus Puasa....

-melahirkan Mu'ahadah

-melahirkan muraqabah

-bebas daripada nafsu

-menjaga diri daripada menyelewengan dunia -mujahadah

penutup diakhiri dengan kesimpulan.......

panel kedua- berdoalah agar kita sampai ke Bulan ramadhan
buat bukan kerana ikut tetapi kerana tahu dan faham
ikhlaskan diri
banyakkan berdoa dijauhkan bala agar ibadah kita lebih selesa

panel pertama- moga ramadhan kali ini lebih menguntungkan
jadilah kamu rabbaniyyiin dan janganlah kamu menjadi ramadhaniyyiin
teruskan amalan ramadhan di bulan lain

pengerusi- wujudkan suasana di rumah untuk menyambut ramadhan,wujudkan jiwa penuh dengan keazaman dan hajat kerana para sahabat dahulu 6 bulan sebelum tiba Ramadhan mereka sudah berdoa agar tiba Ramadhan kepada mereka dan 6 bulan selepas habis ramadhan mereka berdoa lagi agar amalan mereka pada Ramadhan tersebut diterima Allah

pamplet Forum..puisi yang tertera (4 rangkap itu dicipta oleh ana)

seusai forum tersebut semua jemputan dan hadirin dijamu dengan bihun goreng...ana telah dipelwa menyertaio golongan pak cik-pak cik di bilik mesyuarat tetapi enggan kerana ingin bersama dengan adik-adik...... di kantin sehingga di marahi oleh ustaz Amali....hehehe

pesanan buat diri... cukupkah sekadar mencatit, publish in blog... your time has come....!!!



0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger