satu pagi di hari raya.....Masjid Musa bin Nusair

bismillah....dengan nama Allah penulis mulakan catatan kali ini dengan mengucapkan hamdalah buat sang Pencipta di atas segala nikmat kurniaannya buat penulis dan juga hamba-hambanya yang lain.Juga tidak lupa pujian selawat buat rasul junjungan di atas risalah yang disampaikan baginda...semoga penulis dan juga semua hamba-hambanya terus berada di atas jalan yang betul dan diredhai Allah...amiin

penulis sebenarnya tidak tahu hendak letak tajuk apa untuk post kali ini lantas memutuskan untuk tidak meletak tajuk dan berharap kalian pembaca dapat memberikan tajuknya sendiri mengikut citarasa anda..

penulis mulakan dengan catatan raya pertama penulis di bumi anbiya ini..penulis dan teman serumah telah lambat ke masjid lantas kami terpaksa bersembahyang di masjid yang agak jauh dan melupakan niat kami untuk bersolat bersam-sama dengan pak-pak arab yang terkenal dengan takbirnya yang bersemangat itu....

dalam kekalutan kami menuju ke asjid tersebut (masjid musa bin nusair) kami telah tersesat jalan ...hihi..tetapi alhamdulillah kami semua telah bertembung dengan sekumpulan student Malaysia lantas kami membuntuti mereka sahaja....

setibanya kami di masjid..terdengar takbir orang melayu...Allahuakbar..allahuakbar..... sungguh mendayu-dayu hinggakan penulis teringat kepada keluarga di rumah tetapi empangannya masih belum pecah....huhu...penulis dapat melepaskan rindu kepada keluarga di Malaysia tatkala bersalam-salaman dengan sahabat dan teman di Mesir....tatkala bersalaman dengan Zurhain (2nd year)..penulis teringat kepada faiz Sahabuddin di Malaysia

sejurus selepas sembahyang..penulis dan teman serumah terus sahaja pulang bagi mendiamkan keroncong dalam perut yang sudah sekian lama berbunyi semenjak pagi lagi...alhamdulillah pagi raya tersebut penulis telah dihidangkan dengan serunding Malysia,ketupat segera malaysia dan juga rendang daging Malaysia.....semuanya diimport dr tanah air

makan pagi raya

antara insiden yang tidak dapat penulis lupakan ialah teman serumah penulis mula memasak pada pagi raya bagi menjamu tetamu yang datang dengan masak lodeh dan kurma daging....tetapi tatkala lauk-pauk yang dimasak sudah siap,semua tetamu sudah pulang..akibatnya penulis dan teman serumah menjadikannya sebagai lunch kami... alhamdulillah terima kasih ya Allah


kari daging kurma hamzah

nasi kismis dan daging Bazil


masak lodeh Paan

pada petang raya pertama penulis terpaksa merehatkan diri kerana penulis telah tidur lewat pada malam raya kerana menonton........hihi dan kami telah menerima kedatangan fesilitator kami iaitu abang aman dan abang Din......hihi

malam itu,kami semua telah ke rumah 2 yang didiami student dentist dan terpaksa meredah laluan yang panjang dan jauh kerana rumah tersebut yang paling jauh antara rumah-rumah student AQ......tetapi alhamdulillah meskipun jauh berjalan dan hampir-hampir hilang arah..kami semua disambut mesra dan ,...hihi...dapat online dan untuk pengetahuan semua post yang sebelum ini dipostkan ketika penulis berada di rumah tersebut.... thanks Allah

keesokan harinya, penulis telah menerima kedatangan ust Mus'ab dan penulis ditemani Zikri telah bertandang ke rumah Ust. Mus'ab dan telah dijamu dengan nasi himpit mesir dan kuah kacang...penulis sudah lama mengidamkan kuah kacang...teringat kuah kacang ummi... dan penuis telah berkesempatan untuk belajar cara-cara untuk membuat karipap...cuma intinya sahaja yang penulis belum sempat belajar.....hihi


team karipap


Text Coloralhamdulillah idaman penulis

a
tekun-tekun-tekun....uli-uli-uli





saya budak baru belajar , kalau salah tolong tunjukkan

penulis seharian berada di rumah ust Mus'ab dan pada petang itu penulis pulang semula ke rumah bagi membuat persiapan menerima kedatangan tuan pendaftar ke teratak penulis yang serba kekurangan itu.....

bagi menyajikan lauk-pauk yang meletup dan memukau penulis , zikri dan bazil telah meredah petang menuju ke abbaslaqat bagi membeli keperluan yang berbagai-bagai itu dan alhamdulillah kami telah selamat pulang ke rumah kerana telah dua kali teman serumah penulis terpaksa berjalan kaki daripada Abbaslaqat ke hayyu sabi'...agak-agak jauh tak jarak antara dua tempat tu?

namun begitu penyusunan Allah sangat hebat

setelah kami semua siap memasak , mengemas rumah dan memnbuat persiapan tetamu yang dinanti tidak kunjung tiba sehinggakan kami terpaksa menanti di atas katil...mengantuk tak terkata.......meskipun penulis bersimpati dengan teman serumah penulis yang sangat excited memasak kerana sedikit tertekan , penulis tetap berterima kasih kepada mereka di atas lauk semalam yang dijadikan sarapan pagi yang sangat sedap dan menyelerakan

lauk semalam yang dijadikan sarapan raya ke3


apapun, penulis teringat akan kata-kata yang pernah disampaikan oleh ketua umum 1 SMAKL yang ditujukan khas buat penulis...di mana-mana sahaja anta berada jangan lupa Islam itu kerana Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya... penulis seringkali berasa tertekan dengan keadaan yang mungkin jauh dengan Islam...penulis terpaksa membelakangkan sikap tidak ambil penulis ini kerana terkenangkan pesanan adik penulis , TB yang menyatakan agar penulis harus menjalankan DnT di sini

meskipun penulis banyak kali mengingatkan diri sendiri bahawa tidak ad manusia yang sempurna di dunia ini apatah lagi mengimpikan insan sedemikian untuk mendampingi penulis penulis tetap bersyukur kerana sahabat-sahabat yang amat penulis sayangi tetap ada ketika penulis memerlukan mereka...dan penulis sudah berani untuk bersms bersama mereka meskipun kami dipisahkan jarak beribu batu....chewahh....terima kasih kalian

p/s- penulis mendoakan agar keluarga penulis yang baru pulang ke Perak berada dalam kesejahteraan dan keredhaan Allah,semoag selamat pergi dan selamat balik dan berdoa juga agar Allah memberkati diri penulis di mana sahaja penulis berada... amiin

gambar-gambar ini merupakan janji penulis untuk diuploadkan dalam post yang sebelum ini..

selamat menyaksikan..



eid mubarak...bersama jubah baru..thanks Allah

6 comments:

saza s said...

kepada ijad

selamat hari raya juga
ini sape ya?

Aisyah Ulya said...

Camat Ali Laye..

saza s said...

kepada aisyah ulya

bahasa pelat sangat tidak digalakkan terutamanya diri anti yang akan menduduki peperiksaan SMU tahun ini

klu cikgu Mat saad tahu pasti dia akan marah....

selamat hari raya juga
(bahasa melayu yang lebih betul)

gambatte kudasai

sinar_islami said...

salam aidilfitri
maaf zahir batin...

naeem qomar said...

salam....h.sem anta b'sama jubah skali ngan sereban kat lehir tu.hex3...best tak raya kat sane???muka cam happy je???
ape2pun moga hidup ceria selalu d negeri orng tu..hex3...kim salam kat abng musab skali..jgn lupa(2 pun kalau jumpa)

saza s said...

kepada kak sinar

salam lebaran juga
mohpn dihalalkan segalanya

kepada naeem qomar

alhamdulillah
Allah perkenankan doaku untuk memperoleh jubah baru di sini
aidilfitri di sini juga seperti di Malaysia cumanya adalah banyak juga perbezaannya

apapun marilah kita jadikan syawal ini sebagai medan untuk kita mempraktikkan segala tarbiyah di bulan ramadhan yang lalu

merinduimu

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger