deen itu nasihat...

salam sejahtera buat semua yang datang berkunjung ke laman ini....

sepertinya sudah lama penulis tidak memunculkan diri.....mungkin Allah berikan sedikit ruang kepada penulis untuk memperbaiki diri dan mengkoreksi dirinya yang serba lemah dan kekurangan ini....


deen itu adalah nasihat maka sesiapa sahaja yang mengakui mengerti akan deen itu maka la budda dia harus faham dan mengerti akan nasihat itu.... jika kita perhatikan ini merupakan salah satu perkara pokok yang harus dititikberatkan oleh semua pihak....kerana manusia itu sendiri harus tahu bagaimana untuk mengembangkan diri mereka lantaran tidak memusatkan kehidupan mereka untuk satu tahap sahaja.....


sebagaimana yang kita semua maaruf akan sabda Rasulullah..."barangsiapa yang hari ini lebih baik daripada semalam , maka beruntunglah dia.hari ini sama seperti hari semalam,rugilah dia . hari ini lebih teruk daripada hari semalam maka celakalah dia..."


apabila memperkatakan tentang kehidupan manusia ...kita tidak lari sebenarnya daripada dua talian ini iaitu hablum minallah dan hablum minannaas .... ini kerana kita merupakan makhluk dan ciptaan Allah maka kita harus meletakkan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba ini sebagai prioriti paling atas....keredhaan Allah itulah yang paling utama...namun begitu tidak lengkap sekiranya kita tidak terjun ke dalam masyarakat dan situasi itulah yang mewujudkan senario hablum minannas.....


bergaul dengan masyarakat sebenarnya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi kerana setiap manusia mengusung perasaan dan tubuh yang berbeza mengikut citarasa dirinya yang tersendiri....rambut sama hitam,hati lain-lain....kita harusnya maklum akan perkara itu....maka harus bagi kita yang mendukung amanah Islam ini untuk mendekatkan diri kita semua kepada mereka....


deen itu nasihat..untuk Allah,untuk kitabnya,untuk rasulnya,untuk semua pemimpin muslimin dan juga orang-orang bawahannya


nasihat itu secara bahasanya diterjemahkan sebagai bersih.....yakni membersihakan baju...kerana menasihati itu adalah membersihkan pakaian akhlak manusia ..... kekotoran yang bukan zahir di pandangan tetapi nampak dek ketulusan mata hati......insyaAllah....maka dengan itu .. mengenangkan dahsyatnya kekotoran pakaian akhlak masyarakat pada hari ini termasuklah pakaian-pakaian iman pendukung risalah Rasul ini maka harus dan wajib bagi kita untuk terjun ke dalam medan islah nafsaka wadu ghairaka.....sebagaimana bica syaikh Mustafa Masyhur itu sangat perlu kita pegang .......


menjadi insan ber'amanah' ini membuatkan penulis sangat takut dan cuba sedaya upaya untuk tidak berputus asa . Penulis banyak kali goyah dek keadaan yang serba mencabar ini tambahan pula di bumi mesir ini ( mim untuk musibah,shod untuk sabar, ra untuk redha..jadilah misra)....itulah merupakan gambaran awal yang disebut oleh senior-senior AQ penulis yang sangat penulis ingat sebelum sampai di sini.... mungkin pada awalnya penulis menganggap itu merupakan just saying sahaja tetapi....sampai di sini barulah penulis iakan ucapan tersebut...


meskipun berada di bumi anbiya...godaan syaitan dan desakan hawa nafsu itu tidak pernah lari daripada memburu mangsa-mangsanya...dan sebagai insan lemah..penulis juga tidak dapat lari daripada mereka...tetapi Allah sediakan ruang untuk berlindung itu dengan sangat banyak maka haruslah penulis mencarinya untuk mengelakkan diri ini daripada terjeblos ke dalam lubang pemangsa yang sangat rakus dan kejam ini


apapun penulis sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan dunia mesir ini dan alhamdulillah.... perubahan masa yang pada penulis sangat ketara bezanya juga semakin dapat penulis sesuaikan....insyaAllah



mohon semua doakan penulis  agar terus kuat di bumi mesir yang serba mencabar ini........amiin

3 comments:

cikgu sharifah said...

salam anakanda said. Maaf mc x sedar rupa2nya anta sudah di bumi anbiya'. alhamdulillah & tahniah, moga2 allah swt membuka ruang dan luang untuk meniti pengalaman2 dalam perjalanan d&t. manafaatkan setiap detik hayah yang allah beri itu, mc yakin anak2 didikan smaskl adalah mereka yang memang bersedia untuk berjuang...

lowprof said...

slm, kpd cg:
kenape mc begitu yaki bahawa anak2 didikan smaskl adalah mereka yang memang bersedia untuk berjuang...????

berape peratus keyakinan mc???

saza s said...

kepada cikgu sharifah

terima kasih di atas sokongan Mak cik
doakan agar ana terus Allah beri kekuatan menempuh medan baru ini

semoga mak cik juga Allah redha dan naungi selalu

kepada hasyimi

sejujurnya ana terpukul juga dengan soalan anta itu

meskipun ana tidak dapat memberikan pratus keyakinan ana tetapi yakinlah

sesiapa yang bantu agama Allah pasti Allah akan bantu dia...

insyaAllah..rindu anta

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger