3 oktober



assalamualaikum w.b.t.

dengan lafaz bismillah penulis mulakan tulisan ini...semoga Allah mengurniakan inayah dan pertolongan nya kepada kita semua terutamanya diri penulis yang sangat lemah dan memerlukan pertolongan daripada Allah yang maha hebat dan maha perkasa itu.....

3 Oktober......
3 oktober kali ini sangat bermakna buat penulis meskipun orang lain mungkin tidak merasai apa-apa...penulis benar-benar sedih akan 3 oktober kali ini tetapi penulis juga sangat gembira akan kehadirannya... pelikkah bunyinya....

alhamdulillah pada 3 Oktober 2009 seorang sahabat penulis telah melangkah ke alam 18 tahun dan yang menyebabkan penulis sedih adalah kerana penulis tidak dapat menghubunginya dan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya..... meskipun baru dua kali hari lahirnya yang penulis sempat ucapkan tetapi kegagalan pada tahun ini benar-benar menambahkan rindu penulis kepadanya

siapakah dia........


perkenalan penulis dengannya merupakan satu rahmat buat penulis .....
meskipun kami tidak pernah sempat bersama-sama untuk jangka masa yang lama....
dan setiap kali penulis bertandang ke tempatnya ...
ada sahaja yang menghalang kami untuk berbicara dengan panjang dan mesra ..
penulis tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya bertambah juga seorang sahabat yang dapat penulis doakan dan yang dapat mendoakan penulis...insyAllah

sewaktu pertama kali mengenalinya (lawatan sahabat Penang ke SMAKL) penulis tidak sempat bertanyakan namanya tetapi alhamdulillah kerana penulis memang pakar dalam mengingati wajah...hihi
kursus kepimpinan di Wang Mu tiga tahun lalu melakarkan pertemuan kembali
dan penulis alhamdulillah berjumpa dengannya semula
dan dari situ ukhuwah antara kami terjalin...alhamdulillah

meskipun impian penulis untuk menuntut ilmu bersama-samanya ketika di menara gading tidak kesampaian tetapi penulis bersyukur kerana kami sama-sama berjihad di jalan Allah meskipun bukan dalam bidang yang sama dan di tempat yang sama...impian penulis ini akan penulis doakan sampai bila-bila.....insyaAllah


new JIHAD begins!!!! gambatte ne

penulis juga gembira pada tarikh ini kerana kelas penulis sudah bermula
alhamdulillah kuliah perubatan sudah penulis lalui
sedikit pening sebenarnya menjengah ke alam baru
ditambah pula dengan kemunculan lecturer yang power2


dewan kuliah univesity penulis.....berkongsi dengan second year

penulis sedikit sedih kerana sewaktu subjek Phisiology
penulis telah dijangkiti virus tersengguk-sengguk
alhamdulillah teman sebelah penulis telah berjaya mengusir virus itu
apa yang disedihkan adalah penulis telah miss part itu
hingga ke hari ini penulis tidak dapat mencari kefahaman dalam part tersebut

pengajarannya adalah sentiasalah lari daripada mengantuk
dan jangan biarkan orang lain melintas kita
kerana kita ada misi yang penting untuk dilaksanakan
Gambatte Kudasai.......

jadual waktu kuliah penulis yang sedikit relax kerana kami clash dengan student tahun 2
menyebabkan penulis dapat menikmati ruang study dengan lebih banyak
alhamdulillah

semuanya berkat penyusunan Allah tetapi penulis perlu berwaspada
kerana kuliah 6 hari akan datang bila-bila masa sahaja
insyaAllah...chaiyyok!!!!


 welcome back to dunia study

penulis teringatkan momen-momen penulis sebelum masuk ke universiti...
lebih tepat lagi sebelum mendapat keputusan UPU
impian penulis untuk ber'biasiswa' tidak Allah kabulkan
kenapa???? penulis juga tidak tahu
tetapi meskipun banyak kali menitiskan empangan
ada hikmah disebalik ketentuan......

dan kini 8 alphabet yang penulis rindui semenjak di UIA lagi
sudah berada dalam genggaman
dan penulis tidak dapat tidak harus ingat akan segala pengorbanan selama ini
insyAllah

kepada semua ...anda wajib mendoakan penulis agar berjaya dalam apa jua yang dia ceburinya dan insyaAllah penulis sentiasa doakan semua yang singgah di sini...

bittaufiq wannajah
bon voyage!

p/s-penulis ingin memohon maaf kepad sahabat Munaim kerana terputus talian VOIP sebentar tadi
    -penulis ingin juga memohon maaf kepad sahabat Hafiz yang sedang bersama Munaim sekarang kerana tidak sempat bercakap dengannya
    -penulis ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua sahabat2 dan teman2 di uia dan selamat masuk sem baru...jangan lupa kirim berita result ~
    -minta doakan agar puasa enam dapat penulis selesaikan sebelum terlambat..hihi

2 comments:

naeem qomar said...

emmmmm putus ingatkan habis kredit dah..hex3

saza s said...

kepada naeem qomar

asif..terputus connection ketika itu
insyaAllah..ada kesempatan
ana call lagi

doakan ana disni
rindu anta~

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger