Langit Ilahi

bismillahirrahmanirrahim

dengan penuh kerendahan dan rasa hina, penulis mulakan tulisan ini

Alhamdulillah
setelah berbagai-bagai perkara dan aral yang datang
terutamanya perasaan malas dan bertangguh itu menguji
ditambah pula dengan jadual kuliah yang sudah bermula
Allah perkenankan jua doa penulis
untuk menamatkan pembacaan buku ini

sebuah buku wajib baca bagi semua golongan
penulisan yang santai tetapi mendidik
penuh hikmah dan pengajaran
syukuer kepada Allah kerana mengurniakan buku ini
agar dapat penulis jadikan sumber kekuatan
pengislahan diri dan peneman di kala lemah dan kekurangan

ini merupakan buah tangan daripada sahabat penulis
yang turut sama menuntut Ilmu sekarang ini di perantauan
buku ini dibawa penulis dari tanah air
mengenangkan penulis perlukan sokongan ketika berada di sini

kita dngarkan bicara mengenai buku ini




Tiada siapa yang inginkan kehidupan yang sengsara. Mehnah ditempuh bagaikan badai yang bisa membuatkan hati yang rapuh cepat tergugah. Pernah juga terfikir betapa malangnya hidup yang hanya ada derita, seolah-olah bahagia itu tidak mahu singgah walau seketika. Sesekali mengadu kepada Tuhan, terasa hina dan kerdilnya menumpang di bumiNya.
Menghimpunkan siri tazkirah yang disampaikan dalam bentuk penulisan yang bersahaja, buku ini dihadam dan dihayati satu-persatu.

menelaah buku ini membuatkan penulis sentiasa didatangi pelbagai perasaan
banyak isi di dalam  buku ini yang berkaitan dengan diri penulis
ada yang menghentam dengan kuat,ada yang sekadar menyentuh sahaja
ada yang mengggelikan hati penulis dan ada yang berjaya memancing amarah
namun begitu , apa yang penulis tidak dapat nafikan
penulisan ini berjaya menggetarkan jiwa penulis yang selalu kontang ini

pelbagai perkara sebenarnya yang dilontarkan oleh Hilal
sehinggakan penulis sendiri malu dengan diri penulis
juga punya informasi seperti beliau tetai tidak mampu meng'apa-apa'kannya
penulis tidak mahu berbicara panjang mengenai buku ini
kerana buku ini 'WAJIB' baca oleh semua orang.
sayangkan diri kamu...maka kamu 'laksanakan' sayang itu

ingatlah selalu
meskipun kita selalu lupa pada Allah
Allah tidak pernah tinggalkan kita walau sesaat pun
doakan diri penulis yang sedang cuba untuk istiqamah ini
selalu tidak dapat mencari Allah di dalam solatnya
Allah...bantulah hambamu ini........

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger