'TB'ku sayang

bismillahirrahmanirrahim....asalamualaikum wbt

dengan penuh kerinduan dana rasa rendah diri penulis mulakan pnulisan kali ini

alhamdulillah...rasa syukur yang tidak terhingga penulis panjatkan
genaplah umur seorang pejuang 16 tahun tanggal 9 oktober ini
pejuang yang sangat penulis kagumi dan sayangi



pejuang fitrah

Solehuddeen Shaatibi bin Zahari
16 tahun (9 Okt 1993)
Tingkatan Empat Syafie (sains)
Sekolah Menengah Agama Kampung Laut
Kuala Terengganu
lebih dikenali dengan panggilan manja di rumah sebagai TB

penulis sedikit sedih kerana tidak dapat menghubunginya
kerana sms penulis kepada abi agar menelefon penulis tidak dibalas
penulis ingin mengucapkan selamat hari lahir kepadanya
dan semoga Allah merahmati dirinya dan hidupnya

TB bukanlah seperti adik-adik lelaki lain yang penulis miliki
(sememangnya punyai seorang adik lelaki sahaja)
TB adalah seorang adik,teman,saingan,sahabat dan bermacam-macam lagi

dikurniakan seorang adik lelaki seperti TB banyak mengajar penulis
dalam berbagai aspek kehidupan
seperti kata Umar Tilmisani 
semangat orang muda dalam hikmah orang tua
apabila berada bersama-sama TB penulis sangat rendah diri
dan banyak belajar daripadanya

meskipun di SMAKL penulis selalu dibandingkan dengan TB
dari berbagai aspek seperti kepimpinan
TB ternyata lebih menyerlah daripada penulis
yang sangat "kui kui' ini dan lebih berketrampilan
penulis meskipun agak terasa tetapi tidak pernah menyimpan apa-apa

dalam aspek sukan
penulis selalu diusik oleh teman lain
kalau TB selalu join bola sepak dan futsal
sedangkan penulis selalu enak di dapur dan kelas
penulis tidak pernah kisah
kerana sukan bagi penulis bukan di padang semata
tetapi apabila kita sentiasa bergerak dan berasa sihat selepas itu
penulis juga suka jogging,bukan tak suka langsung

dalam aspek akademik
meskipun kami sama-sama top ten dalam tingkatan
TB tidak pernah kalah pada sesiapa semenjak di SRIQ lagi
meskipun opponentnya sangat ramai dan bertambah
prestasi bersih TB terus dikekalkan
pun selalu dibandingkan dengan penulis
meskipun selalu dapat no ........markah penulis tidaklah setinggi TB
dalam peperiksaan besar pun,TB tidak pernah dihinggapi sebarang 'B'
sedangkan penulis sudah muak melihat huruf tersebut
apapun penulis gembira kerana selain Tb adalah adi penulis
kami sama-sama ada misi untuk dilaksanakan
dan melalui aspek itulah kami boleh laksanakan misi itu

dalam aspek DnT
penulis masih ingat kata-kata seorang adik kepada penulis semasa di SMAKL
"anta tak nak jadi macam adik anta ke?selalu aje cakap kat depan.Bagi tazkirah sebelum berbuka puasa.Muka dia bersih je.anta?"
kalau dulu.....siaplah sesiapa sahaja yang berkata demikian
pasti akan menerima lontaran lahar daripada penulis ...hihihihi
semangat TB ternyata lebih daripada penulis,penulis kaguminya
hinggakan di KLIA...TB turut datang menghantar penulis
dalam keadaan demam teruk......
di penghujung pertemuan itu TB sempat berpesan
"abang Saeed, jangan lupa buat DnT kat mesir ya"
hanya Allah yang tahu betapa berharganya seorang adik kepada penulis
penulis takkan pernah melupakannya.......

kini.....penulis memaksa dirinya melupakan perbandingan itu kerana penulis berdoa agar TB dapat menyertai perjuangan penulis di sini dengan jaminan biasiswa yang lebih cerah dan cemerlang kerana penulis antara adik-beradik yang paling banyak menyusahkan abi dan ummi juga adik beradik yang lain dan penulis tidak ingin adik-adik penulis mengikuti jejak penulis dan penulis selalu ingatkan diri penulis,penulis adalah penulis.....TB adalah TB.masing-masing punya kelebihan......masing-masing punya kekurangan.contohi kelebihan yang ada..hindari kekurangan yang tersedia.terima kasih adikku atas 'qudwah'mu selama ini

'TB'ku sayang
kekanda di sini tidak layak untuk menuturkan ini
bukan kerana kekanda tidak secemerlang kamu
tetapi kerana dikau lebih banyak mengingatkan kekanda
tentang akhirat berbanding kekanda terhadap kamu

'TB'ku sayang
ingatlah Allah dimana sahaja kamu berada
hatta di dalam Rumah Allah sekalipun
hatta di bumi anbiya' sekalipun
hatta di tanah haram sekalipun
kerana syaitan itu di mana-mana sahaja
dan nafsu itu belangnya tidak pernah kita duga

'TB'ku sayang
dikau adalah khazanah kepada dirimu sendiri
kerana di akhirat nanti dikau akan mengusng amalmu sendiri
bukan kekanda, bukan abi dan ummi
bukan kakak dan kak da dan bukan juga abang Siddiq
tetapi dikau sendiri dengan neraca perbuatanmu sendiri

'TB'ku sayang
Allah amanahkan kita tugasan yang penting untuk dilunaskan
kita adalah panji-panji yang akan bangkit mempertahankan Islam
merenangi belantara cabaran seperti sahabat Rasulullah
menegakkan tiang ummat seperti pejuang islam
maka kuatkanlah dinding pertahananmu dengan benteng iman
asahlah belatimu setajam pedang Alfarouq
agar bisa di medan kita nanti.....darah manis milik Islam
terjaga suci daripada serigala musuh-musuh Allah

'TB'ku sayang
ditanggal 16 tahun lewat usiamu
kekanda di perantauan tidak punya apa-apa hadiah
cuma sekerat doa agar dikau bisa berubah
menjadi anak soleh dan muslim berguna insyaAllah
yang selalu mendoakan abi dan ummi
dan juga kekandamu di sini
ampun salah kekanda sepanjang berukhuwwah denganmu
pasti lidah lancang kekanda kerap mengguris hatimu
atau perilaku kekanda mencungkil ketegasanmu
semoga dewasa nanti...segala impian mu dicapai
agar bisa menggapai rahmat di syurga yang Esa



~SELAMAT HARI JADI KE-16.....GAMBATTE KUDASAI~

3 comments:

Unknown said...

Membaca tulisan ini pun, sebenarnya menceritakan kehebatan penulisnya.

Tawadhu'
Rendah hati,

Subhanallah!

Hakikatnya, seorang adik yang hebat TIDAK AKAN LAHIR tanpa qudwah dari abang yang LEBIH HEBAT. Can't deny that, can you?

saza s said...

kepada little CALIPH

subhanallah
maha Suci Allah yang menciptakan kejadian yang baik pada semua manusia

TB mempunyai dua orang abang
mungkin abang sulungnya memberikan qudwah yang lebih baik kepadanya berbanding abang keduanya ini

however... i can't deny that....
older always better
older means..older than me

syukran jazilan

Aisyah Ulya said...

Tawadu'nya si hamba bernama Saeed Zubair..
Tawadu'mu di sini bakal mengangkat darjatmu di firdausi nanti..

Ececeh, correction.. Ana pernah kalahkan Shaatibi time Trial UPSR, total markah ana tinggi EMPAT markah daripada dia.. Hehe Juz kiddin.

Ana ingat sangat sebab itu kali terakhir ana kalahkan dia setelah ana menyandang top 3 sewaktu Darjah 1,2, dan 3. Naik Darjah 4, asyik-asyik Shaatibi yang dapat sampailah sekarang ini Ting 4.

Takpa Aisyah, masih ada masa lagi. Doakan ana juga, di samping doakan adik-adik Abang Saeed tuuu..

Apa-apa pun kejayaan ana, kejayaan Shaatibi and sahabat-sahibah yang lain adalah untuk Islam. Betul tak?

Doakan kami ya?

Moga ALLAH sayang Abang Saeed.

^_^

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger