dan nisan putih itu...

bismillahirrahmanirrahim...salam alaik kepada semua
dengan penuh kerendahan hati dan kesedihan, penulis mulakan penulisan kali ini
semoga Allah menyayangi ita semua dan mencampakkan rasa kehambaan dalam diri kita.



'setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati' walau sehebat manapun doktor yang merawatnya, walau semahal manapun ubat yang diambilnya,walau seselesa manapun hospital yang didiaminya..... kerana mati itu bukan datang kerana penyakit tetapi mati itu datang secara tiba-tiba tanpa sesiapa pun dapat menjangkakannya.

selepas menunaikan solat isyak semalam, penulis tetal menerima satu khabar sedih dari tanahair memberitahu kematian salah seorang ayah kepada x-smakl....

juga classmate kepada penulis selama 5 tahun, Muhd Zharif bin Muhd Amin telah kehilangan ayahnya lewat selepas waktu Zohor (malaysia) ketika sedang tidur.Terima kasih penulis ucapkan kepada sahabat penulis saudara Ahmad Munaim kerana menghantar sms tersebut.

"tau dah kan ayah zarif meninggal dunia?"...terkedu penulis tatkala membaca sms tersebut.pembacaan surah Al-mulk di rumah penulis itu tiba-tiba terbantut.Penulis tidak dapat meneruskan bacaan.sms itu dibalas dan muncul 1 sms lagi.

"maaf..ana dah sent pada semua td..tp ana mark semua and sent ...maybe anta tak dpt kot.sorry erk.ayah dia meninggal waktu zohor (malay) dalam tido.mengejut.tak de penyakit pun.sedih ah tak de tnsport nak gi sane.ana ingat nak gi gak".....tumpuan penulis sememangnya sudah lari waktu itu

ingin menelefon Malaysia, voip housemate sudah tamat tempoh percuma, tak sampai hati ingin menggunakannya. Voip sendiri  belum ada lagi.penulis akhirnya hanya mampu berdoa agar Allah kuatkan hati Zharif sekeluarga ...sesungguhnya Allah sayang kepada ayah anta Zharif.....

hasrat penulis untuk mengulang kaji pelajaran pada malam itu tidak begitu terlaksana.Minda penulis sudah terbang ke Malaysia tetapi tubuh sahaja masih di sini. Penulis mencapai kitab Al-Quran lalu merenung surah Al-Mulk yang dibaca sebentar tadi. "Allah menciptakan kematian dan kehidupan itu untuk menguji manusia itu siapakah yang paling baik amalannya."...penulis terpukul dengan ayat tersebut. Mengenangkan diri yang serba kekurangan membuatkan diri ini sangat kerdil tatkala tiba di gerbang mahsyar kelak

Rasulullah pernah berdiri di tempat pembuangan sampah.Kemudian baginda bersabda “kejarlah dunia....baginda kemudian mencapai seketul sampah yang busuk....inilah dunia (sambil menunjuk ke arah sampah tersebut)”

Pernah suatu hari rasulullah bersama para sahabat menemui bangkai seekor kambing yang busuk lalu bersabda “Tidakkah ia sudah tidak berguna kepada tuannya ?Demi Allah...dunia ini lebih hina dari bangkai tersebut...”

· Sedar bahawa dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir

Adakah kita sudah bersedia untuk mati?Nyawa kita adalah amanah Allah dan tatkala kita sudah dipanggil pulang kepadaNya...Allah akan bertanya semula kepada kita bagaimana kita menghabiskan nyawa kita.....kemana kita menggunakan tubuh badan kita...bagaimana harta kita dihabiskan...bagaimana umur kita digunakan....adakah kita bersedia untuk persoalan itu...di tambah lagi dengan tujuh soalan mungkar dan Nakir yang sudah bocor di dunia ini.......

sedar tidak sedar...kematian di mana-mana sahaja.Di universiti penulis sendiri terpampang satu notis menyebut kematian seorang profesor (tidak tahu yang mana), kematian ayah Zarif dan banyak lagi kematian-kematian yang telah lalu.....kita bahkan penulis sendiri tidak tahu sampai bila hayat ini dikandung badan...

tatkala Rasulullah menghembuskan nafasnya yang terakhir..antara manusia yang paling tidak dapat menerima hakikat itu ialah Saidina Umar Al-khattab yang sanggup memancung sesiapa sahaja orang arab ketika itu yang mengatakan Muhammad telah mati hinggalah Saidina Abu Bakar, mertua Rasulullah sendiri berkata "Jika engkau beriman kepada Muhammad, maka Muhammad akan mati, tetapi jika engkau beriman kepada Allah, Maka Allah kekal selamanya"..barulah api kemarahan Al-Farouq padam dan di isi dengan cahaya Redha.

kita sama-samalah berdoa agar kita dikembalikan kepada Allah dalam keadaan Husnul Khatimah dan turut sama menjadi ahli syurga yang mendapat keredhaan Allah.Mohonlah agar kita turut sama dapat menerima pemergian insan lain yang kita sayangi (nauzubillah) agar kita tahu bahawa yang pergi itu semuanya pergi mendapatkan kasih Allah dan menunggu untuk menyambut kita di syurga nanti. Wallahua'lam







ada sesuatu untuk di kongsikan disini

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger