eid mubarak

selamat menyambut hati raya Aidilfitri

kali pertama penulis meraikan hari mulia ini tanpa keluarga disisi
penulis sangat bersyukur kerana berjaya mengawal perasaannya meskipun keluarga nun jauh dimata telah menelefonnya
alahmdulillah empangan 1 Syawal masih belum goyah

penulis berasa sedikit kehilangan kerana tidak dapat membalas semua sms yang diterima penulis kerana ketidakcukupan kt n dll
penulis sedikit rindu kepada suasana malam raya di mana penulis akan bergayutan dengan henset ummi tersayang (penulis belum mempunyai henset lagi ketika ini ya) menelefon sahabat yang disayangi

aidilfitri kali ini meskipun colour tema untuk tahun ini adalah hijau dan semua adik-beradik lelaki penulis telah membeli baju kemeja, penulis telah berjaya mendapatkan sehelai jubah baru yang cantik dan fitting meskipun colournya sedikit berlainan iaitu kelabu...

apapun, penulis tetap rindukan rendang ayam dan kuah kacang ummi meskipun di rumah penulis sudah ada ramai tukang masak yang bertauliah yang telah memasak rendang daging,masak lodeh,kari kurma daging dan ketupat segera sehingga penulis terpaksa mencatu makanannya sendiri bagi mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari

insyaAllah ..penulis yang terpaksa mencari peluang untuk online di rumah student dentist kerana wireless dirumah penulis sudah diblock kerana empunya line itu terlupa untuk membayar sewa...akan cuba untuk menguploadkan gambar-gambar raya penulis bergaya bersama jubah barunya di mesir.....hihi

apapun penulis tetap teringatkan keluarga di Malaysia sehinggalah tanggal 29 Ramadhan yang lalu penulis terpaksa mengesat matanya yang basah dan lenjun kerana telah dihidangkan dengan halwa telinga di bawah ini......meskipun bukan dalam situasi yang sama tetapi hampir keseluruhannya berkaitan dengan diri penulis



kepada semua yang ada singgah di sini...
eid mubarak penulis ucapkan
selamat hari raya aidilfitri dan salam lebaran

selamat membelasah lauk-pauk raya,selamat memperoleh wang saku raya,selamat bermain mercun raya...hihi.....selamat mencari keredhaan Allah dibulan mulia ini...

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger