aidilfitri kali ini

assalamualaikum w.b.t.

bismillah..penulis memulakan tintanya kali ini dengan memohon perlindungan daripada Allah daripada bisikan syitan yang bakal berleluasa tidak lama lagi.......

sejak dari pagi penulis merasakan sesuatu yang tidak kena pada dirinya...penulis cuba figure that out hinggalah penulis telah online pada awal jam Mesir.... penulis cuba untuk terus kuat dan tabah...tetapi penulis juga tahu bahawa setiap kekuatan itu datang daripada Allah dan hanya Dia sahaja yang layak menguatkan hamab-hambanya......

lebaran tinggal beberapa jam sahaja lagi.....blan mulia akan pergi....ingin sahaja penulis terbang pulang ke Malaysia dahulu meraikan aidilfitri besama keluarga dana sahabat handai ....memandangkan kelas penulis juga akan bermula agak lambat lagi....tetapi penulis sedar mungkin ada hikmah mengapa penulis ditempatkan disini lebih awal.....wallahua'lam

menyingkap kembali tabir hari raya 17 tahun yang lalu...aidilfitri bukanlah setiap tahun penulis nantikan tetapi apa yang penulis selalu tunggu antaranya..adik-beradik penulis akan berkumpul bersama-sama dan meraikannya bersama-sama....rendang dan nasi himpit yang amat penulis minati dan juga ...fulus raya yang agak lumayan terutamanya bagi golongan yang seperti penulis ini....ngeh ngeh ngeh....

tetapi mungkin kali ini penulis akan merasai suasana yang berlainan kerana ...penulis berada beribu batu jauh daripada mereka.....meskipun penulis sentiasa berkata kepada teman serumah penulis bahawa kitalah keluarga baru di Mesir...namun penulis tetap akan merasa kehilangan something.....

setiap kali menjelang hari raya ..... penulis antara kegemarannya adalah menonton TV...ngeh ngeh ngeh ...kerana memang kegilaan penulis menonton segala bagai cerita yang memang best-best ditayangkan ketika musim aidilfitri dan yang lebih best adlah kami sekeluarga bertinggung didepan televiyen......hik hik hik

mekipun begitu penulis dan keluarga tidak pernah lupa untuk menziarahi sanak saudara kami diserata tempat baik di kampung Perak mahupun di kampung Terengganu.....hinggakan keluarga seringkali dilabelkan oleh sepupu sepapat kami segala keluarga paling kerap berjalan. penulis tidak hairan kerana abi penulis,abang penulis,kakak penulis dan adik-adik penulis yang lain memang terkenal dengan 'suka berjalan'...cuma penulis sahaja yang sedikit tidak suka ke sana kemari...tetapi antara kami 8 beradik penulis yang paling jauh berjalan..... hebatkan ketentuan Allah......

keluarga kampung Terengganu

penulis tetap akan merindui suasana di kampung Terengganu kerana sudah bertahun-tahun kami beraya di kampung perak...dan kesempatan yang sangat sukar ini penulis turut tidak sempat meraikannya....mungkin Allah nak penulis merasai dahulu pengalaman beraya di Mesir...

apapun penulis tetap akan nantikan rendang dan nasi himpit yang bakal wujud di rumah sewa penulis ini dan penulis akan tunggu panggilan daripada malaysia buat penulis....

P/s- kepada semua yang ada menghantar sms raya kepada penulis dari malaysia..penulis ucapkan terima kasih dan mohon maaf kerana penulis tidak dapat membalsnya kerana tidak berkecukupan kredit.....semoag Allah memberikan peluang ibadah yang lebih tinggi kepada kita di bulan syawal ini....


'eid mubarak'

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger