warkah pertama

mineral water ini telah dikongsikan oleh seorang teman penulis ketika transit 8 jam di kuwait airport...meskipun matawang kuwait lebih mahal daripada US dolar tetapi percayakah anda jika mineral water ini lebih murah berbanding mineral water di airport Malaysia.......


bismillah...assalamualaikum w.b.t.

syukur kepada Allah kerana telah memberikan peluang kepada penulis untuk terus berceloteh di laman maya ini......alhamdulillah

marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memberikan kita keindahan dalam melaksanakan tuntutan syariat dan tuntutan ibadah..hablum minallah wa hablum minannaas....amiin

sebetulnya penulis telah bernekad untuk menukar kata ganti diri penulis daripada ana kepada 'penulis' memandangkan penulis seorang yang sedikit 'mysterious' dan sedikit 'exaggerate' (ngeh ngeh ngeh)....penulis merasakan ini adalah a good new start dan mengharapkan semua pelawat mendoakan penulis......

jika dibilang waktu sekarang sudah 4 hari 5 hari penulis di bumi anbiya' ini....alhamdulillah kerana penulis sendiri tidak pernah menyangka penulis akan tercampak ke sini....dahlah keputusan spm penulis pun tidak begitu gempak..ngeh ngeh ngeh....apapun penulis bersyukur kerana setelah melalui berbagai cabaran dan ujian , Allah hadiahkan penulis peluang yang begitu berharga ini......

penulis pada asalnya mendiami rumah sewa bersama lima rakan lain namun disebabkan berlaku banyak 'kekalutan sedikit' haousemates penulis bertambah menjadikan jumlahnya 8 orang.... meskipun begitu penulis tetap bersyukur kerana pertambahan bilangan ahli memang fit in dengan jumlah sewa bulanan yang harus dilunaskan...agak-agak overall sewa berapa?

bersama salah seorang housemate

sebenarnya banyak yang penulis ingin ceritakan antaranya pengalaman pertama meluncur di angkasa (teringat pada Hilal Asyraf), dimarahi pak Arab, menjejak pasir bumi anbiyak dan yang paling penulis tidak dapat lupakan pengalaman pertama membeli di kedai Arab.....bahasanya ...sangat meng..... ngeh ngeh ngeh

flight buddy..... senyuman tanda kesyukuran

apapun dalam ke'excitement'an yang begitu gamat dalam dada ini...penulis tetap teringat akan keluarga di Malaysia...meskipun penulis memang layak digelar anak mak dan apapun yang seangkatan dengannya penulis kesini dengan menggalas tanggungjawab besar dan amanah daripada Allah untuk dimuntahkan kepada masyarakat di luar sana.....dana kalian yang membaca seharusnya mendoakan penulis agar terus kuat dan tabah disini.....

apapun penulis ingin mengucapkan ribuan arigato gozainasu kepada smua ahli keluarga penulis dan sahabat-sahabat penulis yang menghantar penulis di KLIA tempohari dan kepada yang menghantar sms kepada penulis terima kasih banyak-banyak dan kepada Kak da yang disayangi dan aisyah ulya di atas hadiah yang telah penulis terima dan telah bukak pun ...ngeh ngeh ngeh... jazakumullah khairan kathira.....

mungkin setakat itu dahulu....semoga Allah memelihara diri penulis dan terus menguatkan penulis dan sekaliannya dalam merebut keredhaan Allah dan dalam menuju destinasi yang pasti......wallahua'lam


melihat kesibukan jalan raya di mesir menyebabkan penulis teringatkan cerita ummi sewaktu beliau menunaikan fardhu haji dan umrah dulu

setiap kali melihat bandaraya kaherah ini...penulis akan menggumam
egypt...awaits me!!!!!!

7 comments:

hood@sunny said...

Jenama aquafina boikot~

brohandzalah said...

Assalamualaikum Saeed...

Tahniah dan Alhamdulillah kerana dah menjejakkan kaki ke Tanah Anbiya. Ana tumpang gembira walaupun hajat ana nak ziarah ke Timur/Eropah belum kesampaian. Moga Allah sayang kamu.

Ana sebenarnya x sempat nak hantar anda hari tu di KLIA sbb termiss contact sebenatr di samping beberapa kesibukan yg melanda. Lagipun, wakil-wakil(sahabat2) ana ada di sana.

Apapun, selamat menempuh kehidupan di negara orang.

pesanan;

* x yah lah letak ayat "ngeh,ngeh,ngeh" tu
* cuba ubah gaya penulisan anta kepada yang lebih kepada santai tetapi formal dan ada mesej
* org kata dok negara org bnyk yg nak dikongsi ~ jadikan pengalaman sebagai sesuatu yg blh dikongsi dgn orang lain.

Aisyah Ulya said...

Hoho... Publishing my name with Aisyah Ulya?? Hehehe, my name is Aisyah Humairah Najihah laaaa... Hehe.. Neway, take care elok-elok di sana.. (Jaga elok-elok hadiah tu.. Penat tau ana buat.. Hi3) Moga ALLAH sayang anta.. Belajar elok-elok yer ank ummi...! Hihi... Doakan ana juga...!! Salam Ramadhan...^_^

saza s said...

kepada hoodsuuny

thanks for da info...kami semua disini tidak diberitahu tentang perkara itu....

insyaAllah dilain masa kami akan cuba elakkan daripada membelinya

kepada brohandzallah...

terkedu ana mendengar teguran anta

syukran jazilan sahabatku...ibaratnya diri ini masih banyak kelemahan, sentiasa perlu kepada pembaikan,,,,

terima kasih kerana sudi menegur.InsyaAllah ana akan cuba meningkatkannya....

p/s- meskipun anta tiada, doa shabat-sahabat ana sentiasa bersama ana sepanjang masa

kepada aisyah ulya

oo..nak suh ana tulis ana penuhkah...hehe
insyaAllah

terima kasih diatas buah tangan tersebut

semoga Allah turut sama sayang kepada anti..doakan ana disini....

kepad senua...salam lebaran diucapkan

'Eid Mubarak'

abdullah luqman osman said...

asalam.. tahniah dah sampai jauh. tapi di manakah erk??
mesir ke mana/?
hmm
dah sampai negara arab kena sabar banyak. heheh
org arab tak macam malaysia yang berbudi bahasa. org arab kasar sikit...
semoga selamat menempuhi kehidupan di sana...

Unknown said...

Alhamdulillah.

Seronok rasanya dapat mengiringi enta ke Mesir. Semoga Allah memberkati enta.

P/S:
Alhamdulillah.
Gaya penulisan yang semakin matang, maybe nanti boleh jadi macam Ustaz Hasrizal. Lebih elok rasanya ngeh x3 itu ditiadakan, sesuailah sedikit dengan perubahan "penulis".

Keep up the good work!

saza s said...

kepada abid abdi....

alhamdulillah diri ini telah Allah hantar ke kaherah...

dunia Mesir memang sangat jauh berbanding dunia Malaysia....

semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita di perantauan ini

kepada little calliph...

syukran jazilan kerana turut sama mengiringi ana....

insyaAllah ...sudah semakin ramai yang menggalakkan pelupusan 'ngeh ngeh ngeh'.... insyaAllah ..

moga Akan dikuatkan sentiasa oleh Allah...

eid mubarak....

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger