bismillahirrahmanirrahim
dengan penuh rasa hina yang Allah campakkan pada semua hamba-hambanya, penulis mulakan penulisan kali ini
alhamdulillah, Allah izinkan penulis menghadiri sambutan aidilfitri , Gema Aidilfitri yang dianjurkan oleh persatuan Perubatan di ARMA pada 16 Okt yang lalu dengan ditemani sahabat-sahabat seangkatan dalam bidang perubatan dan juga sahabat-sahabat serumah penulis.
Kata-kata seorang sahabat kepada penulis ketika penulis berada di UIA beberapa ketika dahulu.
"Jangan sesekali kita mengharapkan balasan orang lain kalau kita buat sesuatu. Kalau tak... kita akan kecewa apabila orang tersebut tidak memberikan respon yang positif ataupun tidak memberikan respon langsung."
ketika baru sampai di ARMA, seorang classmate penulis telah menemui penulis atas tujuan yang sangat mengejutkan penulis. Dia telah meminta agar penulis mengambil jawatan yang dipegangnya di dalam LAJNAH AQ (agen yang menaungi penulis) batch kedua. Penulis sedikit terkejut dengan permintaan tersebut dan cuba sedaya upaya untuk menolak dengan cara baik tetapi dia seakan tidak dapat menerima keputusan penulis. Meskipun tidaklah kami sampai bermasam muka, penulis tetap merasai kelainan terhadap perasaan penulis ketika itu.
teringat akan Firman Allah dalam surah Az-zukhruf di mana penulis diperingatkan pada hari Qiyamat nanti, teman-teman akrab sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan sebahagiannya menjadi teman kepada sebahagian yang lain
ditambah pula insiden seorang senior yang dikenali penulis cuba untuk bergurau dengan penulis hingga menyebabkan hati penulis sedikit 'sakit' hinggakan
selera penulis sedikit lari pada waktu itu.
ketika itu emosi penulis sudah terganggu dengan sangat kronik hinggakan teman serumah penulis sendiri tidak berani untuk menegur penulis. Namun ketika dalam perjalanan pulang, Allah izinkan penulis untuk kembali refreshkan mind setting penulis terhadap apa yang sudah penulis lalui. Mungkin ada yang kita suka tidak kita perolehi namun ianya berguna untuk kita. Mungkin apa yang sangat kita sukai itu tidak pula mendatangkan manfaat untuk kita.
Firman Allah di dalam surah Al-baqarah ayat 216. "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
mungkin ada hikmahnya disebalik setiap yang berlaku itu dan sebagai hamba penulis harus yakin akan kekuasaan Allah itu. Meskipun begitu penulis tetap geembira kerana penulis telah dapat bersama-sama meraikan sambutan hari raya tersebut meskipun bagi penulis sudah agak lambat namun tidak mengapa kerana penulis juga baru sahaja habis berpuasa enam beberapa hari sebelum majlis tersebut.
dan penulis sangat gembira kerana sangat merindui nasi minyak dan dapat menikmatinya di sana.
disiplin ilmu kedoktoran sudah penulis temui dan penulis make promise of himself untuk mengotakan dan menyelami disiplin tersebut. Mungkin penulis agak kerap menyebut-nyebut akan perkara itu , penulis anggap itu sebagai doa untuk diri penulis sendiri agak terus kuat dan tabah melayari kehidupan sebagai bakal 'anastomosis of the Ummah' kelak. InsyaAllah.
Gambatte kudasai
sahabat-sahabat seangkatan
housemates yang disayangi
2 comments:
Moga Allah permudahkn jalannya..
sabar dan sabar...
di sini ada mehnah, sabar dan redha..
kepada sinar islami
insyaAllah , Allah permudahkan jalan kita semua
terima kasih atas perkongsian itu...
banyak manfaatnya
doakan ana selalu.
'in tansurullah yansurkum'
Post a Comment