di tangan ini ada amanah

bismillahirrahmanirrahim

dengan penuh rasa kesyukuran penulis mulakan penulisan kali ini.

 alhamdulillah, penulis telah diizinkan oleh Allah untuk diberi peringatan oleh seorang Ustaz semalam. Dalam bicara beliau tentang tanggungjawab sebagai seorang pelajar muslim dan juga seorang daie.

penulis sedikit lucu dan 'terasa' tatkala ustaz tersebut memulakan kalimah dengan mengatakan "dengan membicarakan tajuk ini, merupakan sindiran kepada ana" , penulis sendiri rasa tersindir dengan ucapan tersebut. cukupkah kredibiliti yang dipikul hari ini membolehkan penulis bergelar muslim dan daie?

untuk menjadi seorang daie dan juga seorang pelajar muslim , kita semua haruslah menepati beberapa syarat dan peraturan (adakah penulis menepati ciri -siri ini ).

1- time management  yang sangat penting kerana kehidupan adalah satu perjuangan yang tidak boleh diputar kembali walau sesaat pun. "waktu itu pedang dan jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita".

2-semangat berusaha yang kuat kerana DnT sekarang sudah sampai ke tangan kita . Kita mestilah bersemangat untuk menyebarkannya melalui medan ini dan . KIta juga mestilah terus istiqamah untuk terus berusaha dan ingatlah bahawa perkara istiqamah ini sangat sukar dilakukan.

3-ayat-ayat  motivasi didalam al-quran kita gunakan sebagai alat memantapkan diri kita kerana hanya itu sumber yang kukuh untuk kita jadikan tempat bersandar. terdapat berbagai ayat Allah yang termaktub didalam Al-quran yang Allah sediakan motivasi di dalamnya.





alhamdulillah juga, penulis berasakan suatu keajaiban kerana Allah izinkan penulis untuk kembali semula menyentuh bola di gelanggang.... meskipun sekadar menyentuh untuk hanya beberapa kali, penulis tetap gembira kerana Allah bagi kekuatan bagi penulis untuk menghadapai rasa malu yang cukup menebal dalam diri ini terhadap sukan dan juga kerana sahabat-sahabat yang bermain-main bersama penulis tidak menunjukkan  rasa 'tidak suka' terhadap gaya perminan penulis ini.


penulis teringat kepada sahabat penulis Ali Foudzi yang sekarang sedang menuntut di IKIP tentang pendapatnya yang turut sama kurang minat dalam dunia sukan ini. Penulis rindu untuk melihat dan ingin berkongsikan pengalaman ini bersamanya dan ingin sahaja mengajaknya bermain bersama penulis di sini.


teringat istifadah yang diulas oleh ustaz Karim sebelum pulang, "kita bermain bukan macam orang lain, terjerit sana, terpekik sini.Kita bermain kerana Allah , kerana Allah kita berukhuwwah dan kita dapat bermain bersama-sama." penulis sebak tatkala mendengar ucapan itu. Penulis pandang semua wajah yang ada di situ, tak salah kalau penulis katakan, hanya seorang sahaja yang penulis kenal sebelum penulis terbang ke mesir tetapi, dengan nilai ukhuwwah itu, kami dapat bermain bersama-sama....alhamdulillah


para sahabat nabi tatkala mereka berjumpa , mereka saling meminta nasihat antara satu sama lain , alhamdulillah , setiap pertemuan meskipun di alam maya, salaing berbagi nasihat agar tidak leka dan lalai. Insya Allah


4 comments:

Unknown said...

Meja tu kemas sangat tu~

Hehe...

saza s said...

kepada nu'man

meja yang mana ya?..hihi
alhamdulillah...
doktor mesti kemas
insyaAllah

doakan ana selalu ya

sinar_islami said...

terasa sindiran jga buat diri...
Moga sma2 perkemas langkah...

saza s said...

kepada sinar islami

insyaAllah
moga langkah kita Allah bantu perkemaskannya

nti mithaliah lana

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger