langit kaherah

bismillahirrahmanirrahim

dengan lafaz bismillah penulis mulakan penulisan kali ini
assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah, lafaz syukur penulis panjatkan buat Ilahi atas segala nikmat yang diberikan kepada penulis. Hari ini agak berbeza berbanding dengan sebelum ini. Alhamdulillah pagi tadi Allah izinkan penulis untuk hadir kelas sepereti biasa, istiqamah dengan tempoh waktu yang penulis tetapkan untuk disiplin diri, meninggalkan tiga orang ahli bait yang masih belum siap.Bas 926 yang setia mengangkut pelajar-pelajar Azhar dinaiki dan kami memecut ke universiti.

setibanya di 'gam'ah' , dewan kuliah penulis lewat sedikit dibuka. Penulis dan beberapa teman sekuliah memanfaatkan masa yang ada dengan mengulang kaji di tempat sembahyang. Tatkala dewan sudah dibuka, penulis mula menyusup ke tempat yang penulis duduki semenjak hari pertama kuliah. Pada penulis tempat itu adalah tempat yang terbaik. Meskipun bukan pada barisan paling hadapan tetapi penulis 'perasan' perhatian semua profesor tertumpu di tempat penulis . alhamdulillah, sekurang-kurangnya virus mengantuk dan jangkitan 'main-main' dapat dibasmi dan dikurangkan insyaAllah

sewaktu tiga orang housemates penulis tiba di kuliah , perkara pertama yang diberitahu kepada penulis ialah "saeed , hujan kat luar tadi"... penulis sedikit terkesima, buku histologi di tangan terbuka ditiup angin penghawa dingin tetapi penulis cuba untuk tidak menzahirkan rasa terkejut kerana bimbang teman serumah akan memulakan adegan usik-mengusik. Meskipun keinginan untuk berlari keluar dan merasai titisan hujan yang disebut-sebut teman-teman lain meluap-luap tapi penulis tahankan diri kerana kuliah akan bermula bebrapa minit sahaja lagi

jam 2.30 petang , penulis mula melangkah keluar gam'ah dengan melupakan niat untuk merasai hujan pagi tadi tetapi sesuatu keajaiban telah berlaku. Penulis begitu terkejut apabila melihat langit Kaherah mendung seperti mahu hujan .



"subhanallah, Hamzah ...mendungnya langit ni" itu sahaja yang mampu terluahkan penulis. Betapa terkejutnya melihat keadaan langit pada petang itu. Terkenang pula akan hari-hari sebelum ini yang panas dan terik mentari berbahang setiap masa tetapi pada hari ini Allah bagi kesejukan pula kepada semua penghuni bumi anbiyak ini. Sewaktu menunggu bas di seberang jalan hadapan gam'ah penulis berbual-bual tentang satu berita yang agak mengejutkan kami (student under AQ)

Along (ketua batch 2 AQ) datang ke rumah penulis beberapa hari yang lalu membawa 1 berita yang agak mengejutkan kami semua. tentang pembayaran yuran tahun 2 yang sekarang ini memeningkan kepala senior-senior penulis di sini ...oleh kerana kami merupakan student agen dan perlu menanggung sendiri pengajian kami untuk tahun 1 maka perlu mencari sendiri tajaan untuk tahun 2 dan seterunya, tetapi keputusan permohonan untuk pinjaman dan sebgainyamasih belum keluar tetapi pihak universiti telah meminta agar dijelaskan selewatnya dalam minggu ini

barulah penulis faham kenapa Allah kurniakan kesejukan pada petang ini. Allah nak sejukkan hati kami semua termasuklah penulis sendiri akan masalah ini. Allah nak khabarkan kepada semua agar terus meminta kepadanya agar Allah mempermudahkan urusan kami semua. Ramai teman penulis yang kebuntuan, kebimbangan akan masalah ini. Tak terkecuali penulis tetapi kita semua haruslah menangani masalah ini dengan bijak dan cermat. InsyaAllah



penulis teringat akan perkongsian oleh Akhi Atif baru-baru ini . dia ada menyebut tentang tazkiranh yang disampaikan oleh Ust NAsir  "kalu seseorang itu begitu meyakini akan ketentuan qada' dan qadar, maka padanya , dia merasakan bahawa kehidupan ini semuanya adalah ujian dan tarbiyah yang telah Allah susun untuk kita semua. Maka segala masalah yang dihadapi dia adukan kepada Allah, segala nikmat yang diterima, dia bersyukur kepada Allah" . Mukmin meruapakan golongan yang paling unik kerana tatkala dinerikan ujian dia sabar  dan tatkala diberikan nikmat dia bersyukur. Ertinya mukmin itu setiap masa, setiap ketika sentiasa MENANG. InsyaAllah



Tatkala memandang langit yang redup itu, tiba-tiba penulis terasa rindu pula pada bahang mentarinya, bahang itulah yang mengiringi penulis kemana sahaja penulis pergi di mesir ini baik ke universiti maupun ke tempat lain. Teringat akan mutiara kata yang pernah dikongsikan oleh Tc Sarah "kita sedih kerana Allah hilangkan mentari, kita takut keana Allah uji dengan kilat dan petir, kita tertanya-tanya bila mentari akan muncul kembali, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah\". Penulis tertanya-tanya , mungkinkah dapat melihat kejadian indah itu di mesir ini......



janganlah kita semua menjadi serugi insan di atas ya... insyaAllah

p/s- ingin mengucapkan selamat berjaya kepada adik-adik tingkatan 4 SMAKL yang sedang dalam medan juang SMU...gambatte kudasai ....

2 comments:

sinar_islami said...

=) rugi bila manusia tidak lihat dunia dgn kaca mata akhirat..

trgn jga melihat pelangi..tpi cukuplah kalau yg Allah nk bgi tu..pengajaran sang pelangi

saza s said...

kepada sinar Islami

teringat kepada bicara akhi ammar

pelangi itu dinanti sekarang...klu kak sinar diizinkan allah melihatnya jgn lupa post dlm blog ya

pegajaran...mendidik diri redha dengan segala ketentuan
isnyaAllah

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger