'kak su'ku sayang

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan penuh kerinduan dan kerendahan hati, penulis mulakan penulisan kali ini

hari ini Allah uji dengan kesibukan sedikit hinggakan terpaksa memulakan ulangkaji ketika sebelum subuh esok (moga Allah beri kekuatan untuk tahajjud). Bermula dengan awal pagi tadi, jam tujuh pagi, penulis sudah mula bertapak ke universiti, menadah ilmu Allah hingga jam 2.30 petang,alhamdulillah tatkala pulang, penulis Allah izinkan mendapat bas yang paling dekat dengan rumah penulis di hayyu sabi', tiba sekitar jam 3 dan menunaikan solat Asar di masjid di hadapan rumah (sekarang asar semakin cepat, jam 2.50). Setibanya di pintu rumah, penulis mula menjamah hidangan to'miyah gam'ah yang lebih lazizah berbanding yang dijual di hadapan rumah

terlupa pula penulis akan tugasan memasak di rumah pada petang itu, penulis terpaksa meluangkan masa yang agak lama untuk itu kerana kurang mahir dan berpengalaman..=)...ditambah pula dengan kelas bahasa arab yang dihadiri pada malam itu, betul-betul pack.....tetapi penulis sudah berjanji untuk post ini sebelum siang waktu malaysia.....insyaAllah

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (al-ahqaaf:13)


alhamdulillah adik penulis sudah tiba ke alam 14 tahun dan penulis sedikit sedih kerana tidak dapat menghubunginya dan mengucapkan 'selamat hari lahir' kepadanya ......


Suwaibah Mardhiyyah binti Zahari
14 tahun
28 Oktober 1995
Sekolah Menengah Agama Kampung Laut
Kuala Terengganu
smz_hilyah@yahoo.com

mendapat seorang adik perempuan seperti Kak Su sebanrnya banyak mengajar penulis erti kehidupan dan nilai yang paling banyak penulis perlajari ialah nilai berdikari

menurut apa yang selalu ummi dan abi ceritakan zaman-zaman kami 8 beradik kecil-kecil dahulu, Kak su merupakan anak yang paling kurang ummi dan abi handle. Lebih banyak kak su handle sndiri mungkin kerana itu Kak su lebih sensitif dan lebih mudah mengalirkan air mata berbanding yang lain tetapi itu mengajarnya untuk menjadi lebih matang dan lebih tabah berbanding penulis.

Kak su ketika sempat setahun bersama penulis di SMAKL tidak begitu mendatangkan masalah (teringat zaman dulu-dulu yang sangat problematic) meskipun selalu menemui penulis dalam keadaan mata basah dan muka yang sedikit comot, tetapi penulis selalu berpesan kepadanya agar terus kuat dan mesti ada self-protection kerana kak su selalu 'dibuli' oleh rakan-rakannya..... buli means ambil kesempatan

tetapi kak su sangat menjaga hati sesiapa sahaja yang muncul dalam hidupnya dan kalau boleh semuanya mahu dipenuhi meskipun dirinya terluka, Kak su selalu menceritakan sahibah-sahibahnya selalu menyuruhnya berbuat itu dan ini hinggakan dia tidak perasan dirinya sendiri capek dengan keadaan itu....penulis sayu mendengar ceritanya dan penulis hanya boleh memotivasikannya kembali dan sentisa cuba memenuhi setiap hajatnya ketika di SMAKL dulu


apapun sekarang, penulis berharap agar kak su lebih matang dan lebih bekerja kuat bagi mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang sama ada dalam pelajarn dan dalam hidup dunia dn akhirat. Penulis ternyata sedikit sedih kerana setiap kali penulis berpuasa sunat di SMAKL, kak su pasti akan mendapatkan sesuatu buat penulis tetapi bila kak su berpuasa sunat pun penulis tidak tahu, tambahan pula kadang-kadang penulis selalu marah-marah kepadanya tetapi dia terima dengan tenang sahaja meskipun kadang-kadang ada air mata juga........

insyaAllah....kak su bukanlah jenis yang suka untuk marah-marah tetapi penulis tahu di dalam dirinya ada api semangat yang masih belum marak dan tatkala ia marak kelak, pasti semuanya akan tertunduk menahan sinar api tersebut insyaAllah


"kak su, selamat hari jadi adikku....umur ini adalah amanah Allah untuk kita dan akan ditanya oleh Allah bagaimana kita menggunakannya di akhirat kelak...maka kak su gunakanlah untuk manfaat kak su, untuk manfaat islam dqan untuk manfaat di akhirat kelak...semoga terus kuat dikku sayang...semoga Allah sentiasa bersamamu kak su ku sayang"

penulis ingin sekali menghadiahkan stoking ini kepada kak su kerana penulis tahu kak su sangat menggemari stoking kaki yang berbagai jenis dan warna ini....





0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger