adikku sayang

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan lafaz bismillah dan penuh rasa syulur dan kerinduan dan sedikit 'sorry' penulis mulakan bicara kali ini.

penulis pertamanya ingin memohon maaf kepada adik bongsu penulis kerana agak terlewat meng'post' entry ini kerana masalah bertangguh, banyak kerja dan juga addiction anime na---o yang telah melanda penulis serumah baru-baru ini tetapi sudah berjaya di kawal alhamdulillah

Happy Birthday Adikku sayang



Syahirah Mawaddah Binti Zahari
adik wawa
9 tahun
1 November 2009
Sekolah Rendah Ibnu Qayyim

adikku sayang ,
adik sihatkah...sudah lama abang saeed tak dengar suara adik yang manja itu
adik sudah besar sekarang ya....sudah 9 tahun
hihi

adik kena pandai jaga diri tau....
mesti tolong abi dan ummi...adik dah besar tak boleh sikit-sikit nak ummi dan abi
adik kena belajar berdikari tahu buat kerja sendiri
tak perlu abang saeed nak suruh-suruh macam dulu lagi
adik mesti jadi anak yang soleh yang selalu mendoakan abi dan ummi
mesti doa abang saeed juga tau...hihi

adik tahun ni dapat nombor berapa ya?
abang saeed doakan adik dapat nombor 1....lawan umar,hasyimi dan afza
adik belajar sungguh-sungguh tau
abi selalu cakap dah lama tak terima hadiah di Sriq
adik belajar betul-betul lepas tu adik dapat no 1 ..hadiahkan kat abi ya

adik jangan tengok TV banyak sangat tau
tengok kartun je.....tu pun yang elok-elok je tau
adik kalu petang-petang belajarlah dulu ya baru main
lepas tu kalau dah siap sebelum main tu jangan lupa angkat kain kat atas tau
bila ummi balik terus balik rumah

adik jangan gaduh-gaduh ngan kak Ma tau
kak ma tu kakak adik...mesti adik hormat
abang saeed kalau Allah bagi balik nanti tak nak tengok adik gaduh
nak tengok adik jadi anak yang solehah ya
macam kakak,kak da, kak su ngan kak Ma

adik ...jangan lupa terus berdoa pada Allah
agar A;llah bagi kekuatan pada kita semua ya
jangan lupa doakan Abang Saeed tau
doakan ummi dan abi dan
jangan lupa solat lima waktu dan juga baca quran selalu ya


selamat hari lahir yang ke 9
semoga Allah berkati dan bantu
moga panjng umur untuk beribadad dan menuntut ilmu
dan moga murah rezeki untuk belanja abang saeedmu

sayu menaip......rindunya pada adik tercinta itu..... adik dan penulis ...banyak persamaan...antaranya kami merupakan bilangan adik beradik kali 4. Penulis anak ke empat dan dia anak ke 8....berkongsi banyak citarasa yang sama dan juga berkongsi kesukaan dan minat yang sama.....

adik seorang yang tidak mudah ambil hati dan kental juga. kata abi...tinggalkan saja adik kat mana-mana insyaAllah boleh survive.... memang itulah yang selalu penulis perhatikan.... Tahun ini , hampir 9 bulan penulis bersamanya siang dan malam. Siang kami bersama di SRIQ (penulis berkerja di sriq dulu) malam pula di rumah.....

adik seorang yang manja juga......keinginannya yang agak 'pelik-pelik' kadang-kala mengundang kelucuan di hati penulis dan abi dan ummi....mungkin kerana adik masih seorang adik...belum mencapai kematangannya... InsyaAllah....adik kadang-kadang lebih dewasa dalam menilai sesuatu perkara dan itulah yang membuatkan penulis selalu kagum dengannya terutama dalam menguruskan masalah dan kehidupannya sendiri

penulis selalu berharap agar adik akan membesar dalam suasan yang baik (kerana adik lebih pekat loghat Terengganunya berbanding yang lain dan juga lebih berkelakuan seperti boy...hihi) dan mendapat tarbiyah dan didikan yang sebaiknya daripada abi dan ummi InsyaAllah

adik seorang yang sangat sukakan benda-benda berwarna pink dan juga colour pencil..penulis ingin mengadiahkannya kepada adik hihi





4 comments:

lowprof said...

to writer:
can send a regards from sir hasyimi to your younger sister. In your post, you said that she need to defeat hasyimi. But the person who got name hasyimi is really hard to lose... you must know it... heehe...

-from sir hasyimi-

saza s said...

kepada Hasyimi.. @sir Hasyimi

i'll send it insyaAllah

however....to strive the best... the hardest to lose one is the most daring things to endure with

selamat menempuh cabaran

hood@sunny said...

banyaknye jangan~

saza s said...

kepada hood@sunny

hihi....dahulu terasa seperti tersalah mendidik adik itu....

mungkin insyaAllah ini yang terbaik

lebih baik banyak jangan berbanding banyak boleh....

gambatte ne~

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger