bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
dengan kerendahan dan penuh kelemahan sebagai seorang manusia yang tidak sempurna...penulis mulakan catatan kali ini....
Sabda Rasulullah... "bertangguh itu amalan Syaitan"....jika kita melakukan amalan syaitan mukminkah kita?
kisah ini sudah seminggu berlalu...genap seminggu 8 nov ini. Meskipun sudah lama, penulis tetap terngiang-ngiang akan peristiwa ini...sama-samalah ambil iktibarnya biarpun hanya sekelumit
penulis layak diberi
1 penumbuk (kata-kata kepada diri sendiri) di atas sebab di atas. Sakitnya bertangguh memang tidak terperi. Bukan pada fizikal tetapi pada hati yang menyesal. Allah kurniakan tempoh masa 24 jam , sama buat semua orang tetapi amat sedikit mereka yang mampu memanfaatkan waktu itu semaksima yang mungkin.
Bicara Al-Banna " tempoh masa yang Allah kurniakan pada kita tidak pernah cukup untuk menyelesaikan segala mas'uliyyah yang ada ".Dalam post yang sebelum ini, ada penulis virus pengurusan masa adalah bertangguh.Disebabkan bertangguh itulah, Allah uji penulis dengan kesakitan hati yang amat sangat.
Hari itu, penulis hanya ada praktikal Physiology dan Histology sahaja tetapi praktikal Physiology itu merupakan kelas yang pertama kali. Sebelum ini, penulis bersiap agak lama kerana praktikal Histo bermula jam 11 pagi...jadi penulis telah melengah-lengahkan masa dengan melakukan berbagai perkara... hinggalah penulis terpaksa menunggu bas dengan agak lama. Praktikal Physio jam 8 pagi. Bas datang jam 7.55 pagi, diuji lagi dengan jam di tengah jalan dan juga tidak berjaya menemui lab Physio... akhirnya penulis terlewat 20 minit ke kelas tersebut.
penulis ingin sahaja menangis dan dalam hati ini membentak-bentak, mengutuk diri sendiri akan kelewatan itu. Padahal abi dan ummi sudah banyak kali berpesan agar tidak melambat-lambatkan urusan... juga disiplin ilmu perubatan tmasih tidak dapat dipatuhi. Pertama kali lewat ke kelas hingga mengundang hairan teman-teman sekuliah . Ramai yang dari jauh melontarkan senyuman sumbing... penulis tahanan sabar dalam hati dan cuba untuk terjun ke dalam perbincangan itu....
bila diingatkan balik, teringat penulis akan firman Allah " apakah kamu mengaku beriman sedangkan kamu belum diuji " Mungkin Allah nak bagi pengajaran kepada penulis agar tidak merendah-rendahkan orang lain yang selalu lewat
(penulis kerap mentertawakan golongan2 mutaakhhirin ini)..mereka pun bukan sengaja lewat tetapi dilewatkan oleh trafik , bas dan sebagainya.
Firman Allah dalam surah Al-Huujurat ayat 11 "o ye wo believe!Let not some men laugh at other s: it may be that the other are better than the former "
penulis terpukul dengan perbuatan penulis sendiri.....
gara-gara bertangguh , semua perancangan menjadi tergendala, semua penyusunan menjadi binasa. Tambahan pula, di bumi anbiyak ini bidayah winter sudah bermula , angin sejuk tambah lagi mengapi-ngapikan rasa malas dalam diri . Pelpebral muscle pula selalu minta direhatkan syaitan pula semakin kuat mengapi-apikan bisikan godaan ini. Moga Allah nyalakan istiqamah,berikan kekuatan...wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment