ujian itu

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan penuh rasa rendah diri sebagai seorang manusia yang lemah dan penuh dengan kecacatan dan kehinaan, penulis mulakan penulisan kali ini.

alhamdulillah, penulis telah habis menduduki ujian Histologi beberapa hari yang lalu yang merupakan ujian pertama penulis di Azhar ini.Meskipun ia hanyalah satu ujian kecil yang tidak dikira markahnya, 'impact'nya amat besar dan meninggalkan kesan yang sangat dalam buat penulis dan teman-teman yang lain.


' ini  sahaja kemampuanku'

firman Allah "Apakah kamu mengaku beriman sedangkan kamu belum diuji".. adakah kita mengaku seorang yang mumtazin sedangkan kita belum tentu lagi lulus dalam ujian yang dicipta manusia ini. Ujian yang telah Allah janjikan pula apatah lagi.

Alhamdulillah, biarpun tidak mendapat markah penuh mahupun yang paling tinggi, markah penulis tetap melebihi target yang dicapai. Berapa? biarlah Allah sahaja yang tahu. Ramai yang bertanya "Saeed , sedih ke? frust ke tak dapat full mark ?" dan berbagai-bagai soalan lagi diterjah dalam minda penulis. Sedih.... memang penulis akui...lintasan sedih itu tetap ada biarpun sedikit, kecil juga hati ini tatkala melihat ada orang lain yang jauh lebih baik tetapi yakinlah penulis bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

sehari sebelum ujian lagi, penulis ingatkan pada diri sendiri agar sentiasa perbetulkan niat untuk duduki ujian itu dan redha dengan segala ketentuan Allah nanti dan Alhamdulillah, Allah bantu juga mengatasi masalah 'takut kalah dan takut gagal' itu. Janji-janji Allah berjaya memujuk penulis agar terus tingkatkan usaha dan melipatgandakan tawakkal dan mohon doa daripada Allah. "Maka jika kamu berazam untuk melakukan sesuatu maka bertawakkallah kepada Allah"




Apabila melihat dan bertanyakan markah-markah teman lain, ramai yang lebih tinggi daripada penulis. Alhamdulillah, teringat pula disiplin ilmu perubatan bahawa 'semua teman-teman adalah teman-teman bukan saingan'. Meskipun hidup mereka biasa-biasa sahaja,Allah ingatkan lagi dengan ayat motivasi 'pelajar yang luar biasa adalah pelajar biasa tetapi mencipta kejayaan dengan cara yang luar biasa'

sewaktu di Smakl dulu, setiap kali adik-adik mengadu kepada penulis tentang 'mereka tidak berjaya sedangkan mereka sudah menjaga solat mereka, quran mereka, doa mereka dan selalu study dan sebagainya' tetapi rakan-rakan yang lebih nakal, yang kurang mementingkan HDA pula yang berjaya. Apa yang selalu penulis katakan adalah "itu tandanya Allah nak tangguh kejayaan anta. Allah nak suruh anta minta banyak kali lagi."Sudah banyak kali insiden tersebut berlaku kepada penulis dan apa yang selalu penulis lakukan ialah menasihati diri sendiri dengan peringatan tersebut.


apa matlamat belajar ? Untuk dapat straight A1 kah? untuk dapat biasiswakah? untuk dapat master, phd dan dr kah? untuk jadi best student kah? Seaktu di uia dahulu, Ust Norazman ada menyebut dalam kuliah mingguannya

mukmin ni matlamat menuntut ilmu dia ada tiga sahaja

-mencari kerdhaan Allah
-berguna untuk islam dan ummat
-hingga menjadi tempat rujukan orang lain

matalamat yang ketika harus kita sematkan dalam diri (matlamat lain juga perlu) kerana erti hidup pada memberi. Banyak orang yang evil genius tetapi tidak ramai yang mampu untuk berkongsi ilmu yang mereka ada.kalau diberi pilihan, antara bertanya kepada rakan yang mendapat 100 add math tetapi tidak tahu menerangkan jawapan tersebut dan seorang yang tidak begitu pandai tetapi tahu mengajar kita biarpun untuk soalan itu sahaja...anda mahu pilih yang mana?

setiap kali rasa malas datang, penulis selalu sahaja cabar diri penulis untuk bersaing dengan teman-teman lain kerana 'Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya'.Seorang daie itu mesti lebih cemerlang daripada orang biasa kerana padanya kefahaman bukan sahaja tentang ilmu dunia tetapi juga tentang Islam. Malulah kalau kita lebih teruk daripada orang lain yang tidak punya kefahaman mahupun kesedaran tentang islam.



apa yang lebih menggembirakan penulis, biarpun jauh daaripada bumi anbiyak ini, sahabat-sahabat 'malizi' tetap tidak lupa untuk mengirimkan bingkisan-bingkisan semangat "dakwah kita bukan untuk dipermainkan atau diperdagangkan atau diperbudakkan, tetapi dakwah kita mempunyai maruah dan harga diri. dakwah kita mempunyai misi dan visi, dakwah kita mempunyai  kekuatan dan kesepaduan , dakwah kita mempunyai keupayaan dan ukhwah sejati, dakwah kita adalah serius dan kesungguhan, dakwah kita adalah rasa bahagia apabila memberi khidmat dan  bukan menyendiri. dakwah kita adalah membina dan memimpin masyarakat . Dakwah kita membina dan bukan meruntuhkan,dakweah kita adalah KASIH DAN SAYANG dan bukan syak wasangka ' terima kasih sahabatku sekalian, moga Allah redhai antum semua.




hakikatnya 'ujian itu adalah tarbiyah daripada Allah'. Didiklah redha dalam jiwamu , pupuklah sabar dalam hatimu agar nanti segala ujian diterima sebagai latihan  untuk membentuk peribadi yang lwbih berbisa, menanti nikmat dan redha Allah di syurga. 

wallahua'lam


NB: 
- penulis ingin mengucapkan tahniah kepada teman serumah penulis, Ilyas Ayub yang telah mendapat markah tertinggi dan ujian Histologi itu. Congratulations


'penulis dan ilyas'

-penulis ingin  juga  mengucapkan 'syafakallah' kepada sahabat penulis di Malaysia , Nik Hassan Syukri yang telah ditimpa ujian kemalangan jalan raya tempohari.. semoga Allah sembuhkan anta agar dapat menduduki ujian final nanti insyaAllah 

4 comments:

Hamzah Marwan said...

salam saeed...masih tidak nampaklah markah itu dimana:(

saza s said...

wassalam hamzah

markah itu...biarlah Allah saja yang tahu

hood@sunny said...

perlu menukar cara yg biasa utk dapat yg luar biasa.. sedang berusaha ke arah itu~!!

yup bertangguh itu sakit.

saza s said...

kepada hood@sunny

insyaAllah...sedang berusaha juga
moga Allah bantu kita semua...

bila kak hood nak update blog?

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger