'kakak'ku sayang

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan penuh kerinduan dan rasa kasih sayang yang insyaAllah Allah redhai dan berkekalan , penulis mulakan penulisan kali ini


 Shafiyyah Solehah binti Zahari
26 tahun
15 November 2009
kakak
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Biology 2 lecturer

kakak...lama kalimah itu tidak meniti di bibir . Gelaran yang layak dipanggil hanya buat seseorang yang cukup istimewa bagi penulis.Insan yang banyak menonjolkan qudwah hasanah sepanjang penulis membesar dan dibesarkan olehnya.Kini rindu pula rasanya untuk mendakap dan berbicara panjang bersamanya... kakak.... saeed rindu!!



kakak adalah insan paling tabah pernah penulis kenali . Title anak sulung yang dipegang kakak, membuatkannya terpikul dengan tugas yang berat (until a lucky 'rijal' wins her heart). Pengalaman kakak menjaga 7 adiknya , benar-benar bukan perjalanan yang indah tapi kini kesulitan itulah yang mematangkan kakak dan juga penulis sendiri.

kakak...words yang paling sesuai menggambarkannya ialah 'syarak tapi santai', bukan memperlekehkan agama tetapi gaya hidupo kakak benar-benar bertepatan dengan konsep 'islam agama yang mudah'. Kakak seorang yang sporting tetapi tidak suka berlebih-lebih ....suka bersederhana dalam segenap aspek dalam kehidupannya. Itu yang amat indah dalam diri kakak

kakak juga merupakan anak abi dan ummi yang paling berjaya kerana kakak bangkit daripada 'satu kegagalan' dalam hidupnya suatu ketika dahulu.Meskipun kakak bukan grade medic mahupun oversea dan sebgainya , kakak memang no 1 dalam akademik.Penulis dan adik-beradik, kalau punya masalah apa-apa pun pasti akan diadukan kepada kakak dan insyaAllah dia mampu menjawabnya.Kakak memang 'studyaholic' hinggakan kesungguhan penulis dalam belajar pun tidak mampu menandinginya ..tambahan pula , kakak pernah membuat satu kajian dan kajian tersebut memenangi tempat kedua... tahniah kakak!

sewaktu berada di Uia dahulu, kakak merupakan teman rapat penulis yang akan penulis jumpa setiap hari... dan apa yang lebih menggembirakan , kakak sentiasa bertanya perkembangan penulis terutamanya fulus mania dan juga penulis sesuka hati menggunakan pc roomate kakak yang kebetulan bertugas di UIA Nilai hampir setiap kali penulis ke biliknya.... kakak tidak pernah marah tetapi kakak selalu berpesan agar menggunakannya sebaik mungkin....

apapun apa yang lebih berharga buat penulis tentang kakak adalah.... kakak adalah manusia berbisa yang tidak pernah enteng dibisakan orang sebarang bisa yang ada. Mind setting kakak yang sungguh futuristik dan terbuka menenggelamkan segala cakap-cakap orang lain yang ternyata cuba menjatuhkan kakak hinggakan penulis seringkali termotivasi dengan self motivation kakak....thanks kakak

'kakak ..... di Mesir ini, Saeede ada ramai abang-abang (biarpun tak dapat menggantikan abang siddiq) tetapi saeed kehilangan kakak.... bukan minta didatangkan seorang kakak di sini tetapi ingin menyatakan saeed sayang dan rindu pada kakak. Segala pukul, rotan, pulas telinga dan marah kakak dulu saeed ingat sekarang. Kakak marah saeed dulu, kakak rotan saeed dulu, saeed rindu untuk kenangnya kerana dengan itulah saeed terdidik sekarang hingga mampu terbang jauh demi mencapai matalamat hidup saeed."

"kakak.....terima kasih kerana telah menjadi abi dan ummi saeed di UIA dulu hinggakan kakaklah tempat mengadu suka dan duka ketika di sana. Saeed rindu nak dengar cerita awak dan peringatan yang selalu awak bagi kat saeed. Ingin sekali saeed duduk dalam bilik awak lepas tu bercerita tentang mesir ni. Ingin sekali ajak awak duduk danm tingga ngan saeed kat mesir ni.... "


 kalkulator kakak yang digunakan penulis sejak di UIA dan juga di Mesir ini

"saeed doakan agar Allah jumpakan juga kakak dengan rijal yang telah Allah tentukan buat kakak. Saeed doakan agar that brother will be seorang yang soleh dan mampu membimbing kakak dan juga saeed 7 beradik yang lain agar menjadi seperti kakak insyaAllah... bukan tak mahu melepaskan kakak ke pada sesiapa...tapi saeed doakan agar nanti.... Allah pelihara hubungan kita sekeluarga insyaAllah."

"saeed tak de belikan hadiah apa-apa hadiah untuk kakak tapi saeed hadiahkan post ini buat kakak...saeed sebenarnya nak hadiahkan bunga kat university warna biru sebab saeed tahu kakak suka benda kaler biru tapi tak sempat nak ambil gambar dia.....maafkan saeed ya..."

finally... kakak
eid milad Saeid
selamat hari lahir yang ke 26
semoga Allah merahmati dan memberkati mu dalam meneruskan perjuangan DnT


semoga dipertemukan dengan syabab yang direstui untukmu

5 comments:

haluansiswaTRG said...

slm, kakak nta dah nak khawin ke?

kakak ana x khawin2 lagi....

senasib la kita kan....

hmm....

saza s said...

kepada haluansiswaTRG

hermmm..... tak delah nak kahwin dah...cuma sedang berdoa

senasib..... insyaAllah mungkin ada yang lebih baik untuk mereka

wallahu'alam

Aisyah Ulya said...

Terharu.... Isk3
Untung Kak Fi dapat adik cam abg saeed yer.. Jgn cdey2 yer.. Kene senyum selalu...

saza s said...

kepada aisyah ulya

kakak itu adalah kakak buat semua yang menyayanginya dan mengambil manfaat daripadanya

insyaallah...senyum sokmo ^-^

Unknown said...

salaam..saeed..thanks a lot for the post..thanks atas sume doa2..ingat pesan kakak..jg diri,jd akhlak..jg iman..utamakan pandangan Allah..br kira pandangan manusia..smg Allah bg saeed kejayaan..dunia n akhirat..ari tu kakak g padang..kak nak syaheed..tp Allah izin slamat balik mesia..huhu..sedih juge..Allah nows whats best..study rajin2..ikhlaskan segalanya krn Allah.br jd ibadah..slmt beribadah n beramal..

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger